BAB 18

2.2K 177 43
                                    


"HAIH jebon ni. Sesuka hati dia je end call."

Mawar kerut dahi merenung skrin telefon untuk beberapa detik sebelum kembali memasukkannya ke dalam tas tangan. Dia sambung memakai sneakers di depan pintu, diperhati Aina.

Aina yang berpeluk tubuh di muka pintu seperti sedang berfikir sesuatu. Ada riak kurang senang di wajahnya. Pandangannya kemudian dilempar pada Tajul yang sudah menunggu di dalam perut kereta sebelum dia kembali lagi pada Mawar.

"Aku gerak dulu. Sorry ganggu kau malam-malam," kata Mawar usai menyarung kasut di kaki.

Aina geleng sekali. Riaknya sedikit teragak-agak. "Mmm... Mawar."

Mawar angkat kening.

"Sorrylah kalau aku cakap ni buat kau terasa."

"Eh. Lain macam. Sejak bila kau kisah aku terasa ke tidak?"

"Yang ni lain..."

"Apa dia?"

"Mmm... Kau kan dah jadi wife orang. Dah ada suami. Kau tak rasa ke yang kau keluar berdua dengan Tajul is quite inappropriate?"

"Hah?" Bingung sekejap Mawar mendengar ucapan Aina. Lambat tangkap. Sedetik, dia toleh ke belakang. Melihat Tajul tersengih bak kerang busuk ke arahnya. Jadi dia cari muka Aina semula.

"Dia just tolong aku pindah barang-barang aku."

"Ya, aku tahu. Tapi... suami kau tak marah ke? Like dia tahu tak kau dengan Tajul sekarang? Kenapa kau tak mintak tolong suami kau aje?"

"Tahu... Aku dah bagitahu dia tadi. Pasal mintak tolong dia, aku... tak naklah susahkan dia. Dia busy kot, nak ulang-alik."

"Tapi-"

"Kau janganlah risaulah. Plus, bukan selalu aku keluar malam berdua dengan Tajul."

Aina diam. Mati kata nak berkata lebih. Takut kalau dia sampai masuk campur hal rumah tangga orang lain. Nak tak nak, dia akur. Senyum nipis diukir segaris.

"Yelah. Pesan kat kawan kau tu, hati-hati drive."

"Alright. Bye," lambai Mawar sambil kaki disusun ke arah kereta Tajul yang menanti di luar pagar rumah.

Sebaik saja dia menerobos masuk, kereta bergerak meninggalkan kawasan perumahan teres, menuju ke destinasi.

Mereka cuma berbual kosong sepanjang 30 minit pemanduan. Sempat juga berhenti makan malam di restoran sebelum tiba di kediaman milik Akram. Tajul menggalas kiri kanan beg plastik empat segi saiz besar sementara Mawar cuma membimbit beg kecil.

Dari luar bangunan apartment, masuk lobi, sampailah dah tercegat depan pintu, mulut Tajul tak henti mengagumi apa yang matanya lihat. Dah macam alien jatuh ke bumi.

"Berapa sewa bulanan apartment mewah macam ni?" tanya Tajul saat Mawar menekan nombor kata laluan untuk nyah-kunci pintu.

Mawar tak menjawab dek terlalu fokus. Malangnya, fokus yang tiada hasil kerana tiga kali cubaan, dia gagal menekan kata laluan yang betul.

"Weh... Aku lupa la passcode nak buka ni," ucapnya menggaru-garu hujung kening.

Tajul di sebelahnya dah tayang muka melopong dengan kedua-dua kening terangkat. "Lupa? Macam mana boleh lupa?"

"Aku baruuu je semalam jejak kaki tempat ni, Tajul oi. Akram pulak bagitahu aku passcode tu sekali sebelum tidur. Dah lelap aku masa tu."

"Kau tidur sekali dengan dia?" Bulat mata Tajul menanyakan itu membuatkankan dia hampir saja disiku Mawar.

Luka Seribu Rindu (Wattpad Version)Where stories live. Discover now