"By the way awak dah makan belum?" Soalnya sekadar basa basi. Aku hanya membalas dengan gelengan sahaja. Terlihat dia tersenyum ceria.
" Awak betul tadi tu tak ada apa apa?"soalnya lagi. Aku memberhentikan makan ku. Mata mula menatap kearah mata Kyrie. Aku berfikir sejenak. Nak bagitahu ke tak eh? Bagitahu jelah mana tahu dia pun nampak benda yang sama. Aku meletakkan sudu dan garfu. Badan di tegakkan. Berdehem seketika. "Tadi masa saya nak keluar ada lelaki yang ikut saya" terangku dengan nada separa membisik. Terlihat Kyrie sudah mengetap rahangnya. Ha sudah nak jadi singa ke pula? "Dia ada cederakan awak tak?" Soalnya dengan nada penuh serius. Aku hanya menggeleng sahaja. Dia melepaskan nafas lega. "Awak rasa siapa?" Soalku nak tahu juga siapa yang dia syak?. "Aaron" balasnya penuh mendatar. Okay rasa nak tersedak pula. Apa Kes dia dengan Aaron ni nampak macam musuh. Aku kena jumpa Aaron aku nak tahu sesuatu yang aku tak tahu. Kalau tanya dekat Kyrie heh kiamat pun belum tentu dia bagi tahu.
PENATNYA...bilalah majlis ni nak habis. Aku mengerling jam yang berada di pergelangan tangan. Sudah menunjukkan pukul 11 malam. Selalunya waktu macam ni aku sudah dating dengan katil aku. Tapi sekarang pukul sebelas malam aku masih di dalam dewan yang besar dan gah ini. Dan dipenuhi dengan umat umat yang kaya raya berpangkat dan apa apa jelah. Nak ajak borak semuanya borak pasal business je. Yelah semua nak promote diaorang punya company. Aku ni hanya mampu tadah jelah telinga ni dah biasa hadap. Aku menenguk dengan rakus jus oren itu. Kembung perut aku asyik minum air je. Nak makan takut je ada yang tak halal. Buat masa ni yang aku nampak halal buah je. Aku kini sedang berdiri di sebelah pasu yang berdekatan dengan pintu keluar masuk. Sambil melihat orang orang yang sedang berbual tentang topik yang membosankan itu. Kalau Datin Datin dah boleh agak kot apa yang diaorang borak. "Ina!!" Aku yang seperti mendengar nama ku di panggil terus mengalihkan pandangan kearah pemanggil itu. Terlihat Kyrie sedang datang menghampiri aku sambil tangan membawa sepiring pencuci mulut. " Nah" katanya sambil menghulurkan pinggan itu kearah aku. Aku hanya mengerutkan kening sambil menerima huluran tersebut. "Saya tahu awak tak makan apa apa jadi saya ambilkan untuk awak.. don't worry ini semua halal no alcohol"
Aku tersenyum lebar. Akhirnya ada makanan yang boleh aku makan. "Thanks Kyrie..susah susah je awak ambilkan untuk saya" balasku dan terselit sedikit rasa segan. Yelah bos ambilkan makanan untuk aku siapa je tak rasa segan. Dahlah aku seorang je staff dia yang lain semua rakan rakan dia atau CEO dari company dia. "Your welcome princess..and untuk awak tak ada apa yang susah" balasnya bersama senyuman yang manis. Aku mengambil sebijik cheese tart tu lalu di masukkan ke dalam mulut. Apa biarlah aku masuk semua aku bukan spesis gigit sikit sikit macam semut kononnya nak cover cun depan lelaki. Hurmm nikmatnyalah dapat makan ni. "Sedap ke cheese tart tu?" Soal Kyrie sambil dikerutkan sedikit keningnye. Aku mengangguk laju. "Nah awak rasa sikit". Aku mengambil sebijik cheese tart itu lalu dia hulurkan kearah Kyrie. Terlihat dia seperti menelan air liur. "err saya tak suka..sebab rasa dia tak sedap" balasnya dan cuba untuk mengelak daripada huluran aku itu. Aku apa lagi.. terus paksa dia makanlah. Rina mana pernah tak paksa orang.
"Cepat buka mulut aaaa" kataku sambil menghalakan cheese tart itu ke mulut Kyrie. Kalaulah Alif yang kat depan di dah lama aku sumbat je biarlah laki aku kan. Masalahnya ini bos aku jadi terpaksa lembut sikitlah paksaan dia tu. Kyrie sudah menelan air liur dalam dalam. Walaupun terpaksa Kyrie tetap membuka mulut. Aku terus menyuap cheese tart itu ke dalam mulut Kyrie. Kyrie terpegun seketika. Dia mula menguntum senyuman yang manis. "Betullah awak kata.. cheese tart ni sedap!!"katanya lalu menguyah cheese tart itu dengan cepat. Aku tersenyum kemenangan. Aku dah kata sedap. "Kan saya dah kata cheese tart tu sedap" balasku dengan penuh yakin. "Lagi bertambah sedap sebab awak suap". Terus mendatar muka aku. Haih mamat ni dah keluar dia punya aura buaya tu. Kyrie tergelak kecil melihat perubahan muka aku. Aku memutarkan bola mata malas.
Aku kembali menikmati cheese tart itu. Oh Kyrie dia dah pergi katanya dia perlu melayan tetamu yang lain. Sedap juga aku makan cheese tart ni. Mata dah rasa ngantuk tapi kena tahan sekejap je lagi dah nak habiskan. "Seorang je ke?". Tersentak aku di buatnya. Tiba tiba terdengar suara garau yang menyapa pendengaraan aku. Haih nasib aku tak ada sakit jantung kalau tak dah kejung aku kat sini. Aku beralih kearah lelaki itu. Mata terbuka luas. Aaron!!

ANDA SEDANG MEMBACA
CRUSH SEASON 2
FanfictionBermula dengan keluarga yang sangat bahagia namun kemunculan orang ketiga membuatkan rumah tangga mereka hampir retak... "Will you be with me forever?"- Hazman Alif "Yes, I will be with you forever" -Rina Liana Semakin lama semakin banyak dugaan dan...