Setelah selesai melepaskan rindu. Aku mengembalikan telefon tersebut kepada Zayn. "Mesti awak rindu dengan family awakkan" soal Zayn bersama senyuman di bibir. "Mestilah rindu dah dekat Lima bulan saya tak jumpa mereka" balasku bersama senyuman yang manis. "Oh okaylah saya balik dulu..jumpa malam nanti okay" kataku dan dibalas dengan anggukkan. Aku berjalan keluar dari rumah Zayn itu dan menuju kearah kereta aku. Aku masuk ke dalam kereta lalu menghidupkan enjin kereta. Setelah panas kereta aku mula bergerak keluar dari taman perumahan ni.
SEPERTI yang di rancangkan. Aku dengan Zayn kini sedang bersembunyi di balik tembok tembok yang terdapat di sini. Semua pihak polis sudah menyorok di tempat yang aku dah tetapkan. Seperti yang Zayn katakan betul. Terdapat sebuah lori datang ke tempat ini. Diikuti sebuah van hitam di belakang. Terdapat beberapa lelaki berbadan tegap keluar dari van tersebut. "Macam mana dah boleh serbu ke?" Soal Zayn dengan nada perlahan. "Sabar jangan serbu lagi" balasku. Aku melihat lelaki itu mengambil beberapa buah beg hitam dari dalam lori itu dan di letakkan ke dalam van tersebut. Pemandu Lori itu pun keluar dari Lori dan berjumpa dengan Salah seorang lelaki yang memakai mata hitam. Lelaki berkaca mata hitam itu menghulurkan satu sampul yang tebal kepada pemandu Lori tersebut. Setelah itu mereka berjabat tangan." Serbu sekarang" kataku menggunakan wokey tokey itu. Dengan segera pihak polis keluar dari tempat persembunyian itu dan mengepung mereka semua aku tetap menyorok di tempat asal aku. Sebab apa sebab aku tahu pasti ada anak buah Kyrie yang akan memerhati dari jauh jadi lebih baik aku menyorok.
Semua lelaki itu di bawa masuk ke dalam lori. Mereka semua akan dihantar ke balai polis. Aku dan Zayn terus pergi dari tempat tersebut. Biasalah jadi mafia kena main sorok sorok baru nampak hebat hahahaha. Selepas Zayn menghantar aku balik rumah aku terus bersihkan diri dan tidur. Tak apa sikit sikit nanti lama lama dia jatuh juga.
Keesokan harinye. Pada masa ini Kyrie sedang duduk santai di ruang tamu. Cawan yang berisi kopi itu di capai. Dihirup sedikit kopi tersebut. Remote control di capai lalu di tekan buttom on. Pagi tak lengkap kalau tak ada berita.
LAST NIGHT THE POLICE WERE ABLE TO ARREST SEVERAL PEOPLE WHO TRIED TO SELL DRUGS QUIETLY AND UNTIL NOW THE POLICE HAVE NOT BEEN ABLE TO ARREST THE MASTERMIND BEHIND THIS CASE
Tersedak Kyrie dibuatnye apabila mendengar tentang berita tersebut. Iphone di capai lalu dia mendail nombor seseorang. Setelah talian disambung telefon itu di tekapkan ke telingan. "Aku nak kau datang sekarang!!!" Kata Kyrie dan cuba untuk menahan amarahnya. Dia terus memutuskan talian tersebut. Iphone itu di campak ke sofa. Muka diusap dengan kasar. Tidak lama kemudian ada seseorang masuk ke dalam ruangan tersebut. Kyrie bangun dari duduknye dan terus menatap tajam lelaki itu. Lelaki itu terlihat sangat cemas apabila Kyrie menatapnya dengan tajam. Kyrie mendekati lelaki tersebut. "Macam mana benda ni boleh berlaku?" Soal Kyrie dengan dingin. Lelaki itu membalas dengan gelengan sahaja. Dengan kasar Kyrie terus menarik kolar lelaki tersebut. "Macam mana boleh tak tahu!???" Tengking Kyrie. "S-saya betul betul tak tahu tuan.." balas lelaki itu. Kyrie melepaskan genggamannya dari koler lelaki itu. "Aku bagi kerja senang pun tak akan tak boleh buat!!???" Bentak Kyrie. "Saya minta maaf tuan saya janji lepasni tak akan jadi lagi" balas lelaki itu.
Dilepaskan satu tumbukan padu pada pipi lelaki. Lelaki itu jatuh tersungkur. "Lepasni aku dah tak nak dengar benda ni terjadi lagi..dah berambus!!" Kata Kyrie tanpa membuang masa lelaki itu terus berlari keluar dari ruangan itu. Kyrie berlalu kearah balkoni. Di memandang kearah bandar New York itu. "Aku tak akan lepaskan orang yang kacau hidup aku" gumam Kyrie dengan penuh rasa marah. Dia masuk ke dalam untuk bersiap.
"GOOD MORNING Kyrie" sapa ku apabila melihat Kyrie sedang berjalan masuk ke dalam studio. Kyrie terus memalingkan kepalanye kearah aku. Senyuman manis diukirkan. "Good morning Ina" balasnya bersama senyuman. Hehehehe bukan aku tak tahu aku nampak muka dia kusut. "Awak okay? Nampak macam kusut je" soalku Saja buat tak tahu. "Ouh..tak adalah cuma banyak kerja sikit tulah nampak macam kusut je" balasnya bersama senyuman di bibir. Aku menganggukkan kepala. Baru sahaja kaki mahu terus melangkah tiba tiba terasa nama aku dipanggil. Kepala di tolehkan kearah si pemanggil. "Hurmm...malam ni awak nak tak keluar makan malam dengan saya?"katanya teragak agak. "Boleh je" balasku. Terlihat senyuman manis diukirkan di bibirnya. Aku terus melangkah masuk ke dalam studio itu.
ANDA SEDANG MEMBACA
CRUSH SEASON 2
FanfictionBermula dengan keluarga yang sangat bahagia namun kemunculan orang ketiga membuatkan rumah tangga mereka hampir retak... "Will you be with me forever?"- Hazman Alif "Yes, I will be with you forever" -Rina Liana Semakin lama semakin banyak dugaan dan...
