Arif dengan kejamnya terus menarik pisau itu keluar dari perut Ina. Tubuh Ina jatuh ke belakang Alif sempat menyambut tubuh Ina. Air mata Alif mula mengalir membasahi pipinye. Mulut Ina tidak berhenti henti mengeluarkan darah. "Sayang..kuat sayang nanti ambulances sampai ye sayang..hiks hiks" kata Alif dengan nada bergetar. Arif tergelak puas. Semasa Arif sedang sibuk gelak Azril mengambil kesempatan itu untuk menembak kearah Arif. Tepat tepat peluru itu tersasar pada jantung Arif. Tubuh Arif terjatuh tersungkur ke tanah. Darahnya mula keluar dan mengotorkan tanah itu. "Sayang bangun sayang..Aisya dah telefonkan ambulance bangunlah sayang!!" Kata Alif. Ina sempat mengukirkan satu senyuman yang manis. "Abang boleh tolong saya tak?" Soal Ina. "Apa apa je hiks untuk sayang?" Balas Alif. "Boleh..t-tolong bawakan..bunga y-yang a-abang bagi tu masa s-saya dekat...ho..hospital nanti?" Soal Ina tersangkut sangkut. Alif membalas dengan anggukkan sahaja.
Tidak lama kemudian terdengar bunyi siren polis dan juga siren ambulance sampai. Alif sudah mengarahkan anak buahnya untuk membawa bunga itu ke hospital. Setibanye di hospital Ina di bawa masuk ke dalam unit kecemasan. Masuk sahaja di dalam bilik kecemasan Salah seorang doktor itu meletakkan pasu bunga itu di sebelah katil. Ina memandang kearah bunga itu. Satu bunga itu sudah mahu mati. Mata Ina sudah mahu tertutup tetapi Ina tetap kuat untuk buka dia mahu melihat sendiri kelopak bunga yang terakhir itu jatuh. Lama kelamaan kelopak matanye pun mula tertutup dan pada yang sama kelopak bunga ros itu jatuh. Kedengaran bunyi yang nyaring datang dari bunyi mesin itu.
Tit....tit..tit..tit...
Ina membuka matanye. Kenapa gelap sahaja tidak ada satu cahaya pun. Aku dekat mana ni? "Sayang bangun lah sayang..sayang tak nak jumpa dengan abang ke". Eh jap jap tu suara Alifkan kenapa aku tak boleh buka mata ni?. Ha cuba gerakkan tanganlah. Aik tak boleh..kenapa aku tak boleh gerakkan langsung badan aku ni!!?? "Hana rindu Sayang tahu..dia bangun je tidur dia tanya sayang dekat mana". Nak cakap tapi tak boleh. "Ina..Ina bangun Ina..aku minta maaf Ina aku tahu ni semua Salah aku kalau aku tak turun tergesa gesa tadi mesti kau tak jadi macam ni" . Ainul kau tak Salah nul.. sekarang ni aku tak boleh gerak tolong aku nul!!! "Ina aku nak ucap terima kasih dekat kau.. kalau kau tak ada mesti nyawa kitaorang melayang". Sama sama Daniel. Sekarang ni tolonglah aku!! Aku dah lah tak boleh nak bercakap lepastu tak boleh gerak pula. Tolonglah!!!!. "Mommy!!! Angunlah Hana nak syumpa mommy". Hana kalau mommy boleh bangun nak je mommy peluk peluk Hana tapi jangan kata bangun nak cakap pun suara pun tak ada. Dah lah gelap je ni. Terasa badan aku di peluk oleh seseorang. Okay dari badan ni.. hmm Hana peluk!! Huaaaa nak balas balik tapi tak boleh. "Weh Ina bangunlah..kau tak kesiankan kitaorang ke?". Aisya kau ingat aku ni tak ada perasaan ke ha!?? Aku nak gerak pun tak boleh cubalah kau tolong aku ni!!
"Okay masa melawat dah tamat" eh suara siapa tu?? Doktor kot. Eh jap masa melawat dah tamat maksudnya diaorang akan balik dan tinggalkan aku sendiri huaaaa. Abang janganlah balik kesiankan lah saya ini. "Hana jom balik esok kita tengok mommy lagi ye kita kena bagi mommy rehat". Alaaaa janganlah balik huaaaaa. "Ina aku balik dulu kau rehat tahu". Aisya janganlah pergi hoii jangan pergilah hoii. Huwaaaaaa. Dah lah aku tidur jelah mana tahu esok aku boleh buka matakan. Keesokan harinye. Pada hari ini seperti biasa Ina masih berada di tempat yang gelap tak boleh bercakap tak boleh bergerak. "Ina!! Kau ni bangunlah asyik tidur je macam budak kecil lah kau ni". Hek eleh dia ni aku tampar baru tahu. Aku tak tidurlah woii. "Ina kau tak nak bangun makan ke..kau tak lapar eh?". Weh sya aku nak makan aku lapar tapi macam mana nak makan ajar tutor makan woii aku nak bangun pun tak boleh. "Kau cepat bangun tahu..nanti siapa nak tolong habiskan ais krim aku kalau aku tak habis". Terasa tubuh Ina seperti di peluk oleh seseorang dan Ina pasti itu ialah Aisya. Ye sya aku akan bangun dan tolong makan ais krim kau. Tapi sekarang aku tak boleh bangun kau tak nak tolong ke?? Tolong menolong tu kan amalan yang mulia. Menyempat eh aku buat lawak hahahahaha.
Hari demi hari. Tanpa sedar sudah seminggu Ina masih tidak sedar. Pada hari ini Alif tidak masuk kerja kerana dia mahu melawat Ina. Hana? Hana buat masa ni Alif hantar taska. Alif tak sampai hati pula melihat Hana sedih sahaja. Jadi dengan cara dia pergi taskalah dapat dia gembirakan diri dia tu. Budak bila dah jumpa kawan untuk main langsung hilang sedih. "Sayang sampai bila sayang nak tidur je ni..sayang mesti penat sangat ni" kata Alif dengan nada lembut. Haih penatlah, saya tak tidur pun cuma mata ni je tak boleh buka je. "Sayang..bangunlah...sayang tak nak tengok NCT sayang ni ke? Diaorang dah keluar lagu baru tahu". Alahaiii time time macam ni lah dia nak keluar lagu baru masa aku sedar tak nak pula dia keluar lagu baru. Tak apa nanti aku bakar SM ENTERTAINMENT HAHAHAHHAHA. Kedengaran bunyi pintu di buka. "Ina bangunlah!! Anak anak buah kita semua sedih tahu bila kau tak bangun..". Ya Anis aku tahu..aku tahu diaorang tengah sedih sekurangnye kurangnya bukan nyawa diaorang yang menjadi korban biarlah aku pula yang korbankan nyawa kesian pula diaorang tu. "Cik Rina..bangunlah Kami semua menyesel sebab tak bantu cik Rina masa tu...kenapa Cik Rina sanggup korbankan nyawam demi kitaorang..Cik Rina dah terlampau banyak benda Cik Rina tolong Kami, bangunlah Cik Rina". Carl..tolonglah jangan panggil Cik ke Puan ke saya lagi muda dari awak tahu. Lagi satu tak apalah saya korbankan nyawa saya. Dah terlampau ramai sanggup korbankan nyawa semata mata nak lindung saya. Saya tak nak ada sesiapa lagi nyawa yang terkorban kerana saya. "Saya minta diri dulu ye..semoga Cik Rina sedarlah ingat masih ramai yang mahu Cik Rina hidup" kata Carl lalu keluar dari bilik itu. Pada masa ini Ainul dan Aisya sudah pun sampai mereka pun rindu nak jumpa Ina. Daniel, Azril dan Rayyan pun ikut sekali. "Ina bangunlah...kau kesiankanlah si Alif ni dia tak makan dah dua hari kau tahu" kata Ainul. What!?? Tak makan bertuah punya budak. Tengoklah kalau saya bangun memang saya sumbat makanan banyak banyak dalam mulut abang. Tiba tiba penglihat Ina makan gelap. Aik asal gelap sangat ni??. Telinga Ina dapat menangkap bunyi mesin yang berada di sebelahnye. Pada masa mesin itu mengeluarkan bunyi yang sangat nyaring penglihatan Ina semakin lama semakin gelap. Jika ini sudah tiba masanya Ina sudah mula berserah sahaja dengan apa yang akan berlaku seterusnye. Tadi dapat dengar bunyi orang huru hara memanggil doktor sekarang tiada satu bunyi pun yang terdengar dari telinga Ina. Nampaknya sudah tiba masanya aku pergi...
ANDA SEDANG MEMBACA
CRUSH SEASON 2
Fiksi PenggemarBermula dengan keluarga yang sangat bahagia namun kemunculan orang ketiga membuatkan rumah tangga mereka hampir retak... "Will you be with me forever?"- Hazman Alif "Yes, I will be with you forever" -Rina Liana Semakin lama semakin banyak dugaan dan...
