Sungguh Ina tidak dapat menahan lagi air matanya yang bertakung itu. Akhirnya air mata itu mula mengalir dan membasahi pipinye. "Sayang okay tak ni?" Soal Alif sedikit cemas. Ina masih diam membisu. Dia boleh tanya okay ke tidak? Begitu dalam sekali luka yang Ina dapat. Alif membantu Ina untuk bangun lalu dia membawa Ina masuk ke dalam rumah kerana hari sudah mahu hujan. "Sayang jawablah kenapa ni?" Soal Alif lagi. Ina mengalihkan pandangannye kearah Alif yang berada di sisinya itu. "Saya rasa awak tahu kenapa?" Balas Ina dengan nada sedikit serak. "Pasal bunga ni ke?" Soal Alif lagi sambil menunjukkan bunga ros itu. Ina memejamkan matanya cuba untuk menenangkan dirinye itu. Ina menarik nafas dalam dalam.
Okay Ina semua ni berlaku mesti bersebab. Ina cuba untuk mengukir senyuman yang manis. Tangannye mula naik ke muka lalu dia mengelap pipinya yang di basahi oleh air mata. "Tak lah..bukan sebab bunga tu" jawab Ina. "Habis tu kenapa? Sayang tiba tiba je nangis? Saya ada tersalah cakap ke?" Soal Alif lagi. "Tak adalah saya cuma...terharu sebab dapat bunga yelah dah lama saya tak dapat bunga" balas Ina dengan senyuman yang manis.
Kemudian Alif memeluk erat tubuh sang istri. "Sayang jangan nangis lagi tahu..saya tak suka lah tengok princess saya ni menangis" kata Alif sambil mengusap lembut rambut Ina. Ina hanya membalas balik pelukan itu. "Sayang kata nak pergi rumah Ainul jomlah siap saya hantar okay" kata Alif lagi. Ina hanya menganggukkan kepalanye sahaja lalu dia pun bangun dari duduknya dan terus berjalan masuk ke dalam bilik untuk bersiap.
Tidak lama kemudian mereka pun sudah tiba di rumah Ainul. Sesampai sahaja di rumah Ainul, Ina terus memeluk Ainul. Okay sebagai bestie yang baik Ainul terus membawa Ina masuk ke dalam bilik. Oh tidak lupa juga mengajak Anis dan Aisya sekali. Hari ini mereka tidak dapat berbincang di ruang tamu kerana suami mereka berempat ikut sekali jadi terpaksa cari tempat bincang yang lain. Setibanye di bilik Ainul terus mengunci pintu biliknya tidak mahu ada sesiapa yang mengangu. "Ina kau mesti baru lepas nangiskan" Teka Aisya. Dan yep Aisya anda seratus peratus betul. Ilmu apa anda pakai?
"Macam mana kau tahu dia baru lepas nangis?" Soal Anis. "Haih kau tak nampak ke mata Ina tu bengkak" kata Aisya sambil menunjuk kearah mata Ina. Anis hanya mampu tersengih macam kerang busuk jelah. "Kenapa kau nangis Ina?" Soal Ainul. "Tak adalah aku tadi tengok Kdrama lepastu heroin tu sanggup mati demi Selamatkan si hero tu" kata Ina. Tak apa bohong sunat. Mereka pun hanya menggaguk sahaja. "Ah..weh kau dah berbaik ke dengan Alif?" Soal Anis. "Dah". Mereka bertiga pun terkejut dalam pada masa yang sama gembira kerana rumah tangga sahabatnye itu Selamat. "Aku dah kata aku punya idea confirm menjadi punya!!" Kata Ainul.
"Hek eleh setakat idea baju kau tu je pun nak kecoh" kata Anis. "Biarlah, yang penting menjadi" kata Ainul. Okay hari ni diaorang tak bincang lagi cuma borak borak kosong je sebab Kes Adira dah selesai tak sangka pula Ina boleh gerak solo. Kesian Ainul dah bersemangat nak bantai Adira alih alih dah settle. Setelah lama mereka semua berborak mereka pun bersurai ke rumah masing masing.
Setelah Ina dan Anis sudah pulang Ainul dan Daniel pasti akan berborak borak sambil menikmati suasana petang. "Haih tak sangka diaorang dah berbaik ye" kata Daniel. "Tu lah saya dah kata idea saya pasti berjaya punya" kata Ainul dengan bangganya. "Sayang bagi idea apa?" Soal Daniel lalu menghirup air kopi yang dibuat oleh Ainul tadi. "Saya suruh si Ina tu pakai baju yang hot hot masa nak tidur" jawab Ainul.
PFFUUUHH!!!
Air yang di minum oleh Daniel tadi tersembur apa bila mendengar perkataan 'baju yang hot hot'. Ainul hanya mampu terkejut jelah yelah tiba tiba je tersembur. "Sayang suruh Ina pakai baju yang pelik pelik tu!!??" Soal Daniel lagi. "Haah.. hehehehe" balas Ainul sambil tersengih. Daniel masih berfikir mengapa banyak banyak idea..idea tu juga yang bini dia nak bagi dekat si Ina tu.
"Macam manalah eh rupa Ina bila pakai baju tu? Mesti cantik" Gumam Daniel.
"Apa abang cakap!!??? Abang jangan macam macam eh tu kawan baik saya sendiri!??? Abang nak kena duduk luar ke ha!!!??" Marah Ainul. Yelah siapa je tak marah bila suami sendiri boleh cakap pasal perempuan lain. Daniel apa lagi mampu memujuk jelah. Kerana sudah lama sangat Ainul marah dekat Daniel jadi Daniel terpaksa meminta bantuan Ina dan Alif.

YOU ARE READING
CRUSH SEASON 2
Fiksi PenggemarBermula dengan keluarga yang sangat bahagia namun kemunculan orang ketiga membuatkan rumah tangga mereka hampir retak... "Will you be with me forever?"- Hazman Alif "Yes, I will be with you forever" -Rina Liana Semakin lama semakin banyak dugaan dan...