part 14

17 3 0
                                        

Kalau terus menerus seperti ini kemungkinan besar banyak nyawa akan terkorban. Ina sebagai ketua tidak akan membiarkan musuh yang membunuh anak buahnya itu terlepas. Ina berjalan masuk ke dalam rumah dengan fikiran yang bercelaru. Tiba tiba Datin Mariana memanggilnye. "Siapa yang telefon, macam penting sangat je" kata Datin Mariana. Ina memandang wajah ibunya sekilas. Lalu dia melepaskan keluhan berat. "Aisya telefon, biasalah Hal kerja" kata Ina. "Ouh.. ha tadi papa panggil Kamu dia suruh jumpa dekat bilik Kerja dia tu" kata Datin Mariana. Ina hanya menganggukkan kepalanye sahaja lalu terus berjalan menuju ke bilik Kerja ayahnye.  Setelah mengetuk pintu dan di benarkan masuk Ina terus melabuhkan punggungnye di kerusi yang berada di hadapan Dato Sri Muhaimin. "Ada apa papa nak jumpa dengan Ina?" Soal Ina. "Kamu masih jadi Mafia lagi ke?" Soal Dato Sri Muhaimin dengan nada agak serious. Ina hanya membalas dengan anggukkan sahaja. "Kenapa tak tinggalkan je" soal Dato Sri Muhaimin lagi. "Itu kan atuk yang bagi Ina, atuk yang minta Ina untuk teruskan..Ina tak nak atuk kecewa" jawab Ina. "Haih..papa tak marah kalau Ina nak teruskan, tapi ingat satu perkara jaga diri tu elok elok ingat dunia mafia ni bahaya..lagi satu Alif dah tahu ke pasal ni?" Soal Dato Sri Muhaimin. "Belum lagi..belum masa yang tepat nanti lama lama dia tahu juga" kata Ina.

Dato Sri Muhaimin hanya membalas dengan anggukkan sahaja. "Kalau dah tak ada apa apa Ina keluar dulu" kata Ina. "Ha..yelah" balas Dato Sri Muhaimin. Ina terus menapak keluar dari bilik Kerja ayahnya itu. Dia berjalan masuk ke dalam biliknya huaaa penatnya. Satu satu masalah datang penat penat. Haih. Baru sahaja mahu melelapkan matanye tiba tiba terasa seperti ada orang yang mencucuk pipinya. Alaaaa time time macam ni jangan kacau boleh tak?. "Ish jangan kacaulah" marah Ina dan masih menutup matanya. Tetapi orang itu masih tidak berhenti dan terus menerus mengacau Ina. Ina pun terus membuka mata dan bangun dari baringnye. "Ish..abang janganlah kacau saya penatlah" kata Ina. "Alaaa nak kacau sikit je..siapa call tadi?" Tanya Alif. "Aisya" balas Ina lalu menyambung membaringkan tubuhnye. "Aik baru sehari tak jumpa tak akanlah dah rindu kot" kata Alif ingin mengusik. "Haih bukan sebab rindulau sebab..tak ada apa apa lah" kata Ina lalu memeluk bantal peluknya itu. "Sebab apa? Cakaplah" kata Alif sambil mengoyang goyangkan badan Ina. "Sebab Hal kerja je dia kan kerja dengan saya" kata Ina. Alif hanya mengangguk faham sahaja. Terasa katil di sebelah Ina mendap Ina memandang kearah sebelahnya terlihat Alif ikut membaringkan tubuhnye dan menghadap Ina dengan senyuman yang manis. "Abang kenapa ni dari tadi happy semacam ada apa apa ke?" Kata Ina. "Tak ada apa apa lah" balas Alif. Ina hanya memutarkan bola matanye malas. Pelik pelik je lah laki aku ni. Ina terus melelapkan matanye. Penat sangat ni. Otak penat badan penat haih. Tiba tiba telefon Alif berdering dan itu membuatkan Ina susah untuk tidur tetapi mata Ina tetap tertutup rapat.

"Assalamualaikum, ha apa Hal kau call aku ni?" Soal Alif
" Ada Salah seorang anak buah kita ada ekori Arif, diaorang hari ni letupkan tempat sembunyi satu team mafia ni" kata Rayyan dari dalam talian.
"Ha!?? Team mafia apa??" Soal Alif.
"Bila kitaorang tengok dari lambang ni macam lambang team 'Queen of Mafia'" kata Rayyan
"Queen of Mafia!?? Bukan ke team tu yang ramai mafia takut ke!??" Kata Alif
"Ye..tapi aku rasa Arif buat macam ni sebab anak anak buah team ni tak nak bagitahu siapa ketua diaorang agaknya" kata Rayyan.
"Aku rasa sebab tu, bila diaorang tahu siapa ketua jadi lagi senanglah diaorang nak buat kerja" kata Alif
"Okay ah aku nak sambung buat kerja assalamualaikum"
"Waalaikummusalam"

Alif melabuhkan punggungnye di sofa yang berada di dalam bilik itu. Tak mungkin diaorang boleh jumpa tempat persembunyian ni. Bukan ke team Queen of Mafia ni team paling licik dan paling susah nak di jejaki ke? Ina mendengar semuanya. Okay okay Kes ni dah hampir semua mafia tahu ke? Alamak teruklah macam ni. Orang cuma tahu team tu team paling di takuti ramai tapi orang tak tahu siapa ketua dia. Kalau diaorang tahu aku ketua macam mana huaaaaa. Ina bangun dari tidurnye. Dia memandang kearah Alif. "Awak cakap sorang sorang ke tadi?" Soal Ina Pura pura tidak tahu apa apa. "Tak adalah saya cakap dengan Rayyan tadi dia call" balas Alif. Ina hanya menganggukkan kepalanye sahaja. "Kes apa pula Kali ni?" Soal Ina lembut. "Kes pasal Queen of Mafia" jawab Alif. Alamak tengah sibuk dengan Kes ni pula pergilah sibuk Kes lain nanti kantoi macam mana!!??. Telefon Ina berdering. Kerana telefon Ina dekat dengan Alif jadi dia yang mengambil telefon Ina lalu di hulurkan kepada Ina. Ina terus menjawab panggilan itu.

CRUSH SEASON 2 Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang