• B a b 1 8 •

123 5 0
                                    

B a b  1 8  -  P e t u n j u k

_________________

AKU melepaskan keluhan kecil sambil merenung ke luar jendela. Sungguh pahit masa silam yang dialami Hannah Ayumi. Aku yang hanya orang ketiga di dalam situasi itu pun sudah amat terkesan. Inikan pula Hannah Ayumi sendiri.

Telefon bimbit yang berada di sisi katilku aku capai dan segera jariku menaip di papan kekunci bagi mencari maklumat mengenai kes Hannah Ayumi. Di Google hanya ada maklumat mengenai gadis itu ketika hari kejadian pembunuhannya berlaku sahaja. Identiti asal gadis itu langsung tidak didedahkan. Hairan aku.

Tik! Bunyi seseorang mengetik jari di hadapan wajahku. Aku tersentak dan memandang ke hadapan.

"Eh engkau ni, tak reti bagi salam ke" aku menjeling Naufal yang tersengih seperti kerang busuk melihat wajah tersentakku sebentar tadi.

"Apa yang kau sebok cari pasal Ayumi tu lagi? Kan kita dah cari haritu dan memang tak jumpa apa-apa dekat internet. Kita kena soal sendiri orang terdekat dia" ujar Naufal lagi.

"Tadi aku kena vision and aku nampak Ayumi kena pukul dengan ayah dia sendiri" ujarku perlahan. Sedikit demi sedikit air mata bertakung di tirai mataku. Aku boleh rasa betapa peritnya derita yang gadis itu alami. Perasaan seperti tidak berdaya untuk melindungi diri sendiri. Itulah apa yang aku rasa sekarang ini.

Naufal terdiam seketika dan duduk di katilku. "And then?"

"And then ayah dia tuduh dia. Ayah dia fikir dia yang lapor dekat polis pasal ayah dia jual dadah"

Naufal mengangguk faham. "Kau ingat muka ayah dia?"

Aku hanya mengangguk kecil sebelum menyambung pandangan Naufal. "Naufal, kita kena selesaikan juga kes Ayumi. Kalau tak aku takkan tenang. Masa kejadian tu jadi, tak ada sesiapa yang ada dengan dia. Dia ada diri dia sendiri je. Sekarang aku nak dia tahu yang ada orang dengan dia. Dia tak keseorangan" ujarku panjang sambil mencengkam kedua-dua bahu Naufal untuk menegaskan ujaranku tadi.

Tett! Tett! Tett!

Bunyi aneh yang nyaring itu datang dari telefon bimbitku sendiri. Aku dan Naufal masing-masing memandang ke arah telefon bimbitku bersama wajah kehairanan. Naufal dengan pantas mengambil telefon bimbit aku dan melihat keadaan skrin telefon bimbit aku. Aku dapat lihat skrin telefon bimbit aku bergaris-garis hitam putih seperti televisyen yang rosak.

"Ha..ha..ha.." aku dan Naufal tersentak. Suara itu muncul daripada telefon bimbitku yang rosak itu. Skrin telefon bimbitku bertukar sepenuhnya menjadi warna merah sebelum satu figura muncul. Akan tetapi wajahnya langsung tidak diperlihatkan. Kami hanya dapat melihat bayang figura itu sahaja.

Naufal segera mengeluarkan telefon bimbit dari dalam poket seluarnya. Dia membuka video rakaman dan merakam skrin telefon bimbit aku yang berada di genggaman tangannya yang lagi satu.

"As yellow as the sun... As brown as the sand. Nature could never betray the truth" suara di telefon bimbitku itu berkata bersama suara yang telah diubah suai supaya tidak dikenali.

Aku mengerutkan kening cuba memahami patah yang diucapkan figura itu.

"Four lines ahead of us. One for the past. One for the present. One for the future." aku mengerutkan kening.

Zett!

Setelah itu telefon bimbitku terus mati sebelum diiringi bunyi lain. Naufal dengan segera mencampak telefon bimbitku ke luar tingkap.

"Naufal!" Aku menjerit terkejut lalu bangun menuju ke tingkap sebelum aku dengan jelasnya melihat telefon bimbit aku meletup di udara.

Aku menepuk dahi aku. Telefon tu telefon pertama yang aku ada. Sayang betul. Habis hilang semua data dalam telefon aku. Desis hatiku.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 24, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Psychic Queen's KingWhere stories live. Discover now