• B A B 4 •

2.1K 165 15
                                    

B a b 4 - S e c r e t

—————

SETELAH tamat perhimpunan, aku dan Rin Aqira masuk ke kelas masing-masing. Aku dan Rin Aqira berlainan kelas walaupun kami mengambil aliran yang sama. Di sekolah kami, kelas sains tulen yang paling banyak, iaitu empat kelas. Jadi, peratusan aku untuk sama kelas dengan Rin Aqira hanyalah 25% sahaja. Dan aku pun tak fahamlah macam mana dalam banyak-banyak kelas, si Ethan Adrian tu boleh tersekat sama kelas dengan aku.

Aku masuk sahaja ke dalam kelas, semua senyap tiga saat dan kembali bising. Fuh.

Beg sandangku letakkan di kerusi dan kemudian punggungku dilabuhkan ke kerusi. Novel thriller kesayangan aku yang sudah rosak itu aku letakkan di atas meja. Hanya Allah sahajalah yang tahu bahawa rasa geram aku terhadap Melinda. Ugh. Mood aku hari ini betul-betul telah rosak kerana Melinda. Aku memerhati novelku dengan wajah mendung.

"Aurora, err... saya mengacau ke?" tiba-tiba salah seorang budak lelaki kelas aku menyoal aku. Aku mengangkat wajahku. Oh, Rayyan rupanya. Budak baik ni.

Beradab dia ni, bukan macam Ethan Adrian, omel hatiku. "Eh, tak kacau pun" balasku sambil tersenyum manis. Aku tenung wajahnya dan tertulis di kotak mindanya bahawa dia ingin belajar dengan aku.

"Sabtu ni awak free tak? Sebab saya fikir nak studygroup dengan awak and kawan-kawan saya" ujarnya dengan muka suci.

Aku masuk ke dalam otaknya dan tersenyum. Dia memang tak berniat untuk menggatal. Memang niat nak belajar je. Bagus betul dia ni. "Ouh, okay then. Saya ajak kawan saya sekali, Rin Aqira. Sebab nak studygroup ni, semua kawan lelaki awak kan? Adiel, Aafi, Emir?" aku pun tak tahu kenapa nama tu yang muncul dari kotak suara aku.

Aku lihat mulut Rayyan terlopong. Terkejut agaknya macam mana aku boleh tahu tanpa diberitahu.

"Macam mana awak tahu ni? Ni baru first time saya cakap dengan awak"

Aku tergelak ayu. Alamak, tershow-off power pula. Ekeke. "Saya teka je. Tak sangka pula betul. Ehehe"

Rayyan kembali tersenyum. "Ouh, pandai main teka-teki ni. So awak bolehlah ye? Kita meet dekat Taman Era 2"

"Okep" aku mengangkat ibu jari dan Rayyan pun mengangkat ibu jari sebelum dia kembali ke mejanya.

Dush!

Aku menoleh ke tempat duduk sebelahku, Ethan Adrian meletakkan beg sandangnya dengan kasar. Tak sayang beg ke. Tahulah kaya.

Hari itu aku sengaja sahaja buat-buat tidak tahu mengenai salasilah keluarga dia. Padahal aku tahu je walaupun tiada siapa tahu. Tengok barang-barang, pakaian pun tahu. Lagi satu, baca otak dia pun dah tahu dia berasal dari keluarga mana.

Aku memandang wajah Ethan Adrian. Aik, bermuram durja je. Pagi tadi bukan main kerdip-kerdip mata dengan aku. Sekarang, hahaha. Tak tahu pula lelaki pun pandai period.

Masam sahaja muka dia. Ah, lantaklah. Aku kesah apa.

Tiba-tiba Ethan Adrian berdehem. "Meh sini buku kau tu" arahnya secara tiba-tiba.

Psychic Queen's KingWhere stories live. Discover now