Pada hari ini Ina di benarkan untuk pulang. Awal awal pagi dah bangun kemas barang sebab tak sabar sangat nak balik. Yelah bila duduk hospital kena lah makan makanan hospital tahu lah makanan dia macam mana. Loya tekak ni bila teringatkan makanan hospital. Selesai sahaja mengambil ubat Alif membawa Ina pulang kerumah. Setibanye di rumah Ina terus berlari masuk ke dalam rumah dan menuju kearah dapur. Alif hanya mengikuti sahaja langkah Ina haih budak ni baru elok dah main lari lari. Sesampai sahaja Alif di dapur Alif membuat muka datar. Haih teruja nak balik rumah semata mata nak makan ais krim tu je. Ina hanya menikmati ais krim kegemarannya itu dan hanya mengabaikan sahaja Alif yang berdiri tegak di hadapannye itu.
"Haih sayang ni, kenapa lari lari sayang tu baru elok sihat tahu kalau jatuh nanti macam mana?" Kata Alif sedikit tegas. Ina hanya menanyangkan wajah selamba sahaja. "Alaaa saya tak sabar nak makan ais krim ni je" jawab Ina sambil menyuapkan satu sudu ais krim ke dalam mulut. "Hmm..jangan makan ais krim ni banyak sangat tak elok untuk kesihatan" pesan Alif. Ina seperti biasa akan memekakkan telingannye sahaja. Kerana Ina terus menerus menyuapkan ais krim ke dalam mulutnya Alif pun terus merampas sebekas ais krim itu dari Ina. "Ah abang janganlah ambil saya punya..bagi balik" kata Ina seraya meminta balik ais krimnya.
"Tak boleh..sayang dah makan banyak sangat nanti sakit" kata Alif lagi meninggikan tangannya itu. Ina masih tidak mahu berputus asa dan tetap mahu mengambil ais krim itu dari tangan Alif. "Saya nak makan!!! Bagi lahh" kata Ina. "Tak boleh" kata Alif lalu menutup bekas ais krim itu lalu dia menyorokkan ais krim itu di tempat yang susah untuk dijumpai. Ina sudah memuncungkan mulutnya sambil memeluk tubuh. Ha dah masam dah muka tu. Alif hanya buat buat tak nampak sahaja. Ina berjalan menuju ke ruang tamu sambil menghentakkan kakinya. Nak tunjuk protes lah tu. "Ha hentak hentak..abang potong kaki tu baru tahu" kata Alif lalu tersenyum kecil. Setelah Alif mengemaskan barang barang Ina dia turun ke bawah dan menuju ke arah ruang tamu. Terlihat Ina masih merajuk dengan Alif. Alif pun datang mengahampiri Ina yang sedang memeluk tubuh itu. "Sayang ni tak comellah asyik masam je" kata Alif sambil mencubit pipi Ina. Ina hanya diam sahaja. "Alolololo sayang tak baik tahu masam mula dengan suami" kata Alif lagi dan Ina masih mahu mendiamkan diri. "Hurm...yelah sayang dah tak nak kawan dengan abang lagi..abang pergi kawan dengan Lisa lah" kata Alif dan berpura pura hendak bangun dari duduknya. Dengan sepantas kilat Ina menahan Alif. Okay Ina pantang kalau Alif sebut sebut nama perempuan lain selain Ina ataupun bestie Ina. "Siapa Lisa!??" Soal Ina. Merajuk? Merajuk Ina sudah hilang entah kemana. "Lisa? Hmm kawan abang je" kata Alif sambil tersenyum manis pada Ina. "Tipu!! Lisa bukan kawan abang kan..baik abang cakap jujur dengan saya!!??" Soal Ina . "Okay okay...Lisa just pekerja abang je tak lebih dan abang bukan kawan dengan dia pun" jujur Alif. Ina melihat mata Alif dalam dalam untuk melihat sama ada apa yang di katakan oleh Alif benar atau bohong.
Apa yang di katakan oleh Alif adalah benar. "Abang jangan macam macam eh..jangan sampai saya buat abang pula merasa koma" kata Ina dan terdapat sedikit amaran. "Ye sayang..abang janji abang tak buat perkara yang keji tu" kata Alif lalu memeluk Ina erat. Ina memutarkan bola matanye malas. Hek eleh senang betul dia pujuk. "Sayang.." panggil Alif. Ina hanya memandang wajahnya sahaja. "Sayang tak nak anak lagi ke?" Soal Alif bersama dengan senyuman yang penuh makna. Ina hanya buat buat pekak sahaja. Malas dia mahu menjawab soalan ni. "Sayang..jawablah" kata Alif. Ina hanya membuat pekak sahaja. "Oh lupa pula..nanti kita kena ambil Hana kan dekat taska..Jom ambil Hana" kata Ina lalu bangun dari duduknye mahu bersiap. Kini giliran Alif pula yang membuat muka masam mencuka. Setelah bersiap mereka pun terus pergi ke taska untuk menjemput anaknye itu. Okay apa perasaan Hana bila dapat tahu Ina dah sedar ialah dia happy seronok gembira semualah. Sehinggakan dia mahu duduk di pangku Ina. Hana tidak mahu duduk di kerusi baby. Sampai sahaja di rumah Ina pun melakukan tanggungjawab sebagai seorang ibu iaitu memandikan Hana. selesai sahaja memandikan Hana Ina membiarkan Hana main dengan Alif terlebih dahulu kerana dia mahu membersihkan dirinya. Selesai mandi Ina pun turun kebawah dan menghampiri Alif dan Hana. Ina melabuhkan punggungnye di sebelah Alif. "Hana..apa daddy tanya Hana jawab tahu" arah Alif pada Hana. Hana hanya menganggukkan kepalanye sahaja.

ANDA SEDANG MEMBACA
CRUSH SEASON 2
FanfictionBermula dengan keluarga yang sangat bahagia namun kemunculan orang ketiga membuatkan rumah tangga mereka hampir retak... "Will you be with me forever?"- Hazman Alif "Yes, I will be with you forever" -Rina Liana Semakin lama semakin banyak dugaan dan...