"PAGI buta dah call aku kenapa kau?" Sangatlah 'mesra' Mawar menyambut panggilan daripada Tajul.Maklumlah, tadi kena bangun awal solat subuh jemaah. Lepastu ingatkan boleh tidur, rupanya Akram buat buang tabiat nak makan maggie goreng. Dia yang bini solehah ni, terpaksalah masak maggie goreng. Maggie goreng kosong aje. Dah petinya kosong, nak letak apa?
Dia memang jenis selalu skip sarapan tapi rule number three, teman si jebon tu makan. Jadi tercongoklah dia duduk depan Akram. Gila agaknya makan maggie kari pagi buta.
Dan sekarang dia tak cukup tidur, mood nak telan orang. Mangsanya? Tajul.
"Bunga... Kau masuk kerja tak? Aku dah seminggu tak tengok muka kau. Dah rindu sangat ni." Suara Tajul meleret-leret tanda benaran rindu.
Mawar yang siap berseluar palazo, blaus pendek dan selendang malas itu merengus sekali sambil cepat-cepat menapak keluar daripada kamar. Dah lewat!
"Aku banyak benda nak story dengan kau. Terutamanya pasal husband kau jadi cover majalah. Meletop top top. Bos atas manyak suka hati," ujar Tajul macam tak menyempat berbual di ofis nanti.
Mawar tak kisah langsung soal itu. Majalah yang ada muka Akram tu pun dia belum pegang lagi. Lama sangat cutinya.
Dalam duk dengar Tajul berpotpet potpet, kaki brek mengejut betul-betul di depan pintu. Belum sempat keluar. Teringat beg galas belakangnya yang tertinggal di atas katil jadi dia patah balik. Panggilan telefon dimatikan tanpa amaran. Kalut dia mencapai beg galas belakangnya lalu bergerak keluar sekali lagi namun kali ini ada gangguan kedua pula.
Langkah kaki berhenti di depan pintu salah satu bilik di dalam apartmentnya ini. Kata Akram, bilik kerja lelaki itu.
Dia dah lewat, tadi kalut sangat tapi... entah kenapa hati seakan tertarik dengan bilik ini. Dia berdiri betul-betul di depan pintu. Merenung pintu bilik itu dengan fikiran separa kosong. Dia berfikir sesuatu dan dia tak tahu apa yang dia fikir. Yang pasti, dia tak sedar tangannya sudah diangkat ke arah tombol pintu.
"No."
"Mak kau no!" Terkejut beruk Mawar tatkala satu suara berbisik di cuping telinganya.
Dia berpaling ke belakang, melihat batang tubuh Akram tercegat memasang senyum di wajah.
Pap! Akhirnya dia lepaskan tamparan kuat di dada bidang Akram. Bersungguh dia urut dada sendiri dek masih terkejut.
"Kau nak aku mati sakit jantung ke?"
Akram ketawa lucu menggosok-gosok dada yang barusan ditampar. Bersahaja lelaki berkemeja hitam dan kot serona itu bergerak agar tubuhnya membelakangi pintu bilik kerjanya.
Mawar pun kembali berpaling tubuh, berdiri setentang. Kening hampir bersambung.
"Kau buat apa kat sini? Tak pergi kerja lagi? Bukan ke tadi cakap ada hal penting?"
"Aku patah balik, nak tengok kau."
"Kenapa nak tengok aku? Nampak aku macam haiwan dalam zoo ke? Nak tengok tengok bagai."
"Yelah... Tadi muka kau mengantuk sangat gayanya. Kotlah kau tertidur. Kang tak pasal-pasal kena buang kerja."
"Alahai... Baiknya Encik Akram. Sanggup patah balik takut hamba Allah ni hilang mata pendapatan."
"Itu satu hal. Satu lagi, aku takut kau tinggal rumah tak tutup lampu, tak tutup air-cond. Melambunglah bil elekrik aku bulan ni."
Spontan Mawar tayang muka jengkel. Berpeluk tubuh tak puas hati. "Dasar berkira. Kau ingat aku ni tak boleh harap sangat ke?"
YOU ARE READING
Luka Seribu Rindu (Wattpad Version)
Storie d'amoreLUKA SERIBU RINDU | YANA AGASSHI Mawar Safiya sungguh bencikan musuh sejak azalinya, Akram Hidayat yang selalu membulinya. Setakat masukkan cicak ke dalam bekal makanan Mawar, itu cuma rutin harian Akram. Samseng kampung itu pernah menolak Mawar jat...