Baru sahaja Adira mahu membuka pakaiannye Ina terlebih dahulu menarik Adira sehingga jatuh dari katil. Adira apa lagi terus bangun nak lawan baliklah. Okay baru aku tahu Adira ni rupanya dia pandai berlawan bagus juga kalau lembik lembik tak best pula Ina nanti hehehehe. Adira baru sahaja mahu melepaskan satu tumbukkan pada muka Ina. Ina terlebih dahulu menghalang tangannye. Part paling Ina suka bila dia dapat pusingkan tangan si Adira tu ke belakang. Wouh mantap ahh!!
Kerana Ina masih berperikemanusiaan Ina hanya pusing sekadar bagi rasa sakit kalau Ina pusing betul betul dah patah tangan perempuan gatal ni. "Kau apa hal !?? Kacau misi aku ha!???" Tengking Adira. " Eh bukan masalah aku" jawab Ina dengan selambanye. Ina terus menendang kaki Adira sehingga membuatkan perempuan itu jatuh tersungkur ke hadapan. Adira mencapai sebilah pisau yang dia sorokkan di sebalik sanggulnya itu. "Mana aci pakai pisau" kata Ina. "Biarlah senang sikit misi aku selesai bila kau mampos" kata Adira. Dengan cepat Adira mendekati Ina. Ina hanya mampu mengundur ke belakang dia perlu menyusun strategi yang betul. Adira menghalakan pisaunya kearah perut Ina. Nasib menyebelahi Ina. Ina dapat mengelak. Ina terus menendang Adira dari belakang. Itu membuatkan Adira terbaling kearah meja solek habis minyak minyak wangi tu pecah. Tak apa nanti beli baru.
Bukan setakat minyak wangi sahaja yang pecah. Cermin meja solek pun pecah sekali. Tangan dan badan Adira sudah sedikit berdarah mungkin sebab terkena serpihan kaca kaca tu.
"Kau...memang sengaja nak cari pasal!!! Kau tak tahu aku pembunuh upahan yang paling terhandal, nampaknye kau dah Salah orang untuk lawan" kata Adira sambil tersenyum jahat.
"Oh baguslah aku pun memang dah lama tak bunuh orang" kata Ina pula. "Hahaha kau buat lawak bodoh apa ni...kau tu cuma orang biasa je.."kata Adira. "Oh ye...kau masih tak kenal aku siapa yang sebenarnye.." kata Ina dengan nada dinginnye.
Adira mula berdiri untuk melawan Ina balik. Ina pun sudah bersiap sedia. Jadi mulalah pergaduhan yang berkemungkinan akan ada pertumpahan darah. Setiap serangan Adira Ina dapat elak dengan baik.
Luka. Luka tak payah cakap walaupun Ina dapat elak kadang kadang terkena juga. Tak kena pisau si Adira kena dekat serpihan kaca kaca yang pecah tu. Akhirnya Adira jatuh berlutut. Badannya sudah dipenuhi dengan luka. Dia sudah tidak dapat menahan lagi kesakitan yang di berikan oleh Ina. Hahahaha tu lah berlagak lagi.
"K-kau siapa sebenarnye??" Soal Adira yang sedang menahan kesakitan. "Baru sekarang kau nak tanya" balas Ina. "Aku tanya jawap jelah!!" Kata Adira lagi. " Okay okay relax lah..aku Queen of Mafia" kata Ina sambil smirk pada Adira. Terbeliak mata Adira apa bila mendengar perkataan 'Queen of Mafia' tu. "K-kau mafia rupanya!!??" Kata Adira. Ina hanya mengangguk dengan tenang sahaja. Adira sudah mula menelan air liur. Nampaknya orang yang dia sedang hadapi ini bukan calang calang. Adira mula mengundur ke belakang untuk menjauhkan jaraknya dengan Ina. "Oh sebelum aku terlupa kau pembunuh upahankan..siapa yang upah kau untuk bunuh Alif" soal Ina pada Adira.
"Aku tak boleh bagitahu kau" jawab Adira. Ina terus menghampiri Adira. Dia terus mengcekik Adira sekuatnya. "Kau cakap sekarang siapa yang upah!!!"soal Ina lagi dengan nada yang sedikit tinggi. "A-Arif!!" Balas Adira. Ina terus melepaskan Adira. Adira terbatuk batuk kerana dia tidak cukup nafas tadi.
Ina terus mengikat tangan Adira dan juga kakinya. Ina menelefon pihak polis supaya datang dengan segera. Sementara menunggu polis datang Ina menyeret Adira untuk turun ke bawah. "Woi sakitlah bodoh..baik kau suruh aku jalan sendiri" kata Adira. "Ah! Kau punya jalan sendiri tu tak boleh percaya nanti kau lari ingat aku tak tahu" kata Ina dan terus menyeret Adira turun. Setelah sampai sahaja di hadapan pintu rumah terlihat beberapa kereta polis sudah pun tiba. Beberapa orang polis wanita telah membawa Adira masuk ke dalam kereta. "Terima kasih atas bantuan cik kerana telah membantu pihak polis menangkap pembunuh upahan ini" kata ketua polis itu. "Sama sama saya cuma bantu apa yang boleh sahaja" balas Ina bersama senyuman yang manis. "Baiklah Kami pergi dulu ye" kata ketua polis itu lagi. Ina hanya mengangguk sahaja. Setelah melihat kereta polis itu telah keluar dari perkarangan rumah Ina terus masuk ke dalam rumahnya. Haih nak kena kemas kaca kaca tu lagi penatnya!!
ANDA SEDANG MEMBACA
CRUSH SEASON 2
Fiksyen PeminatBermula dengan keluarga yang sangat bahagia namun kemunculan orang ketiga membuatkan rumah tangga mereka hampir retak... "Will you be with me forever?"- Hazman Alif "Yes, I will be with you forever" -Rina Liana Semakin lama semakin banyak dugaan dan...
