• B A B 5 •

2.2K 152 9
                                    

B a b 5 - P e r s o n a l P s y c h i c

—————

ETHAN ADRIAN mengatur langkahnya ke dalam MPH di NU Sentral itu. Hari ini, hari sabtu. Dia kembali teringat akan wajah muram Aurora sebaik sahaja bukunya jatuh ke lecak tempoh hari. Entah mengapa, dia serba-salah melihat kesedihan yang terlukis di wajah gadis itu dan kerana itulah dia di NU Sentral hari ini untuk membeli novel yang baharu untuk Aurora.

Sweatshirt berwarna hitam dan bertulisan 'Legalize Being Black' tersarung kemas di tubuh tegap Ethan Adrian bersama jeans biru. Hanya dengan sesimple itu, sudah ke-100 orang perempuan memandangnya dengan senyuman.

Papan MPH yang terpampang luas di hadapannya dipandang dengan senyuman lebar. Dia terus memasuki kedai buku tersebut bersama dompet nipisnya. Kenapa nipis? Kerana dia ada debit card.

Langkah sahaja ke dalam MPH, dia dapat lihat bermacam-macam jenis buku di situ. Banyaknya! Secara jujurnya, ini adalah kali pertama dia masuk ke kedai buku. Dia tidak pernah berminat dengan buku dan kerana itulah keputusan peperiksaannya teruk.

Dia pergi ke kaunter dan seorang gadis berusia 20-an sedang memandangnya atas bawah. Senyuman juga terukir, terpikat dengan wajah Ethan Adrian yang sungguh tampan itu.

"Kak, tumpang tanya, novel BM dekat belah mana eh?" soal Ethan Adrian dengan senyuman manis.

Kak dia panggil aku? Kak pun kak lah. "Awak jalan terus ke kanan, nanti awak jumpa semua novel BM" balas gadis itu.

"Oh, thank you!" ucap Ethan Adrian penuh beradab sebelum menuju ke rak tersebut. Mengapa dengan Aurora Humaira dia tidak sebegini beradab? Hehehe.

Kakak kaunter itu hanya tersengih malu. Handsomenya! Kalaulah dia jadi boyfriend aku, mesti ramai yang jeles, detik hatinya.

Ethan Adrian terus jalan melepasi kaunter itu dan menuju ke rak novel BM seperti yang diberitahu gadis itu. Dia melihat kategori yang telah dilabel di setiap rak. Sampai di rak berlabel 'action', dia terus mencari novel yang sama seperti novel milik Aurora Humaira.

"Hmm... Yang ni kan?" dia menyoal dirinya sendiri. Dia meneliti semula. Tajuk sama, kulit buku sama. Ha betullah ni.

Sedang dia berjalan di dalam kedai buku itu, tiba-tiba dia tertarik dengan satu tajuk buku fakta ini. Dia tahu dia tidak pernah minat dengan buku ilmiah, tetapi buku ini sedikit menarik baginya. Kulit buku dan tajuk sahaja sudah menarik perhatiannya. Dia lantas menarik keluar buku tersebut dari rak.

"The Art of Being Psychic" gumamnya perlahan. Dia tiba-tiba teringat peristiwa kelmarin, di mana Melinda yang secara mengejut melarikan diri daripada Aurora Humaira tanpa gadis itu lakukan apa-apa. Dia terdengar seorang murid kelasnya mula menyebarkan berita angin bahawa Aurora Humaira adalah seorang psikik dan dengan buku ini di hadapannya, dia sudah semestinya akan beli buku ini sebagai rujukannya.

Ethan Adrian tanpa berlengah terus mencapai beberapa buah buku lagi mengenai psikik. Dia rasa balik ini dia akan menyelidik dan mengkaji mengenai ilmu psikik. Dia pasti dia akan menjumpai sesuatu.

Sampai sahaja di rumah, dia terus melangkah masuk ke bilik dan mengunci biliknya. Penghawa dingin dipasang dan buku nota berwarna hitam dikeluarkan dari laci meja belajarnya. Sejujurnya, buku itu dihadiahkan kepadanya oleh Arissa. Arissa pesan untuk tuliskan segala nota pelajaran di dalam buku itu tetapi sayangnya dia bukanlah serajin itu. Dan hari ini, nampaknya buku itu akhirnya digunakan juga.

Buku-buku psikik yang telah dibeli di MPH tadi dikeluarkan Ethan Adrian. Semuanya berjumlah lima buah buku. Duit di dalam banknya masih banyak kerana ayahnya memasukkan seribu ringgit di dalam akaunnya setiap bulan dengan syarat dia harus datang ke sekolah setiap hari. Gila bukan? Ye, keluarga Dato' Saqeef sedikit gila berbanding keluarga lain.

Psychic Queen's KingWhere stories live. Discover now