Kyrie buat masa ini masih berada di hospital. Allhamdullilah dia sempat di Selamatkan. Saat ini aku sedang melawat dia di hospital.
"Macam mana dah okay sikit?" Soal aku. Dia cuba menyandarkan badannye ke katil. Senyuman manis di berikan. "dah okay sikit.. thanks Ina sebab dah tolong saya" katanya dengan lembut. Aku membalas dengan anggukkan sahaja. "Nasib baik awak tak kahwin dengan Aaron kalau tak mesti hidup awak akan terseksa nanti" katanya lagi. "Kenapa pula terseksa?" Soal aku sambil dahi dikerutkan. " Sebab dia tu kalau tengok awak dekat sikit dengan lelaki mesti dia akan hukum awak silap silap nanti muka awak mesti banyak lebam dia tu gila" kata Kyrie. Aku tergelak kecil. "Ye nasib baik.." balasku.
Pada masa ini aku sedang berada di rumah Zayn. Biasalah dah bosan duduk rumah sendiri duduk rumah orang lain pula. "Bila awak balik Malaysia?" Soal Zayn. Aku meletakkan buku novel itu keatas meja kecil yang berada di sisi sofa. " Hmm lagi 6 bulan lagi? Saya genapkan dua tahun terus" balasku. Dia hanya membalas dengan anggukkan sahaja. "Bosannya..rasa nak keluar je" rungutku sambil kepala di lentokkan ke sofa. "Pergilah keluar jalan jalan" balas Zayn yang masih fokus menaip. "Tak nak lah nanti kena kejar dengan zombie" balasku malas.
Zayn memberhentikan pergerakannya. Dia memusingkan badannye kearah aku. Sambil dahi dikerutkan. "Zombie? Mana ada zombie dekat dunia ni" balas Zayn yang masih bingung dengan kata kata ku. "Awak tak percaya eh..Jom ikut saya keluar" kataku. Zayn terus mengemaskan barang barangnya. Dia mula mendaki tangga menuju ke kamar mahu bersiap. Setelah bersiap dia mengajak aku untuk berjalan jalan keluar.
Pada waktu ini kami sedang berjalan kaki di kawasan taman yang boleh dikatakan agak ramai tambahan pula hujung minggu lagi lah ramai. "Ha mana zombie tak ada pun?" Soal Zayn seraya ingin mengejek aku. Aku masam mencuka. Tiba tiba terdengar orang menjerit nama aku. "Guys!!! Ina here!!" Jerit Salah seorang perempuan rambut blonde. Aku dan Zayn terus mengalihkan pandangan kearah perempuan tersebut. Terlihat dia dan ada beberapa orang lagi sedang berlari kearah aku. Aku menarik jacket Zayn. "Lari Zayn!! Zombie dah datang!!" Kataku dengan segera aku berlari dan diikuti oleh Zayn di belakang. Haih tengok tak pasal pasal kena main lari lari. Kami bersembunyi di balik semak semak ini. "Diaorang dah pergi ke?" Soalku secara berbisik. "Dah" balas Zayn. Aku dan Zayn pun terus keluar dari tempat persembunyian itu. "Okay...saya baru ingat kalau awak model memanglah asyik kena kejar dengan zombie" kata Zayn.
6 bulan kemudian...
PADA HARI INI aku gembira sangat sebab hari ni aku akan pulang ke Malaysia. Setelah dua tahun duduk di negara orang akhirnya aku kembali ke negara sendiri. Company tu aku dah suruh Zayn tolong tengok tengokkan. Yelah siapa jelah lagi aku nak minta tolong kalau bukan dia. Aku sedang menunggu di ruangan menunggu. Daftar aku dah daftar sejak aku masuk sahaja ke dalam airport aku daftar. Takut nanti jadi macam sebelum ni daftar last minit lepastu sakit perut ending dia tertinggal flight.
Aku melihat kearah skrin besar tersebut. Oh flight aku dah sampai!! Aku bangun dari dudukku bagasiku di tarik untuk mengikut aku. Malaysia I coming!!!!
setelah berjam jam aku dalam flight allhamdullilah aku sudah selamat sampai ke Malaysia. Aku keluar dari airport itu kunci kereta di keluarkan dari poket jacket. Aku mula melangkah kearah tempat letak kereta. Terlihat kereta Mercedes Benz warna hitam milik ku masih cantik di situ. Aku membuka pintu kereta lalu masuk ke dalam perut kereta. Aku menghidupkan enjin kereta terlebih dahulu. Setelah panas kereta aku mula bergerak membelah jalan.
Pada mulanya aku mahu pulang kerumah terlebih dahulu tetapi bila teringat kalau mereka semua belum tahu aku masih hidup aku memutuskan untuk tinggal di tempat persembunyian team aku. Masuk sahaja ke dalam tempat tersebut semua orang bawahan aku terkejut. Tetapi selepas Carl menceritakan semuanya baru mereka faham. Macam aku cakap diaorang semua ingat aku dah mati. Setelah selesai mengemas semua barang aku memilih untuk berjalan jalan di kawasan taman itu. Aku mengenakan hoodie hitam. Sedang seronok aku menikmati kepanasan Malaysia tiba tiba terdengar. "Guyss Ina model terkenal tu ada datang Malaysia!!!". Alamak aku terus menutup muka ku dengan hoodie dan terus pecut meninggalkan tempat yang dikerumuni oleh peminat aku. Lari punya lari tak sedar aku dah jauh dari kawasan tempat persembunyian aku. Aku melihat sekeliling. Alamak itu Bakery Daniel kan. Eh, Ainul!??? Kenapa dia tak masuk ke bakery tu? Aku bersandar pada tiang lampu itu. Penatnya kalau hari hari macam ni. Nasib baik diaorang tak dapat kejar aku.
![](https://img.wattpad.com/cover/337943724-288-k883249.jpg)
YOU ARE READING
CRUSH SEASON 2
FanfictionBermula dengan keluarga yang sangat bahagia namun kemunculan orang ketiga membuatkan rumah tangga mereka hampir retak... "Will you be with me forever?"- Hazman Alif "Yes, I will be with you forever" -Rina Liana Semakin lama semakin banyak dugaan dan...