BAB 11

1.9K 129 9
                                    

     SUASANA di kedai mamak tika ini agak meriah. Meja penuh sampai ke luar. Suara pada bertingkah dengan riuh sorakan memandangkan perlawan bola sedang bersiaran langsung.

Mawar dan Tajul sudah lima belas minit duduk di meja bahagian luar kedai. Sengaja pilih tempat kat luar dek tak mahu menyedut asap rokok kat dalam. Meski ada juga yang merokok, tak adalah lemas sangat kerana ruang terbuka. Angin malam pun sejuk aje menyapa kulit.

"Lama lagi ke kawan kau nak sampai? Aku dah tak tahan ni." Tajul bertanya untuk yang ke-sepuluh kali sebelum menyedut teh ais laicinya. Dah macam cacing kepanasan menunggu Mawar buka cerita.

Keluhan pendek dihela Mawar. Gadis berbaju lengan panjang dan seluar jean longgar itu menyandar tubuh. Gayanya memang sedikit 'boyish'. Sedikitttt ajelah. Tak banyak.

"Kau boleh sabar tak? Air kau pun tak luak separuh lagi, banyak pulak bunyi."

"Tsk. Tak boleh ke kau bagitahu aku dulu? Kawan kau tu, nanti kat rumah pun boleh. Dia housemate kau kan?"

"Masalahnya, aku malas nak ulang banyak kali. Korang dahlah dua kali lima. Banyak soalan. Ha, kan senang kalau aku jawab semuanya sekali."

Tajul memuncung bak anak kecil.

Mawar membiarkan Tajul merajuk sendiri. Sempat dia mengerling jam di pergelangan tangan. Hampir pukul sepuluh malam.

'Manalah Si Aina ni. Cakap dah on the way,' desisnya sambil mencapai telefon bimbitnya dari atas meja plastik empat segi warna kuning.

Berniat nak tanya Aina sekali lagi tapi  dilihat ada mesej baru diterima melalui aplikasi Telegram.

Nombor tak dikenali.

Sebaik saja kotak perbualan dibuka, dia dah dapat agak siapa si pengirim mesej.

'Mak cik.'

Itu sahaja, tanpa sebarang mukadimah.

Mawar ketap gigi sedang jari menekan tanda 'back'. Siap menjeling mata walau tiada yang melihat.

Selang sesaat, bunyi dentingan menarik perhatiannya tanda ada mesej diterima lagi. Dia buka sekali lagi kotak perbualan tadi. Membaca mesej kedua.

'Ini nombor personal aku yang satu Malaysia tengah cari. Anggap je kau bertuah sebab tahu nombor ni. Save okay?'

Spontan kening Mawar bertaut dengan riak jijik terpampang di muka.

"Dah gila agaknya jebon ni," getusnya perlahan.

Kurang seminit, mesej ketiga pula muncul.

'Aku tahu kau baca mesej aku. Jari kudung ke? Tak reti reply lepas baca? Ke memang tak reti? Kau kan dulu murid kelas pemulihan.'

"Tak guna punya jebon," Mawar pantas menggerakkan jari-jemari di atas skrin telefon dengan muka cemberut. Penuh emosi.

Nama pun Mawar Safiya. Kesabaran setipis kulit bawang holland. Cepat melenting.

'Tak ingin and tak hadap aku nak save nombor telefon kau. Satu Malaysia cari nombor kau? Kau tunggu. Kau tunggu aku tayang nombor kau ni kat billboard. Dasar jebon perasan!'

Hantar!

Mawar tersenyum sebelah tanda berpuas hati dengan respon sendiri. Sumpah dia tak boleh nak hadam macam mana orang boleh sukakan pemilik nama Akram Hidayat. Lelaki tu manusia paling menjengkelkan yang pernah dia kenal dalam dunia ni.

"Mawar... Sorry lambat..." Tiba-tiba Aina muncul entah dari mana menarik perhatian Mawar dan Tajul. Tampak benar-benar rasa bersalah.

Sampaikan tak jadi Mawar nak mengomel.

Luka Seribu Rindu (Wattpad Version)Where stories live. Discover now