part 19

18 2 1
                                        

   ALLHAMDULLILAH...tepat pukul 6.30 pagi aku selamat bersalin. Kini wad aku di tempatkan di penuhi dengan sahabat sahabat ku. Setelah baby dihantar ke dalam bilik Alif terus menggendong si kecil lalu di azankan di telinga si kecil itu. Sungguh merdu mendengarkan alunan itu. Keluarga kami sudah pulang terlebih dahulu kerana mereka sudah tidak larat untuk tunggu lebih lama lagi. Tidak lama kemudian sahabat aku pun tiba. Semua tidak berhenti henti menggendong anak aku. Aisya? Dia tidak dapat hadir kerana dia sedang dalam pantang sekarang. Ye dia beranak dulu sebelum aku. Sudah tiga minggu juga dia bersalin. Dia mendapat seorang puteri. Belum ada rezeki lagi nak ada anak lelaki. Seingat aku nama anak dia Aira Alissya. Comelkan nama dia. Hahahaha. Sibuk anak orang anak aku pun lagi comel.

  "Weh Ina apa nama anak kau ni??" Soal Ainul yang sedang leka menggendong anak aku itu. Ye tak ye jugalah kan. Aku tak fikir lagi nama dia. "Err...aku belum rancang lagi nama dia". Kata ku sambil mengaru kepala yang tidak gatal itu. "What!?? Tak fikir lagi!?? Apalah kau nii haih" marah Ainul. Daniel menggelengkan kepalanya. "Sayang..dia baru je lepas bersalin janganlah marah marah macam tu" pujuk Daniel cuba menenangkan sang istri. Ainul hanya akur sahaja. Pintu di kuak lebar terlihat Alif baru sahaja masuk ke dalam. Dia baru balik selepas menunaikan solat subuh. Dia terpaksa menunaikan solat lewat. Sebab masuk je subuh aku dah kena tolak dalam wad bersalin jadi dia terkejar kejar masa. Tadi lepas habis je Azankan anak kami dia terus meminta diri untuk solat. Dia menghampiri aku lalu di usap lembut tangan aku. Senyuman manis diberikan. "Abang..kita nak letak nama anak kita tu apa?" Soal aku. Yelah minggu dah kena daftar. Terlihat Alif sedang berfikir. "Hmm... sebenarnye abang dah lama rancang nama ni tapi tak pastilah sayang setuju ke tidak" katanya dengan nada teragak agak. "Abang rancang letak nama apa?".

   "Farhan Hakimi"

Sebaris nama itu cukup membuatkan aku sedikit terkejut. Nama itu...nama itu lah yang menolong aku untuk bangun dari lena yang panjang. Tanpa nama itu mungkin aku akan pergi meninggalkan segalanya. Kerana tiada jawapan dari aku Alif terus bertanya lagi. "Sayang...tak setuju ke dengan cadangan abang?" Soalnya dan terselit sedikit kecewa. Cepat cepat aku sedar ke alam nyata. Aku cuba mengawal riak wajah aku. "Eh taklah.. saya okay je..nama pun sedap dan hampir sama dengan Hana..Farhana...Farhan" kata aku bersama dengan senyuman yang manis. Alif tersenyum riang. Farhan yang berada di dalam dukunggan Daniel di ambil lalu di lepaskan beberapa cium pada wajah bayi itu. Aku yang melihat Alif tersenyum riang pada Farhan cukup membuatkan hati aku tenang. Mesti Hana tak sabar nak tengok adik dia. Aku juga bersyukur kerana dengan izin yang Maha pencipta memberikan aku peluang untuk hidup. Mungkin jika pada masa itu aku tidak kuat pasti si kecil ini tidak akan dapat melihat dunia.

   KINI aku berada di rumah Datin Rashidah. Ya, rumah mertua ku. Pada mulanya aku patut berada di rumah Datin Mariana tetapi kerana ayah aku ada urusan di luar negara jadi aku terpaksa duduk di rumah Datin Rashidah bukan terpaksa pun nak mertua aku yang tawarkan diri aku on jelah. Aku masih dalam keadaan pantang. Aku sedang menidurkan Farhan. Hana pula dia sedang bermain dengan Hafiz a.k.a pak cik dia. Pintu di kuak lebar. Alif masuk ke dalam bilik itu dengan sangat hati hati. Takut dengan kedatangan dia boleh menyembabkan Farhan terjaga dari tidurnya. Alif dan insaf sebab dia tahu apa akan jadi kalau dia kejutkan Farhan. Setelah selamat masuk ke dalam Alif terus melabuhkan duduknye di birai katil. Dia mengelus lembut kepala Farhan. "Anak daddy sihat?" Soalnya lembut. Alif mengalihkan pandangannye kearah aku. Senyuman manis diberikan.

  Tiba tiba terdengarkan bunyi budak menangis yang pasti bukan dari Farhan tetapi Hana!!. Alif dengan cepat keluar dari bilik dan menuju ke tingkat bawah. Setibanye di bawah terlihat Hana sedang menangis dan Hafiz sedaya upaya cuba memujuk Hana. Alif datang menghampiri Hana. Tubuh kecil itu di peluk erat dan diusap lembut. "Shuhh..dah dah jangan nangis lagi" pujuk Alif lembut. Kini mata Alif tertumpu pada Hafiz yang sudah terkaku di hadapannye. "Kau buat apa dengan anak aku ha!??". Dengan nada sedikit tegas.

"Err..tadi..."

CRUSH SEASON 2 Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang