• B A B 6 •

2.2K 164 7
                                    

B a b   6  -  S m i l e    M a s k e r

—————

WAJAH Naufal yang kelihatan serius selepas menerima panggilan daripada seseorang itu membuatkan hati aku tertanya-tanya. Aku terus menghampiri batang tubuh Naufal bersama riak wajah ingin tahu.

   "Kenapa weh?" soal aku sambil mencuri pandang ke arah skrin telefon bimbit Naufal.

   Naufal tidak membalas pertanyaanku. Dia hanya memusingkan badannya ke arahku dan merenung tepat ke dalam anak mataku. Tanpa sebarang bantahan, aku juga menghubungkan renungan itu untuk menggunakan teknik telepathic. Secara automatik perkara yang bersarang di minda Naufal terpacul di mata batinku. Identiti orang yang menghubungi Naufal juga aku ketahui.

   Teknik telepathic adalah sangat berguna. Ia berfungsi bagi menghubungkan otak antara dua manusia, yang bermaksud dua manusia itu hanya perlu berkomunikasi melalui otak tanpa perlu mengeluarkan suara.

   Perlahan-lahan senyuman terukir di bibirku. "So, kita tak tidurlah malam ni" ujarku dalam nada teruja.

   "Seems so" balas Naufal dengan senyuman.

   Tanpa perlu sebarang arahan, aku dan Naufal menuju ke bilik masing-masing untuk bersiap sedia. Sampai sahaja di bilik tidur, aku kerling jam di dinding. Jarum pendek sudah di nombor 10 manakala jarum panjang di nombor 9. Maksudnya sekarang ini sudah pukul 10.45 malam. Tanpa berlengah aku terus melangkah masuk ke tandas untuk membersihkan diri.

   15 minit selepas aku membersihkan diri, aku menapak ke luar tandas dan menuju ke arah almari bajuku. Di dalam almari tersebut, aku ada menyembunyikan satu kotak bersaiz sederhana berwarna putih. Di dalamnya berisi sehelai hoodie putih yang tiada tulisan mahupun corak bersama dengan jeans hitam.

   Tidak lupa juga dengan topeng saiz separuh muka berwarna putih emas. Lipmatte berwarna emas juga terletak di dalam kotak itu. Ini kerana bagi mengelakkan identitiku terbuka, aku akan mengenakan lipmatte oleh kerana aku tidak pernah mengenakan lipmatte ketika hadir ke mana-mana majlis keramaian atau pun ketika berjumpa rakan-rakan.
  
   Selain itu, contact lens berwarna hazel juga aku sembunyikan di dalam kotak itu. Tujuan aku pakai contact lens itu supaya tiada sesiapa dapat mengecam identitiku.

   Topeng muka berwarna emas putih itu aku simpan ke dalam beg sandangku yang berwarna hitam. Aku menuju ke rak bukuku. Di celah-celah timbunan buku itu aku ada sorokkan buku catatan bersaiz kecil yang aku labelkan 'important'. Dengan pantas aku capai dan masukkan juga ke dalam beg sandangku bersama pen hitam berdakwat cair.

   Aku melihat penampilanku di hadapan meja solek. Setelah yakin akan kekemasan penampilanku, aku terus menuju ke ruang tamu menunggu ketibaan Yang Amat Berhormat Tan Sri Naufal. Jam dinding aku kerling untuk kesekian kalinya. Sudah mencecah pukul 11.10 malam.

   Hari ini Mak Ngah dan Pak Ngah tiada di rumah kerana menemani Mak Su yang tidak berapa sihat di rumahnya. Jadi yang tinggal di rumah hanya aku dan Naufal sahaja. Kami tidak mengeluh kerana kami faham akan tahap keprihatinan dan kerisauan Mak Ngah dan Pak Ngah. Jadi kami hanya mengangguk dan tersenyum melihat pemergian mereka untuk tiga hari dua malam itu.

   Aku tidak senang duduk. Nanti ada juga yang lambat ke rumah Tan Sri Amin ni. "Oi, pak cik! Cepatlah sikit siap tu. Dia punya lama bersiap tu mengalahkan perempuan!" jeritku dari ruang tamu.

   Tiada balasan. Beberapa saat berjeda sebelum Naufal membalas dengan laungannya daripada bilik tidurnya. "Aurora, sini kejap!" 

   Aku mengeluh malas sebelum mengangkat punggung dan melangkah ke bilik Naufal. Sesampai sahaja di hadapan bilik Naufal, aku dapat lihat wajah serius Naufal yang sedang menghadap skrin laptopnya. Tetikus ditekannya sehingga bunyi yang memenuhi ruang itu hanyalah bunyi tetikus itu ditekan.

Psychic Queen's KingWhere stories live. Discover now