•AMARAN ADA LORI GULA KEMALANGAN•
Ina mengaturkan langkahnya menunju kearah Alif yang sedang duduk di sofa yang berada di ruang tamu itu. Tanpa segan silu Ina pun terus melabuhkan punggungnye di sebelah Alif. "Awak pergi mana tadi??" Soal Ina lembut. "Jumpa kawan" balas Alif dengan nada suara datar. Okay Ina, inilah masanya. Untuk menyerlah ceh. Ina meletakkan kepalanye di bahu Alif. Baru sahaja Alif mahu bangun dari duduknye, Ina dengan pantas melingkarkan tangannya di tengkuk Alif dan itu membuatkan mata mereka berdua saling bertentangan.
Alif masih dengan riak wajah yang dingin. Manakala Ina pula sedaya upaya membuat tatapan yang mengoda untuk mencairkan ais yang berada di hadapannye ini. "Kenapa awak nak jauh dari saya? Hm? " Soal Ina dengan nada yang sangat mengoda. Ini kalau mafia lain tengok ini hmm, bermadulah kau nanti Alif. Terlihat Alif menelan air liurnya. Ina tersenyum nakal apabila melihat halkum Alif itu seperti sedang menelan air liur. Hahahahaha habislah kau. Alif sedaya upaya mengalihkan pandangannye namun tidak berjaya setiap Kali dia mahu mengalihkan pandangan Ina menarik semula mukanya supaya memandang kearah Ina.
Alif pun melepaskan tangan Ina dari tengkuknya. Alif mengaturkan langkahnye menuju kearah tangga Ina pula hanya mengikuti dari belakang. Langkah mereka terhenti apabila mendengar bunyi loceng rumah berbunyi. Tidak lama kemudian pintu rumah mereka pun terbuka. Menapakkan sosok tubuh seorang wanita. Ina memutarkan bola mata malas apabila melihat kelibat Adira masuk ke dalam rumah. "Sayang!! I rindu you tahu" kata Adira yang tersenyum gembira. Adira mahu sahaja memeluk Alif. Ina dengan cepat memeluk Alif terlebih dahulu. "Ish, kau asal ha!?? Perempuan tolonglah jangan kacau boyfriend aku" marah Adira.
"Hello ini husband aku, suka hati aku lah nak peluk dia kau siapa nak halang?" Balas Ina dengan nada tenang. Dan seperti biasa Adira akan marah marah Ina dan dia juga cuba menarik Ina supaya untuk menjauh dari Alif. "Ish!!!! Pergilah!!" Kata Adira. Kerana Ina sudah bosan mendengar Adira membebel Ina pun melepaskan pelukannye. Baru sahaja dia mahu melangkah pergi Ina menghampiri Alif. Ina menarik sedikit kepala Alif kemudian. "Cup!!" Ina mendaratkan bibirnye ke bibir Alif. Terbeliak mata Adira apabila melihat Ina mencium Alif di hadapan nya.
Ina memandang sekilas wajah Adira yang sangat marah itu. Kemudian dia mengaturkan langkahnye menuju kearah tangga dan terus naik menuju ke bilik. "Sayang kenapa you boleh pula biarkan perempuan tu cium you!!??" Soal Adira yang masih tidak berpuas hati dengan Ina. Alif hanya menanyangkan reaksi tenang sahaja. Adira ha seperti biasalahnya. Dia akan membebel sampai dia tenang. Alif hanya mendengarkan sahaja apa yang dibebelkan oleh Adira. "Dia ni mulut memang tak reti senyap eh!??" Kata Alif dalam hati. Tidak lama kemudian perempuan sundal tu eh silap silap si Adira tu pun pulang. Alif mengaturkan langkahnye menuju ke bilik.
Setelah tombol pintu itu di pulas terlihat Ina sedang tertidur lena di atas katil. Alif hanya mengabaikan sahaja. Dia mencapai tuala dan terus menapak masuk ke dalam bilik air. Selesai sahaja mandi, Alif membaringkan tubuhnye di sebelah Ina. Dia melihat sekilas wajah Ina. "Hmm, dia tidur betul betul rupanye ingatkan Pura pura"kata Alif dalam hati. Terasa mata Alif memberat. Akhirnya kelopak matanye pun tertutup rapat. Ina tersedar dari tidurnye apabila merasa tubuhnye seperti di peluk. Ina memandang kearah orang yang memeluknye itu. Ina pun tersenyum kecil apabila melihat Alif tidur sambil memeluk Ina. "Tak apa Ina slow slow hehehehe" kata Ina dalam hati.
Keesokan harinye seperti biasa Ina, Aisya dan Anis akan berkumpul di rumah Ainul untuk rancangan memulihkan rumah tangga Ina. Pada saat ini mereka semua berada di ruang tamu. Tempat ni jelah yang Selamat kalau dalam bilik anak anak mereka akan membuat bising. "Okay Ina semalam macam mana okay tak?" Soal Aisya. "Okay sikitlah" jawab Ina. "Kau buat apa?"soal Anis pula. Ina pun memberitahu apa yang dia lakukan semalam. Sungguh mereka semua terbeliak apabila mendengar cerita Ina itu. "Wow ini baru first day, hari ni kau kena ikut cadangan aku pula " kata Ainul. "Ha!? Cadangan apa pula?" Soal Ina. Ainul pun tersenyum lalu menghulurkan sebuah kotak yang bersaiz sederhana kepada Ina. Ina hanya menerima sahaja huluran Ainul itu. Berkerut dahi Ina melihat kotak itu. "Bukalah" kata Ainul yang masih dengan senyumannya itu. Ina membuka kotak itu dengan hati hati. Ternganga Ina di buatnya.
ANDA SEDANG MEMBACA
CRUSH SEASON 2
FanfictionBermula dengan keluarga yang sangat bahagia namun kemunculan orang ketiga membuatkan rumah tangga mereka hampir retak... "Will you be with me forever?"- Hazman Alif "Yes, I will be with you forever" -Rina Liana Semakin lama semakin banyak dugaan dan...
