Sudah satu tahun chenle meninggalkan mereka bertujuh, rumah itu terlihat sunyi tanpa gelak tawa milik malaikat indah, chenle....Namun mereka menerima takdir bahawa chenle sudah pergi dengan tenang, mereka hanya mampu melepaskan rindu dengan sebuah buku hitam milik Chenle yang tertulis diary
Setiap malam mereka menangis akan kesalahan yang telah mereka buat kepada chenle, namun chenle sudah berkata jika dia memaafkan siapa yang membenci dirinya
"Hyung... Kenapa Hyung tipu chenle?"
Di saat kun tidur dirinya bertemu dengan sang malaikat kecil, chenle. Entah bagaimana dirinya saat itu apabila orang yang dia sangat rindu bertemu di mimpi
"Chen-chenle?"
Terlihat Sosok indah dan tersenyum kepada dirinya buat dia tidak percaya
"nee Hyung"
"chenle, Hyung rindu chenle hisk" air matanya jatuh di saat dia menahan dari tadi
"bertahan sebentar ye? Chenle tahu Hyung rindu akan adik Hyung yang comel ni hehe" kun hanya melihat chenle yang tergelak apabila puji diri sendiri
Dia merindui wajah, gelak tawa, serta senyuman chenle,
"Hyung rindu sangat sangat.... Balik lah please?" dia memohon kepada chenle, berharap jika adik sepupunya datang balik kepada dirinya
"chenle rindu juga dengan Hyung, tapi chenle tak boleh pergi kepada kun Hyung... Maaf" mustahil jika jasadnya sudah di kubur dan kembali balik
Dia juga rindu akan kun namun dia juga boleh melihat kun dari situ
"bertahan sedikit Hyung.... Kesian kepada mereka, Hyung lah satu satunya yang dapat menjaga mereka" dia tidak ingin kun terlihat lemah
"tapi...." tidak dapat menyambung ucapan lagi apabila tangisan makin menjadi jadi
"shh, Hyung kuat!, chenle nak Hyung bertahan boleh?" sokongan di beri kepada abang sepupunya
Mereka berpelukan erat seperti tidak ingin lepas namun kun merasa jika chenle semakin lama semakin tidak dapat merasa, Sosok itu menjadi perlahan lahan menghilang
Chenle hanya tersenyum sambil mengatakan
" jaga diri baik baik Hyung, ingat chenle yea...."
"chenle?" dia takut akan kehilangan chenle lagi
Dirinya menjerit nama chenle sepuas hati namun tiada hasil sehingga.....
"CHENLE!!" dirinya terbangun dari mimpi
"huh, huh... Chenle......" menitis air matanya untuk kali kedua
"kenapa kene menghilang? Chenle..... Hisk, chenle nampak Hyung kan? Hisk, dengar lah apa yang Hyung nak katakan ini.... Chenle! Hyung rindu chenle!!" dia berharap chenle mendengar apa yang dia katakan
"ambil lah aku tuhan, aku ingin bertemu dengannya, aku ingin melepaskan rindu dengan jarak yang dekat...."
"kembalikan chenle ku.... Aku ingin dia, kembalikan adikku... Aku rindunya"
"aku tak kuat sekarang hisk, apa aku boleh serah diri? Aku ingin cepat bertemu dengannya"
Selepas dirinya meluahkan isi dalam hati, kun merasa badannya makin lemah serta lesu wajah bertukar pucat, jika di saat itu waktu kematiannya dia serahkan dirinya
Tanpa sedar renjun dan jeno mendengar isi luahan hati dari kun, di luar pintu..... Mereka tidak tahu jika di saat itu kun akan pergi berjumpa chenle....
"chenle akan tetap berada dalam ingatan Hyung...."
Kun membaringkan dirinya di katil, terasa di dada semakin sakit dan berat, adakah itu waktunya?
"sa-sakit..." gumam kun, tidak tahan merasa kesakitan itu
Sebelum dadanya menurun yang bermaksud itu adalah nafas terakhirnya di dunia dia mengucap selamat di dunia itu sebelum dia menutup mata
"selamat malam masa ku selamat malam peluang ku... Aku akan pergi...."
Dengan perlahan Menutup mata,
Tepat pukul 12.00 kini satu insan lagi pergi dan tak akan kembali
🥀
"Hyung.. Bangun jom sarapan" ajak jisung ceria
Namun tiada sebarang respon dari tuan badan itu
"Hyung..? , Hyung?!" jisung menggoncangkan badan kun agar kun bangun
"Hyung?" jisung terus merasakan dahi serta pernafasan kun
Dahi milik kun sejuk dan juga tiada pernafasan dari hidung membuat jisung terdiam seketika
"Hyung...hisk... HYUNG!!!!" jisung menjerit sekuat hati memanggil sang abang di
bawahDengan cepat mereka naik ke bilik Kyi terlihat wajah mereka risau apabila jisung menjerit tadi, mereka melihat jisung yang menutup mulut tak percaya
"jisung.. Kenapa ni?" tanye mark dengan raut wajah risau
"Hyung.... Kun Hyung.... Ku-kun Hyung" jisung terus memeluk jeamin di sebelahnya
Mereka saling memandang satu sama lain terasa ada benda tak kena, terus jeno check keadaan kun yang terbaring kaku di atas katil
Namun sama seperti jisung, tiada apa yang berubah, denyutan tiada, nafas tiada, badan sejuk
Jeno terkaku apabila tidak merasa sebarang nafas atau denyut nadi, dia check untuk kali kedua sama, kepalaanya menghadap ke adik beradiknya
"renjun, haechan dan Mark serta jeamin menanti jawapan dari jeno, mereka Tekejut dan tak terkata apabila jeno menggeleng kan kepala sambil menghadap lantai, air mata perlahan lahan menitis
Mereka Tekejut mendengar khabar bahawa sang abang sepupu pergi untuk selamanya, lebih lagi renjun dan jeno yang tidak menyangka bahawa malam itu adalah malam terakhir mereka mendengar suara milik kun
Malah luahan hati merupakan malam kematian kun,
........
Mereka menatap sayu ke arah tempat pemakaman kun dan bersebelahan chenle yang sengaja mereka letak bersebelahan untuk melepaskan rindu serentak
"aku tak sangka, malam itu malam terakhir Hyung" ucap renjun sambil menahan air mata yang menurun
Padahal pagi itu mereka bercadang untuk pergi ke makam chenle selepas sarapan namun.....
"malam terakhir?" tanye jisung sambil memandang ke arah sang Hyung
"nee... Kami mendengar isi luahan kun Hyung malam itu, dan tak sangka kalau itu malam..." jeno terhenti tatkala air matanya jatuh
"kita mesti kuat walau ape cabaran pun yang menanti, dua insan kita sudah meninggalkan kita dengan pamitan menyedihkan...." Mark sebagai tertua memberi sokongan kepada sang adik adiknya
"nee ape yang terjadi kita jangan buat mereka sedih" sambung heachan
Mereka mengangguk setuju
🌹
Dan tamat lah kisah day chenle yang merupakan dua insan yang berbeza kehidupan namun sama kerinduan
Thanks kepada yang support wattpad cerita author ni.... I hope u guys suka cerita ni and kasi vote and comment tau
Rindu bukan sebarang rindu...
Sayang bukan sebarang sayang........
YOU ARE READING
DAY CHENLE
De TodoAku berjanji akan cari siapa dalang di sebalik ini dan tunjukkan siapa orang nye pada semua orang yang buta di tutup tuduhan bodo tu! ~QIAN KUN Apa ini hari terakhir ku kun Hyung? ~zhong chenle Air mata boleh di tahan, tapi tidak semua, kita boleh...