BAB 25

3.5K 184 27
                                    

DATO HILMAN tenang menyedut rokok tembakau sedang mata melekat pada skrin monitor. Skrin yang memaparkan rakaman dua orang manusia berada di dalam rumahnya siang tadi. Meskipun muka terlindung di balik topeng, dia sudah dapat mengagak siapakah dua orang itu.

Ruang bilik bacaannya tika ini sepi walau ada dua orang pengawal berdiri dekat pintu masuk.

Selang beberapa minit, muncul seorang lagi pengawal berambut nipis. Berhenti di bucu meja sebelum menghulurkan sesuatu pada Dato Hilman menggunakan dua tangan.

Dato Hilman menyambut sekeping kad renyuk. Tenang menekur selama  beberapa saat disusuli senyum sinis bergayut di bibir.

   "Jadi perempuan tu cuba dapatkan bantuan Akram Hidayat?"

   "Kami jumpa kad ni berhampiran pagar. Mungkin penceroboh yang jumpa Puan Farhana tercicir ketika larikan diri. Techinician yang datang tadi pun mungkin salah sorang daripada penceroboh tu jugak. Dorang mungkin dah rancang semuanya."

   "Hmm... Insteresting." Dato Hilman meletakkan kad nama di atas meja.

Tubuhnya disandarkan sambil menyedut lagi asap tembakau. Sekali hembusan, asap putih melayang di udara. Anak matanya memandang skrin monitor. Semakin dia melihat, semakin panjang senyum sinis di bibirnya.

   "Let's play a game, Indra."

   "Faham, Dato."

* * * * *

   "Makan perlahan-lahan... Nanti tercekik, susah..." pesan Akram melihatkan Mawar begitu rakus menyudu nasi goreng kampung ke dalam mulut. Lagak orang tak makan setahun.

Mawar yang duduk bersila di atas lantai permaidani tak mengendahkan pesanan Akram. Sambil melahap, sambil menonton filem di kaca TV.

Mereka jarang luang masa di ruang tamu sebenarnya. Bilik, ruang makan, tempat kerja. Itu sajalah tempat rutin sehari-hari. Tapi memandangkan esok hari cuti, mereka berniat untuk tidur lewat berbanding biasa.

   "Tadi beria tak nak makan. Siap cakap aku tak reti bahasa. Sekarang siapa yang habiskan ayam goreng aku sekali ni?" sindir Akram sambil bangun bergerak ke dapur.

Dia mengisi semula gelas kosong Mawar dengan jus oren sebelum kembali lagi duduk di sebelah wanita itu.

   "Ha minum. Kang nasi tersekat kat dada."

Mawar menurut. Menggunakan tangan kiri, dia ambil gelas kaca lalu dibawa ke bibir. Gerak gerinya itu diperhati Akram.

   "Sedap?"

   "Sedap ke tak sedap, semua aku makan. Dari pagi lagi tak makan." Terjujur pula Mawar menjawab.

Sempat dia mengerling reaksi Akram dan mujurlah Akram cuma senyum memandangnya. Kalau boleh, dia nak elak bercakap pasal kejadian harini.

   "Kenapa tak makan?" tanya Akram prihatin. Bersahaja dia selit rambut bebas Mawar di belakang telinga Mawar.

Sedikit sebanyak mencuit debaran Mawar tapi Mawar berlagak biasa. Luahan cinta Akram pun dia abaikan seperti angin lalu saja. Kalau dilayan, boleh tak keruan dia jadinya.

   "Tak ada selera."

   "Sekarang dah ada selera? Sebab apa? Sebab ada aku?"

   "Perasan betul kau kan?"

   "Kau nak cermin tak? Merah gila muka kau bila aku sweet macam ni."

Mawar diam, buat-buat tak dengar. Dia tahu Akram masih tak berkalih daripada memandangnya. Seminit dua dia boleh tahan lagi. Tapi kalau dah berminit minit minit, memanglah dia akan blushing!

Luka Seribu Rindu (Wattpad Version)Where stories live. Discover now