BAB 23

2.1K 126 6
                                    

JEMARI kanannya mengelus-elus bibirnya sendiri yang tak lekang dengan senyuman sejak dari tadi. Kepala menyandar, fikiran menerawang ke babak ciuman pertamanya. Meski tak sempurna, tetap saja bermakna. Dia akhirnya berjaya mengucup perempuan yang dia cintai.

Ah... Hatinya berbunga-bunga. Sampai tak sedar dia tergelak kecil menarik perhatian Abby di tempat duduk belakang.

Bukannya Abby tak perasan sikap pelik Akram sejak dah kahwin ni. Selalu sangat termenung, senyum sendiri. Angau sangat gayanya.

   "Hai, Akram. Apa yang geli hati sangat tu? Teringat wife kat rumah ke?" giat Abby menyedarkan Akram.

Bersisa senyuman di wajah manisnya, Akram menoleh sekilas ke belakang sambil membetulkan duduk. Memegang kejap stereng van.

   "Wife saya tak ada kat rumah, Kak Bee. Dia orang bekerja. Tapi tang teringat kat dia tu, betullah tu."

Giliran Abby pula ketawa mendengar jawapan jujur Akram. Tak pernah Akram nak bercakap soal perempuan sebelum ni. Sementara menunggu sorang lagi ahli misi mereka harini, elok juga dia mengorek kisah cinta Akram.

   "Akram ni pandai eh simpan rahsia. Tak ada angin tak ada ribut, tiba-tiba kahwin."

   "Haih. Mana ada tiba-tiba. Awal-awal lagi saya dah bagi Kak Bee kad jemputan. Akak tu yang tak sudi datang. Mentanglah saya ni orang kampung kan..." Sengaja Akram menayangkan muka orang tersisihnya. Membalas pandangan Abby melalui cermin pandang belakang.

Untung saja Abby sudah terbiasa. Wanita berambut kemerahan itu cuma geleng kepala.

   "Akak demam pun bos suruh merangkak datang kerja. Jauh sekali la dia bagi cuti kenduri. Lainlah kalau akak yang nikah."

   "Uish. Jangan, Kak Bee... Runtuh bangunan company Abang Aswari datang mengamuk," gurau Akram memaksudkan suami Abby yang semua orang di pejabat kenal kerana kesetiannya datang hantar bekal setiap hari.

Untuk itu, Abby cuma ketawa. Tidak menolak kemungkinan suaminya benar-benar mengamuk satu bangunan.

   "Hmm... Dah seminggu Akram kahwin kan? Bila nak kenalkan akak dengan si dia? Nak tengok jugak siapa yang bertuah sangat dapat curi hati Encik Akram Hidayat ni."

Kali ini Akram menoleh ke belakang. Bercahaya bola mata bersama senyuman.

   "Saya yang bertuah dapat jadi suami dia, Kak Bee. She's like an angel for me."

   "Wuuuu... How sweet of you..." menggelekek Abby sendiri dek ucapan romantis Akram yang tiba-tiba itu.

Akram pun ikutan ketawa. Boleh tahan meremang bulu roma. Ini kalau Mawar dengar, dia dah boleh bayang macam mana reaksi isterinya itu. Muka mual nak muntah.

Dalam mereka duk berbual, pintu belah penumpang hadapan dibuka dari luar sebelum sebatang tubuh menerebos masuk.

Seorang perempuan. Kulit putih melepak, rambut perang dijalin dua bahagian. Pipi merah bak dicubit, bibir mungil seksi. Tubuh genit sedikit berisi juga seksi. Sekali senyum, terpampang pendakap besi menghiasi barisan gigi bersih. Kesimpulannya, cantik elok.

   "Lama tunggu?" soal gadis itu dengan sengihan paling lebar.

   "Baby. Bontot akak dah naik kejung duduk dalam ni. Apa pasal yang lama sangat..." Abby berkata jujur mengundang tawa Baby.

Ya, Baby. Bukan nama sebenar tapi nama itulah yang diguna pakai. Tiada siapa yang tahu nama sebenarnya.

   "Alaaa... Sorrylah. Baby kena pastikan semua barang cukup and dalam keadaan baik. Barulah mission kita berjalan lancar, kan?"

Luka Seribu Rindu (Wattpad Version)Where stories live. Discover now