"okay sebenarnye akak ni merupakan kakak kandung kepada Adira..akak nak minta maaf sebab Adira dah kacau keluarga Ina, kakak minta maaf sangat sangat... sebenarnye dulu akak dah halang Adira supaya jangan buat kerja ni tapi dia degil sangat.." terang Dhia dengan nada serbesalah. "Kenapa akak tak buat laporan polis?" Soal Ina pula. "akak nak buat laporan polis tapi..Adira selalu ugut akak kalau akak buat laporan polis dia tidak akan diam diri, dia ugut nak bunuh akak..jadi akak tak ada pilihan" kata Dhia. Dia menundukkan kepalanya lalu dia mengangkat kembali dan mengukirkan satu senyuman. "Tapi semenjak akak jumpa dengan Felix..hidup akak rasa selamat sebab sekarang Adira dah tak dapat nak jejak akak dekat mana" kata Dhia sambil tersenyum kecil kearah Felix.
Ina memeluk erat Dhia. "akak jangan risau..saya dah lama maafkan Adira...dan sekarang kita hanya boleh doakan semoga Adira berubahlah" kata Ina lalu merengangkan pelukannye. Dhia tersenyum manis pada Ina. "Terima kasih Ina...Ina memang baik" kata Dhia bersama dengan senyuman. Lalu mereka pun berborak borak seketika. "Patutlah si Felix ni susah betul nak move on dari Ina...dah lah baik cantik pula tu "puji Dhia bersama dengan senyuman yang sangat manis. "Haih..akak pun tak ada bezanya pun". Felix mengerling jam yang berada di pergelangan tangannya itu. "Sayang jom balik dah lama sangat kita duduk ni" Felix mengajak Dhia dan juga anaknya untuk pulang. Sebelum mereka keluar sempat lagi Ina dan Dhia berpelukan sambil berlaga pipi.Ina sedang menyusun barang barang yang di beli oleh Alif tadi. Sedang leka Ina menyusun tiba tiba terasa seperti ada yang memeluk dari belakang. Hmm sapa lagi kalau bukan Alif!!
"Ish abang ni!! Kalau sayang sakit jantung macam mana?" Kataku sambil menggosok gosok dada yang terasa berdetak dengan laju itu. Alif hanya tersengih sahaja. Aku menjeling tajam padanya. Penat tahu asyik terkejut je elok elok tak ada sakit jantung terus dapat bila hadap perangai dia ni. "Janganlah marah sayang..abang main main je" kata Alif sambil memujuk Ina. Baru dia tahu elok elok mode anak kucing tadi ini terus jadi mode mak singa sebab perangai dia je. Hana jangan ikut perangai daddy tahu... daddy ni sesat orangnya.
"Abang nak apa" dengan nada kasar. Walaupun aku tidak melihat kearahnya dan terus menyambung menyusun barang aku tahu bibirnya sedikit ternaik. "Abang nak tanya sesuatu boleh?" Katanya dengan sangat lembut. Seperti biasa hati aku akan jadi pembelot. Tak boleh aku kena tunjuk aku sekarang tak mudah cair dengan dia. Ini Rina lah anak kepada Dato Sri Muhaimim. "Ha tanyalah" kata aku dengan sedikit kasar dan dingin. "Betul ke sayang ni Queen of Mafia?". Haih dia ni tanya lagi apa dia tak percaya ke dengan aku?? Aku memberhentikan pergerakanku lalu memusingkan badan kearah Alif. "Kenapa abang tanya lagi? Abang tak percaya dengan saya ke??" Sambil mengerutkan kening. "Just nak dapat jawapan yang betul dan tepat je" sambil tersenyum manis pada aku. Dia ni makan apa senyum manis sangat.
"Ye saya ni ketua kepada Queen of Mafia". Alif terus menarik aku untuk mengikutinya aku pun hanya ikut jelah malaslah nak tahan tahan. Setelah tibanya di ruang tamu Alif menyuruh aku untuk duduk dan aku hanya menurut sahaja. Dia pun mula melabuhkan punggungnye di hadapan aku. Anak mata kami mula bertembung. Aku hanya menunjukkan reaksi tenang sahaja. Alif mula menarik nafas lalu di hembuskan. "Okay..sejak bila sayang mula buat kerja ni?"soal Alif sambil mengerutkan keningnye. "Sejak zaman sekolah lagi..sama macam abang". Dengan tenang sahaja aku membalasnya. "Kenapa abang tak pernah nampak sayang masa perjumpaan semua mafia?". "Saya suruh orang bawahan saya je yang pergi" balasku dengan nada dingin."Kenapa sayang je tak datang". Hmm dah agak dah memang dia ni akan tanya soalan ni punya nasib aku dah siapkan jawapan. "Sebab team saya memang memengang prinsip untuk sentiasa menyorokkan identiti seorang ketua" balasku. Alif menatap dalam dalam anak mata aku untuk mencari kejujuran yang terselindung dibalik anak mata itu. Yelah mulut boleh tipu tapi mata tak boleh tipu. Seketika muka Alif mula berubah riak wajahnya mula berubah risau. "Kenapa sayang tak bagitahu abang awal awal pasal benda ni masa kita kahwin?"soalnya dengan penuh kerisauan. Aku mengeluh seketika. "Saya takut abang tak bagi jawapan yang sama saya pernah bagi sebelum ni" sambil menundukkan kepala memandang lantai. "Memang abang tak bagi..sebab benda tu bahaya" kata Alif sambil mengangkat muka aku untuk memandangnya kembali. Haih bahaya lagi..macam lah sebelum ni aku tak boleh jaga diri sendiri. Kan...

ANDA SEDANG MEMBACA
CRUSH SEASON 2
FanfictionBermula dengan keluarga yang sangat bahagia namun kemunculan orang ketiga membuatkan rumah tangga mereka hampir retak... "Will you be with me forever?"- Hazman Alif "Yes, I will be with you forever" -Rina Liana Semakin lama semakin banyak dugaan dan...