• B A B 7 •

1.6K 136 2
                                    

B a b   7  -  D e a d    I n s i d e

————

KETIKA dalam perjalanan pulang ke rumah, aku terus-terusan mencari maklumat mengenai Smile Masker di internet dan juga daripada sumber lain. Banyak maklumat yang aku dapat mengenai lelaki itu.

Sedang Naufal memandu kereta, tiba-tiba dia bersuara. "Aku rasa aku tahu dia dekat mana. Intuition aku mengenai lokasi dia sangat kuat. Should we go now?"

Soalan Naufal terus mengejutkanku. Sekali lagi aku berada setapak di belakang dari abangku. Mengapa aku tidak menggunakan kuasa psikikku sepenuhnya? Ceh. Ini yang membuatkan aku rasa tercabar ni.

"Wait" aku membalas sepatah sebelum sayup-sayup persekitaranku bertukar menjadi persekitaran yang asing bagiku. Bunyi panduan Naufal juga semakin hilang dari gegendang telingaku, malah digantikan dengan bunyi cengkerik di dalam hutan. Menunjukkan betapa heningnya suasana di situ.

Aku menoleh ke kananku dan figura abangku telah tiada di kaca mataku. Yang ada di kananku hanyalah pokok-pokok kelapa sawit yang tingginya menutupi sinaran matahari daripada melepasinya. Suasana yang hening itu sekaligus membuatkan pendengaranku menjadi semakin peka dengan persekitaran. Aku mengambil langkah ke hadapan apabila sayup-sayup cahaya menyapa pandanganku. Mungkinkah itu cahaya rumah?

Semakin jauh aku melangkah, semakin dekat aku dengan cahaya itu. Dan.. Ya betul! Cahaya itu dipancarkan oleh sebuah rumah konkrit tinggal yang telah lusuh warna dindingnya. Aku berjalan mendekati rumah itu. Disebabkan aku sedang berada di vision yang ditayangkan oleh otakku, aku dengan beraninya memulas tombol pintu rumah itu tanpa menghiraukan keselamatanku. Oleh kerana ini adalah bayangan mindaku, jadi ia tidak akan mengapa-apakanku di dunia realiti. Manusia yang berada di bayanganku juga tidak dapat melihatku seperti mana aku dapat melihat mereka.

Langkahku semakin yakin. Aku memerhati keadaan sekeliling rumah itu. Terdapat tiga bilik sahaja dan satu tandas. Pintu pertama yang terkatup rapat itu aku buka. Tiada apa-apa. Hanya bilik kosong yang dipenuhi sarang labah-labah.

Bilik kedua juga tiada apa-apa. Apabila sampai sahaja di hadapan bilik ketiga, aku terdengar esakkan seorang perempuan. Aku menapak masuk dan kelihatan seorang gadis yang aku agak itu adalah Dalisya, sedang mengerekot kesejukan di sudut bilik sambil menyeka air matanya yang mengalir. Aku hanya mampu bersimpati ke atasnya. Sekarang ini aku di dalam bayanganku. Aku tidak mampu berbuat apa-apa.

Seketika selepas itu, aku melangkah keluar. Aku melihat sekeliling. Tiada pula Smile Masker. Takkanlah Smile Masker seyakin begini sehingga mampu meninggalkan mangsanya berseorangan tanpa pengawal.

Aku berjalan ke setiap sudut ruang di dalam rumah itu. Tiada sesiapa melainkan Dalisya. Bahaya. Ini pasti perangkap. Aku perhatikan sekali lagi sekeliling rumah itu dan akhirnya aku terjumpa kamera rahsia yang dipasangkan di bucu dinding bilik Dalisya dikurungkan.

Setelah aku amati sepenuhnya, rupa-rupanya setiap bilik di situ dipasangkan kamera rahsia. Tetapi untuk tujuan apa? Bukannya lagi dua bilik itu digunakan. Adakah ini salah satu langkah mereka untuk berjaga-jaga? Tetapi berjaga-jaga dari apa?

Ah! Semakin banyak pula pertanyaan yang terpacul di kotak fikiranku.

"Aku dah settle hal dekat sini. Sekarang kerja Naufal pulak" gumamku perlahan sebelum dunia sekelilingku perlahan-lahan bertukar kembali. Sekarang ini Naufal sudah berada di kananku semula.

"So apa maklumat yang kau dapat?" soal Naufal kepadaku.

"Macam ni, dia sorokkan Dalisya dalam rumah yang dikelilingi dengan pokok kelapa sawit. Rumah tu pulak rumah tinggal yang warna cat dinding pun dah luntur. Dalam rumah tu ada tiga bilik. Satu je yang digunakan, iaitu bilik ketiga. Bilik tu yang dia guna untuk tempatkan Dalisya. Dalisya pulak time aku buat vision tu, dia tengah menangis and takde orang pun yang jaga dia. Tapi ada kamera rahsia yang dipasang dekat setiap bilik" terang aku kepada Naufal yang fokus mendengar ujahanku itu.

Psychic Queen's KingWhere stories live. Discover now