BAB 6

2K 125 9
                                    


   "ALHAMDULILLAH, sihat, Mak Odah.” Sopan sungguh Akram Hidayat menjawab pertanyaan Puan Saodah dari luar pintu dapur. Kedua-dua tangan bersatu di depan tubuh.

Panjang leher manusia di dapur mengintai gerangan tampan yang datang menghantar periuk. Tinggi lampai, bertubuh sedang tapi tegap, berjambang rapi, berambut pendek dan ikal, bersopan pula bertutur.
Manis setiap kali mengukir senyum.
Pokoknya lengkaplah ciri calon menantu pilihan.

Puan Saodah yang juga sudah lama tidak melihat Akram sedekat ini, tersenyum kerana budak paling nakal di kampungnya ini membesar dengan baik. Syukurlah.

“Adik kamu pun Mak Odah dah lama tak nampak. Azfar kan?”

“Ya, Mak Odah. Azfar tak habis lagi pengajian dia. Saya sendiri pun dah tak ingat muka dia,” seloroh Akram mengundang tawa Puan Saodah.

“Kamu ni, Akram...” Puan Saodah menyeka air mata di hujung mata. Jarang-jarang galak ketawa.

Akram mengulum senyum.
‘Teknik pikat bakal ibu mentua berjalan lancar.’

“Mawar ke tu?” Puan Saodah tiba-tiba menukar topik perbualan tatkala anak mata tertancap pada seseorang dari arah jalan.

Terhincut-hincut sebelah kaki sambil menuntun basikal memasuki pekarangan rumah memandangkan pagar gelangsar utama terbuka luas.

Akram yang juga menyorot langkah Mawar sehabis mungkin menahan geli hati dengan menayangkan muka tak tahu-menahu apa yang berlaku pada gadis itu.

Dengan tudung sarung yang ke depan dahi, kain batik senteng, muka cemberut. Adoi... Betul-betul gaya mak ciklah Mawar ini sorang. Khazanah Malaysia dah ni. Dah tak ada gadis moden yang masih mengekalkan gaya 90-an begini.

“Kakak... Dah kenapa kamu ni?” Puan Saodah bertanya apabila Mawar mendekati.

“Kenapa ni, Mawar? Tadi bukan ke kau ikut kereta aku? Kenapa baru sampai?” celah Akram pula memasang muka paling tak bersalah. Konon prihatin.

Sumpah menyakitkan hati Mawar yang sedang terbakar. Lama anak matanya menikam muka Akram sambil tetap memujuk hati agar bersabar. Dia dah cukup banyak dosa menyumpah seranah Akram tujuh keturunan. Cukuplah dosa keringnya untuk hari ini. Jadi akhirnya dia menarik nafas dalam sebelum menghela perlahan-lahan. Wajah penasaran uminya dipandang. Tidak lagi tajam.

“Orang terbabas sikit tadi. Jatuh dalam semak.”

“Ya Allah... Habis tu macam mana? Sakit ke? Nak aku hantar klinik?” Bersungguh Akram menyampuk.

Mawar kerut dahi membalas pandangan Akram. Sumpah dia tak pernah jumpa muka yang lebih menjengkelkan daripada muka Akram. Muka memang minta penyepak. Dari kecik sampai ke besar!

“Kamu tak apa-apa ke?” tanya Puan Saodah pula. Sudah kurang risaunya kerana dia tahu Mawar adalah anaknya yang paling lasak dan mendikari. Setakat jatuh basikal, apalah sangat.

“Orang okey je. Tak ada luka pun. Jatuh atas rumput kan.”

“Hm. Yalah. Kamu masuklah nak rehat sekejap. Nanti malam sibuk sikit.”

Mawar angguk tapi belum berganjak.

Puan Saodah beralih pada Akram pula. “Lepas isyak nanti jangan lupa datang tahlil.”

“Insya-Allah, Mak Odah.”

Tersenyum Puan Saodah mendengar jawapan sopan Akram sebelum dia beredar menyambung kerjanya di dapur.

Mawar pun berniat nak menyusul si ibu tapi Akram menghalang laluan. Bersahaja membelakangi pintu dapur yang ternganga, dia berdiri setentang Mawar.

“Aku nak cakap dengan kau sikit,” kata Akram mengenyit mata.

Dah cukup buat Mawar geli geleman. Mual isi perut. Kena penyakit mata ke apa mamat ni?

“Kau nak cakap apa? Aku tak nak cakap dengan kau.”

“Malam ni lepas tahlil, jumpa aku kat depan pagar rumah kau.”

“Tak mahu aku!” Mawar mengawal kelantangan suara tapi jelas terdengar sebal.

Dah gila agaknya Akram ni. Sembilan, sepuluh tahun tak berjumpa, tiba-tiba nak ajak bercakap pulak. Dah kenapa? Adalah tu kerja nak dajalkan aku.

“Fine. Kalau kau tak nak, aku jumpa komando, lepastu aku cakap kes kau serang aku itu hari. Sekalilah dengan kes kau menggatal dengan boyfriend Cina kau tu. Aku ada footage CCTV di hari kejadian,” ugut Akram tidak mempedulikan mata Mawar yang membuntang dengan mulut ternganga.

“Kau ugut aku?”

“Ya aku ugut kau. Malam ni, depan pagar lepas tahlil. Ingat.”

“Aku tak n-” Tak sempat Mawar menghabiskan bicara, Akram sudah pun membuka langkah pergi meninggalkannya terkulat-kulat sendiri.

“Ish!! Tak guna betullah mamat ni sekor.”

Luka Seribu Rindu (Wattpad Version)Where stories live. Discover now