part 7

17 3 3
                                        

"hmm aku tak kira aku nak juga buat rancangan tu" kata Ina yang masih berkeras mereka bertiga pun hanya mengeluh kecil sahaja haih Ina Ina keras kepala betul dia ni macam manalah Alif boleh hidup dengan dia ni eh?."okay kitaorang terima rancangan kau itu tetapi ingat keselamatan diri jangan ikutkan hati sangat" balas Aisya dengan nada lembut. Ina pun tersenyum ceria akhirnya kawan kawannya itu setuju dengan rancangannya itu.

"Okaylah jom kita kemas barang hari ini kita balik Malaysia!!!" Kata Ainul mereka pun menganggukkan kepalanya sahaja kemudian mereka terus mengemaskan barang barang mereka dan juga barang barang anak mereka. Selesai mengemas mereka pun terus berjalan keluar dari kondo itu. Ina juga telah memastikan bahawa semuanye telah kunci ingat Malaysia dengan Korea dekat ke ha!?jauh tahu kalau ada apa apa jadi dekat rumah ini macam mana?.

Turun sahaja di lobi mereka pun sudah memesan teksi terlebih dahulu nak tunggu teksi lama baik pesan awal awal. Sudah ada dua teksi berada di hadapan mereka Ina dan Aisya satu teksi Ainul dan Anis satu teksi. Teksi yang mereka naik pun terus bergerak menuju ke Bandara Internasional Seoul, Incheon (ICN). Setibanye di sana mereka pun terus masuk ke dalam airport itu. Setelah selesai seperti biasa mereka akan menunggu terlebih dahulu sementara kapal terbang yang mereka akan naik itu tiba. Tidaklah lama menunggu kapal terbang yang mereka akan naik pun telah sampai.

Mereka berjalan masuk ke dalam kapal terbang itu sambil mata melilau mencari tempat duduk mereka. Setelah menjumpai sebagai seorang ibu mereka akan duduk di tepi tingkap kerana anak anak mereka agak takut sedikit dengan ketinggian jadi merekalah kena duduk di tepi tingkap. Anis mahu sahaja menangis kerana dia juga takut ketinggian apabila melihat sahaja keluar pasti terasa mahu untuk ke tandas dan muntah. Setelah 7 jam berada di dalam kapal terbang akhirnya mereka pun tiba di Malaysia.

Mereka sungguh gembira dapat kembali ke Malaysia walaupun cuaca pada masa itu agak panas tetapi mereka tidak kisah kerana dapat pulang ke negara asal selepas sekian lama tinggal di negara orang. Mereka pun terus mengambil kunci kereta dan masuk ke dalam kereta mereka. Tanpa membuang masa mereka pun menghidupkan enjin kereta dan terus memecut laju pulang kerumah. Aisya ,Ainul dan Ina pulang kerumah Ainul terlebih dahulu. Tiba sahaja di rumah Ainul kereta Daniel tiada di dalam garage. Ainul dan yang lain pun masuk ke dalam rumah.

Fuh, sangat penat duduk di dalam kapal terbang sahaja. Mereka mahu sahaja tidur tetapi teringat akan rancangan Ina mereka terus tidak jadi tidur kecuali anak anak mereka yang tidak tahu apa apa pun. Yang mereka tahu mahu jumpa dengan ayah Mereka sahaja. "So..apa kita nak jawab nanti?" Soal Anis "kita jawab jelah sebab apa kita lari" balas Aisya "tak apa ke?" Tanya Ainul "tak apa. Baru diaorang tahu kenapa kita lari dan sebab apa kita lari" balas Ina. Mereka pun menganggukkan tanda faham.

Setelah mereka selesai merancang rancangan seterusnya mereka pun pulang kerumah masing masing. Pada hari ini Ina membawa Hana balik ke rumah beranilah kalau Alif marah anaknya itu memang lunyai Ina kerjakan Alif. Lagi satu anaknya itu yang merengek mahu ikut dia balik katanya dia rindu untuk berjumpa dengan ayahnya. Sampai sahaja di rumah terlihat kereta Alif dan satu buah kereta bewarna hitam parking  di hadapan rumahnya. Ina dan Hana keluar dari perut kereta itu. Ina menggegam erat tangan anaknya itu takut jikalau ada apa apa yang akan berlaku.

Setelah melangkah masuk terlihat Alif dan seorang lelaki berdiri di hadapan Alif. Mereka berdua saling menghalakan pistol di antara satu sama lain. Terkejut Ina apabila melihat mereka dua berdarah dan juga terdapat luka luka di muka Alif. Dengan cepat Ina menarik Hana keluar dari rumah untuk melarikan diri malangnya mereka ditahan oleh seorang lelaki berbadan tegap. Hana sudah sangat ketakutan sekarang. Hana menyorok di belakang Ina.

Lelaki yang berada di hadapan Alif pun mengalihkan pandangannya kearah Ina dan Hana. "Wow, I didn't think you had a very beautiful wife" kata lelaki itu "Eric,You don't touch her" balas Alif dengan nada datar. "Why can't I touch her" soal Eric dengan santai. Alif hanya diam sahaja. Ina mahu sahaja menangis kenapa dia tidak jawab soalan itu. Soalan paling mudah dulu bila orang tanya dia akan jawab "because she is my wife" tetapi mengapa sekarang dia tidak jawab adakah dia tidak mengaku aku ini istri dia lagi. "Non puoi rispondere? Significa che di1a non è nessuno per te?" Kata Eric maksudnya (kau tidak boleh jawabkan? Maksudnya dia bukan siapa siapa bagi kau?).

CRUSH SEASON 2 Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang