part 20

8 2 2
                                    

  Talian di matikan katanya dia mahu sambung tidur sebab tadi bangun awal sangat. Aku melihat Farhan yang berada di pangkuan ku itu. Haih kesian dia baru je habis pantang dah kena pergi buat benda tu semua. Semoga Allah melindungi Ina aamiin. Aku mengusap lembut rambut halus Farhan. Pipi gebu. Badan berisik baru  4 bulan dah berisik macam ni. Belum setahun lagi. Kena bagi dia makan banyak ni. Kalau Ina tengok anak anak dia dah mula kurus habis kena cekik ni. Maklumlah Ina memang suka anak anak dia bulat bulat. Katanya sedap peluk. Farhan mula mengeliat. Dengan cepat aku mendodoikan kembali supaya dia dapat tidur yang cukup.

  Pada hari ni semuanya berjalan dengan lancar. Pukul 10 malam baru aku dapat rehat. Hana sudah tidur sama juga dengan Farhan. Penat juga ya jaga anak ni. Haih. Inilah kot Ina hadap hari hari. Aku bersantai di ruang tamu. Dah lama tak tengok tv. Yelah sibuk je memanjang. Remote control itu aku mula menekan button on. Hmm tak best kita tukar tak best kita tukar. Sehinggalah aku berhenti di satu siaran berita. Ha kita tengok beritalah.

(BERITA HARI INI, PADA TEPAT PUKUL 7 MALAM TADI DI SAHKAN BAHAWA KAPAL TERBANG MH7**2 TELAH TERHEMPAS DI LAUTAN DALAM..36 MAYAT PENUMPANG BERJAYA DI TEMUKAN.PADA MASA INI PIHAK BERKUASA MASIH MENCARI MAYAT SEORANG WANITA)

  Remote control yang berada kemas di dalam genggaman tangan aku mula jatuh menyembah bumi. Aku tak silap dengarkan. Kepala mula mengingat kembali nama flight yang di naiki oleh Ina. "flight saya MH7**2 ". Aku tak silap dengar flight yang terhempas tu sama dengan flight yang Ina cakap. Maksudnya...

  Mata aku mula terasa panas. Tak..tak mungkin..Ina tak akan mungkir janji dia. Air mata sudah mula bertakung. Dada mula terasa sebak. Nafas mula terasa tidak teratur. Ina pergi untuk selamanya? Tak.. mungkin Ina tidak akan mungkir janji. Kerana sudah tidak dapat tahan lagi air mata mula mengalir deras. Macam mana dengan Farhan yang masih memerlukan kasih sayang seorang ibu. Macam mana dengan Hana?? Si kecil itu pasti akan sedih bila tahu tentang kepergian ibunya. Tangisan aku mula pecah. Sebak di dada tidak dapat ditahan lagi. Kenapa mesti Ina??

  Semua orang yang mendapat khabar itu turut berduka cita atas pemergian Ina. "Alif..aku harap kau dapat terima hakikat bahawa Ina dah tak ada" kata Rayyan cuba memberi kekuatan supaya Alif teruskan hidupnya. Muka aku sembam. Pucat. Mata aku mula bengkak. Setiap Kali mendengar nama Ina pasti terasa mahu menangis. Azril menghampiri aku. "Pihak polis kata diaorang masih tak jumpa mayat Ina" dengan nada penuh rasa sedih dia berkata. Mata aku sudah mula mengalir kembali. Jika betul Ina sudah tiada sekurang kurangnye bagilah aku untuk melihatnya buat Kali terakhir. "aku tak kira..aku nak diaorang cari sampai jumpa" dengan nada sayu sekali. Hana bersama dengan Aisya dan Ainul. Sekarang si kecil itu sudah tahu tentang pemergian ibunya. Dari tadi Hana tidak berhenti henti menangis. Sekarang dia sudah lega dah tertidur lena di dalam pelukan Aisya.

  "Alif..aku tahu kau masih tak boleh terima semua ni tapi demi hidup kau..kau kena teruskan" kata Daniel seraya menepuk perlahan belakang aku. "kau tak faham..Farhan masih empat bulan dia masih perlukan kasih sayang seorang ibu.. Hana dengan Farhan masih kecil diaorang tak faham apa apa..yang diaorang tahu diaorang perlukan kasih sayang seorang ibu sahaja.."kataku dengan nada penuh rasa sedih. Tak sangka secepat ini Ina pergi. Azril, Daniel dan Rayyan hanya mampu diam sahaja. Lama lama nanti okaylah tu. Benda baru lagi jadi mungkin susah untuk terima kenyataan. Semua mula bersurai. Aku masih tidak dapat terima hakikat bahawa Ina sudah tiada.

   SEMINGGU sudah Ina pergi meninggalkan aku sekeluarga. Pihak polis masih tidak dapat menjumpai mayat Ina. Ahli keluarga aku dan ahli keluarga Ina memutuskan untuk membuat solat jenazah ghaib. Aku masih tidak menerima segalanye. Aku yakin Ina masih hidup. Ina tidak akan pergi dan meninggalkan janji yang tergantung sepi begitu sahaja. Ina seorang yang selalu menunaikan janji. Aku yakin dia masih hidup. Mata aku tertumpu pada sebuah beg bersaiz sederhana yang diberi oleh Aisya tadi. Katanya itu daripada Ina. Aku mencapai beg itu. Aku membuka sahaja beg itu terdapat sebuah ipad di dalam beg itu bersama sehelai surat yang ditulis tangan.Aku membaca isi surat itu.

CRUSH SEASON 2 Where stories live. Discover now