• B A B 8 •

1.5K 148 17
                                    

B a b 8 - P i l D. P

—————

MALAM itu pada pukul 3.30 pagi, aku dan Naufal menapak ke dalam rumah tinggal itu. Suasana ketika itu sangat sunyi. Mungkin Dalisya sudah tidur, getus hatiku.

Naufal dengan beg sandang yang berada di belakangnya melangkah masuk terlebih dahulu ke dalam rumah itu. Dia mengisyaratkan jari telunjuk ke bibirnya. Katanya kamera rahsia yang dipasang mempunyai sound-detection melalui teknik telepathy.

Aku mengangguk faham dan mengikuti langkahnya. Dia menyuruh untuk tunggu sebentar dan biarkan dia membuat kerja dia terlebih dahulu iaitu menggodam sistem kamera rahsia itu.

Naufal adalah seorang penggodam yang sangat bijak dan terlatih. Bapa kami pernah mewasiatkan pak ngah kami untuk menghantar Naufal ke negara Jepun dan Doktor Basten telah menguruskan halnya untuk ke pusat latihan godaman yang bertaraf FBI-level ketika dia berusia 15 tahun setelah tamatnya peperiksaan besar dia pada tahun itu. Latihan yang diperlukan adalah selama lima bulan. Ya benar, dia tidak hadir ke sekolah selama 3 bulan 20 hari.

Naufal duduk bersila di belakang rumah itu lalu laptopnya dikeluarkan dari beg sandang dan dibuka bagi menyelesaikan penggodaman kamera rahsia itu. Dia menyuruh aku mencari peti suis utama bagi rumah itu.

Sejurus peti suis utama dijumpai, aku terus memaklumkan kepada Naufal dan menggamitnya. Naufal membawa satu peranti berbentuk digital lalu menekapkannya ke peti suis utama itu. Dia kemudiannya dengan pantas menekan-nekan papan kekunci di laptopnya bersama senyuman di bibir. Jari-jemarinya yang laju itu membuatkan aku tidak dapat menangkap satu bentuk tulisan pun melainkan kekunci terakhir yang ditekannya iaitu enter.

"Done!" ujarnya separuh berbisik.

Mataku bersinar-sinar melihat kecekapan yang telah dilakukan oleh Naufal. Ini yang membuatkan aku rasa seperti ingin menjadi penggodam ni. Hihi.

Seusai itu, dia menunjukkan skrin laptopnya kepadaku. Di skrin itu, ia menunjukkan bahawa imej yang ditunjukkan di kamera rahsia itu adalah palsu. Penggodaman Naufal ini telah menampakkan situasi di kamera rahsia itu seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku. Walaupun kami menapak masuk ke dalam area kamera rahsia itu, ia tetap akan menunjukkan imej pada jam 1 pagi iaitu tiada apa-apa.

"Gorgeous" gumamku perlahan.

"Jom" Naufal segera melangkah masuk ke dalam dengan memegang erat lenganku. Sebaik sahaja sampai di bilik pertama, kami melihat kawasan sekeliling. Penuh dengan contengan berdarah di dinding bilik itu.

"Smile... 07563... 16462... SMILE... " berkerut keningku membaca perkataan dan nombor-nombor yang ditulis di dinding itu.

Naufal melirik ke arahku meminta aku menyelesaikan hal bilik pertama dan kedua, manakala dia pula akan membawa Dalisya untuk keluar dari rumah itu.

Aku mengikuti arahannya. Sarung tangan getah berwarna putih dikeluarkan dari poket seluarku lalu aku sarungkan.

Aku cuba mencari klu selain daripada tulisan-tulisan di dinding itu. Tiada apa. Hanya itu sahaja.

Kakiku terus dihalakan ke bilik kedua. Di situ hanya bilik yang dicat warna merah gelap. Kosong. Tiada sebarang tulisan. Aku mendekatkan diriku ke dinding. Jariku aku sentuhkan ke dinding. Cuba mencari klu yang tersembunyi. Sedang aku meraba-raba, tiba-tiba jariku tersentuh satu permukaan licin. Permukaan yang amat berlawanan dengan permukaan dinding yang tidak sebegitu licin.

Aku mengeluarkan tisu dari poket kiriku dan mengelap permukaan itu. Sekarang ini, dengan jelasnya aku dapat lihat satu skrin berbentuk segi empat sama yang sangat kecil. Aku tersenyum kerana aku mulai memahami corak penyelesaiannya. Kodnya mestilah satu digit sahaja.

Psychic Queen's KingWhere stories live. Discover now