• B A B 1 1 •

1.8K 142 40
                                    

B a b 1 1 - S a c r i f i c e

—————

AKU dan Rin Aqira berjalan beriringan keluar daripada sekolah. Lihat sahaja kereta BMW itu sudah berada di luar, aku terus melangkah dengan ceria ke arah kereta itu.

"Okaylah babe, abang aku dah sampai. Aku balik dulu!" ujarku kepada Rin Aqira.

"Okay, have fun" balas Rin Aqira dengan senyuman menguntum bersama lambaian tangan.

Aku hanya tersengih sumbing. Walaupun Rin Aqira adalah rakan baik aku, tetapi dengan memberitahunya akan 'kerja sambilanku' bukanlah pilihan yang bijak. Aku dengan segera melangkah ke kereta Naufal.

Seperti yang aku sangka, itu adalah kereta baharu yang dibeli oleh Naufal apabila Naufal dengan bergayanya mengeluarkan tubuhnya dari perut kereta untuk menyambut kepulangan aku. Hahahah.

Sekali lagi suasana menjadi rimas untuk aku apabila gadis-gadis yang melihat Naufal mula menggeletis.

"Weh tu bukan The 5 Hot Shots ke?! Oh my god handsome siot dia!"

Naufal yang terdengar jeritan itu masih lagi tenang dan menggamit aku seolah-olah aku teman wanitanya. Mata kami bertembung dan aku mendapat isyarat itu.

Lakonan akan dimulakan.

"Awak! Balik pun! Aduh rindunya saya kat awak!" Naufal telah memulakan lakonannya bersama mimik muka yang sungguh beria.

Aku apa lagi, onz!

"Alahh... Sorrylah awak rindu ek? Baru je sekejap tadi saya call kan? Kenapa rindu lagi ni?" balasku dengan nada manja.

Aku lihat wajah peminat-peminat Naufal sudah merundum jatuh. Aku menyembunyikan tawaku daripada terdedah kepada orang ramai. Ee... Geli-geliman je panggil. Ikutkan hati nak termuntah aku dekat situ juga.

"Mestilah rindu... Kalau boleh nak tengok muka awak 24 jam je, tapi sekolah kan, nak buat macam mana" Naufal meneruskan lakonan sebelum dia menyuruhku untuk masuk ke dalam kereta lalu disusuli olehnya.

Sebelum Naufal menekan pedal, aku dapat lihat dengan jelas wajah Ethan Adrian yang seakan-akan tenang melihat lakonan aku dan Naufal sebentar tadi. Dia dah tahu ke Naufal abang aku?

Tanpa mempedulikannya, aku terus membuka topik kepada Naufal sejurus sahaja kereta BMW ini laju membelah jalan raya yang sedikit lengang itu.

"Amboi kau, dah beli kereta baru lagi? Laju je kau. Duit Tan Sri Amin tak dapat lagi kan? Ni duit mana pulak?" wajah Naufal yang selamba itu aku tenung.

"Duit Gold Holdings" dengan sengihan seperti kerang busuk, Naufal memandang wajahku.

Aku hanya tersenyum lalu menggelengkan kepala. "Habis kereta Merz kau tu pulak nak buat apa? Bagi aku jelah!"

"Ehhh... Tak boleh" laju dia menolak.

"Asal pulak?" Aku mengerutkan kening tanda tidak puas hati.

"Kau belum 17 lagi, lesen pun tak ada lagi. Sabar"

"Okay fine. Aku fikirkan ke kau nak bagi Pak Ngah. At least dapatlah jugak dia merasa bawa kereta mewah"

"Adikku yang pendek, kalau kita nak bagi sedara kita benda ke, kenderaan ke, kita kenalah bagi yang baru"

Aku mencebikkan bibir. "Tu bukan baru ke?"

"Tu second-hand namanya. Tak elok tau bagi keluarga kita sendiri barang yang kita dah guna. Seeloknya bagi yang baru. Baru keikhlasan tu terasa"

Psychic Queen's KingWhere stories live. Discover now