Ina memandang kearah Alif. "Awak kenapa banyak banyak tempat hutan juga awak pilih!???" Soal Ina cemas. Alif hanya diam membisu sahaja. Ina melihat sekeliling hanya ada pokok sahaja. Memanglah ada pokok dah masuk hutan tak akan lah ada shopping mall pula kan....
Kereta Alif pun berhenti. Alamak time time macam ni lah kereta nak berhenti!! Esok esok lah berhenti!!! Ina seperti biasa dia akan 'tenang'. Alif keluar dari perut kereta lalu dia memeriksa keretanya sama ada yang rosak. Tiada yang rosak cuma minyak hitam dah habis. Alif menuju kembali ke pintu pemandu. Dia mengambil telefonnya kemudian cuba mendail nombor seseorang. Malangnya tidak dapat kerana mereka berada di dalam hutan jadi faham fahamlah kenapa tak boleh nak telefon. Kerana terlalu panas di dalam kereta Ina pun membuat keputusan untuk keluar dari kereta. "Awak ada yang rosak ke?" Soal Ina pada Alif. "Minyak hitam habis" jawab Alif dengan nada dingin. Ina melihat jam yang berada di pergelangan tangannya itu. Menggigil lutut Ina apabila melihat jarum pendek itu berada di nombor 6.
6 petang!!!?? Okay Ina relax...Alif ada dengan kau okay...relax
Ina menghampiri Alif. "Awak.. jawablah soalan saya kenapa awak lari masuk hutan banyak je lagi tempat yang Selamat" kata Ina. Alif memutarkan bola matanye malas. "Sebab aku nak hantar kau balik tempat asal kau" jawab Alif dengan nada dingin ye itu. "Ha? Tempat asal saya bukan dekat sini lah.." balas Ina. "Oh ye eh? Bukan ke kau tu Puteri bunian so..sinikan tempat bunian duduk pergilah balik rumah kau" balas Alif seraya mengejek. Mentang mentanglah dia tak takut bolehlah ejek orang. "Eh? Sejak bila pula saya ni puteri bunian?? Saya ni manusia lah.." kata Ina mencebik sambil memeluk tubuh. "Ha muncunglah bibir tu orang cium baru kau tahu" kata Alif dan di balas dengan jelingan maut. Waktu berganti waktu tanpa di sedari jam sudah menunjukkan pukul 8 malam. Langit yang tadinye cerah kini sudah bertukar gelap dan hanya di terangi cahaya bulan. Ina hanya berkepit sahaja dengan Alif kemana sahaja Alif pergi Ina pasti ikut sama. Kerana sudah lama duduk akhirnya mereka membuat keputusan untuk mencari jalan keluar sendiri. Alif membuka pintu keretanye lalu dia mencapai torch light yang ada di bawah kerusi pemandu. Tanpa membuang masa Alif pun menghidupkan torch light itu dan memulakan perjalan untuk keluar dari hutan itu. Ina pula hanya mengikuti sahaja kemana Alif pergi.
Jalan punya jalan mereka masih tidak menemukan jalan keluar. Ina sudah mula rasa kurang sedap hati. Setelah sekian lama Ina mendiamkan diri akhirnya dia pun membuka mulut untuk bertanya. "Hmm..awak kita dah nak keluar ke?" Soal Ina dengan nada sedikit perlahan. "Dah...kot" balas Alif dan sengaja memperlahankan perkataan 'kot' itu. Apa ingat Ina tak dengar ke ha!??. "K-kot?? Saya rasa kita bukan keluar tapi lagi masuk adalah!!" Kata Ina dengan nada cemas. "Ish..kau jangan cemas sangat susah aku nak fikir" kata Alif. "Awak gila ke tak cemas..dah sesat masuk hutan kalau ada ha-" kata kata Ina itu terputus kerana Alif terlebih dahulu menutup mulutnye. "Kau janganlah sebut benda benda macam tu..cakap tu doa tahu" kata Alif. Ina hanya mengangguk sahaja. Kerana sudah lama berjalan mereka pun memutuskan untuk duduk di dalam satu gua yang tidak jauh dari mereka. Alif mula menyandar pada dinding gua itu. Ina pula hanya melabuhkan punggungnye di sebelah Alif. Haih apalah nasib hari ni dahlah tak dapat pergi rumah Ainul, kena kejar dengan orang last last sesat dalam hutan. Hmm baguslah. Ina cuba mendekatkan dirinya dengan Alif. "Ish kau ni asyik berkepit je dengan aku" kata Alif lalu bangun dan duduk jauh dari Ina. "Kau jangan ikut aku eh..kalau tak aku tinggal kau dekat sini" kata Alif.
Ina hanya mengangguk sahaja. Beberapa minit kemudian Ina sudah tidak senang duduk. Ina hanya kulu kilir di hadapan Alif. "Kau asal?" Soal Alif dengan nada dingin. "Saya nak membuang!!"balas Ina. "Haih pergi jelah buang dekat semak semak tu" kata Alif. "Oh ye tak ye jugalahkan..saya pergi buang kejap tahu..awak tunggu saya jangan pergi mana mana" kata Ina. Alif hanya membalas dengan anggukkan sahaja. Tanpa membuang masa Ina terus memecut laju keluar dari gua dah mencari tempat membuang hajat yang Selamat. Alif kembali melelapkan matanye. Selang beberapa minit terdengar bunyi petir. Itu membuatkan Alif tersedar dari tidurnye yang singkat. Alif melihat sekeliling Ina masih tidak kembali. Hujan pun mula turun makin lama makin lebat. Ina masih tidak kembali. Haih dia ni buang air kecil ke buang air besar. Lama sangat. Hujan masih turun dengan lebat.

ANDA SEDANG MEMBACA
CRUSH SEASON 2
FanfictionBermula dengan keluarga yang sangat bahagia namun kemunculan orang ketiga membuatkan rumah tangga mereka hampir retak... "Will you be with me forever?"- Hazman Alif "Yes, I will be with you forever" -Rina Liana Semakin lama semakin banyak dugaan dan...