• B A B 1 4 •

986 78 18
                                    

B a b   1 4  -  A i d e n    M i k a e l

—————

HARI ini aku hadir ke sekolah seperti biasa. Hanya sehari sahaja aku tidak datang ke sekolah. Sejujurnya aku tidak pergi ke klinik. Jadi aku tidak mempunyai surat daripada doktor. Ah, kiranya aku pontenglah ni. Tapi disebabkan aku pelajar contoh, aku buat surat yang ditanda tangani aku sendiri.

   Oh, ye. Aku datang lambat. Come on, aku bukan budak nerd. Kebetulan sahaja keputusan peperiksaan aku mengagumkan. Itu tidak bermakna aku akan mengikut semua peraturan sekolah. Aku bukan macam tu. Naufal pun kaki ponteng tetapi cikgu tidak berapa bising disebabkan dia juga pandai dan dia juga atlet sekolah. Kiranya kami mempunyai 'sebab' untuk rebel sekali-sekala.

   Aku seperti biasa seludup masuk ke dalam sekolah mengikut pintu rahsia belakang sekolah. Pintu ini hanya aku sahaja yang tahu, rasanya. Aku tahu kewujudan pintu ini ketika hari pertama buka sekolah disebabkan kebolehan prediction aku yang sentiasa tepat. Walau bagaimanapun, aku dapat rasakan pemikiran aku bahawa aku seorang sahaja yang menggunakan pintu rahsia ini adalah mustahil. Kenyataan itu sedikit pentingkan diri bagi aku. Mustahil dalam lebih seribu pelajar, aku seorang sahaja yang tahu.

   Hari ini hari Rabu. Aku mengerling jam tanganku. Masih awal. Pastinya sekarang mereka sedang mendengar ucapan daripada cikgu yang bertugas.

   Towel yang bersaiz cukup-cukup untuk menutupi keseluruhan tudungku terletak kemas di atas kepalaku. Ini kerana laluan pintu rahsia itu dipenuhi dengan dahan pokok. Pastinya tudung aku akan kotor jika masuk begitu sahaja.

   Ketika aku menapak masuk, menyelusuri pintu rahsia yang penuh dengan dahan pokok itu, aku tiba-tiba meremang. Bukan disebabkan makhluk lain, tetapi badanku seperti dapat mengesan bahaya. Aku menoleh ke belakang dan memandang sekilas sebelum menapak dengan lebih laju untuk ke bangunan sekolah yang kira-kira 500 meter jaraknya daripada pintu rahsia ini oleh kerana padang sekolahku yang besar.

   "Lajunya jalan" suara seorang lelaki daripada belakang menyapaku disusuli ketawa kecil beberapa orang.

   Aku tidak toleh. Aku jalan sedikit laju daripada tadi.

   "Sabarlah, laju-laju nak pergi mana" ujar suara lelaki lain.

   Tiba-tiba beg sandangku yang ringan ini ditarik dari belakang. Lelaki itu memaculkan kepalanya di tepi bahuku. Dia berlencana tingkatan 5, warna oren.

   "Kenapa sorang-sorang ni? Tak takut ke ikut sini dengan muka lawa macam ni?" ujarnya di tepi telingaku.

   Sekali lagi aku meremang ketakutan. Aku segera menarik beg sandangku daripada genggamannya dan mula mengorak langkah selaju yang mungkin.

   "Rilekslah. Kitorang tak buat apa-apa pun" lelaki lain pula mengejar aku dan memeluk pinggangku dari belakang.

   Dapat aku rasakan jantung aku mengepam darah dengan laju keseluruh badan. Aku takut! Naufal tidak datang ke sekolah hari ini. Mustahil untuk dia tolong aku sekarang ni.

   Aku terus menyiku tulang rusuk kiri lelaki itu sekuat hati.

   Lelaki tadi spontan melepaskan pinggangku dan mengerang kesakitan. Dia tercangkung sambil memegang tepi perutnya itu. Serves you right, f boy!

   Aku tidak memilih untuk kekal di situ dan lawan. Malah aku terus lari dengan baju unit beruniform Tunas Puteri itu. Aku memang pandai ilmu mempertahankan diri, tetapi ini terlampau ramai bagi aku. Lima orang. Macam mana aku lawan pun, mesti akan ada peluang untuk mereka menang.

Psychic Queen's KingWhere stories live. Discover now