HAIH...bila lah dia ni nak balik. Kaki aku dah pancit ni. Tambah pula dengan pakai heels memang tercabut kaki aku ni. Nasib baik 2 inci je kalau pakainya 10 inci mahu kat sini juga aku tergolek sebab kaki dah rasa sakit sangat. Aku mengalihkan pandangan kearah Kyrie di sebelah. Dari tadi aku dengan Kyrie hanya diam sahaja. Lebih selesai diam daripada bercakap. Terlihat masih steady je lagi. Dia makan apa nampak macam tak penat sangat eh? Muka dikawal supaya tak terlihat muka aku yang dah masam mencuka ni.
"Awak nak beli apa apa tak?" Soalnya memecahkan keheningan diantara Kami. Haih baru buka mulut aku ingat dia dah tak ingat aku kat sebelah ni. Kepalanya di alihkan kearah aku.
"Hmm saya tak ada apa apa nak beli pun..saya hanya ikut awak je" balasku. Senyuman manis ditayangkan. Dia berfikir seketika. Ha sudah dia nak ajak aku pergi mana pula!?? "Jom kita masuk kedai beg tu" katanya sambil jari di halakan kearah sebuah kedai yang menjual handbag. Aku membaca nama kedai tersebut. Nak terganga aku di buatnya. Gucci?? Seriously?? Lagi lah bertambah rasa segan. Yelah Gucci kut kalau dia belanja handbags kat pasar malam aku tak kisahlah. Aku memang sudah biasa pakai barang local ni. Ada yang berjenama tapi tak semua mana aku rasa penting aku beli yang berjenama yang berkualiti. Nak beli semua benda yang mahal mahal...oh no no no membazir tak ada dalam kamus hidup Rina Liana.
Aku mengerutkan kening. Walaupun rasa berat hati mahu ikut namun kaki tetap juga ikut melangkah membututi Kyrie. Kami di alu alukan oleh pekerja di situ. Semuanya tersenyum ramah pada kami. Ada beberapa staff yang sepertinya menelan air liur apabila melihat Kyrie. Diaorang tahu ke Kyrie ni siapa?
"Awak nak beli yang mana?" Soalnya tiba tiba sahaja. Aku hanya dari tadi asyik membelek je beg beg tu. Entah rasa macam tak berminat pula dengan beg tu. Bukan tak cantik tapi..tulah tak kena dengan selera aku. Design dia nampak..sama je. "Hmm saya rasa tak payahlah..sebab tak ada yang menarik minat saya" balasku jujur. Malaslah nak menipu baik jujur je. Kyrie baru sahaja berura ura mahu memanggil staff aku cepat cepat mengajaknya keluar. Haih nanti habis dia suruhnya staff tu carikan design beg lain mahu menangis staff tu nanti. "Saya rasa lebih baik kita beli coklat lagi bagus boleh makan kalau beg tak boleh makan" cadangku. Yelah coklat murah beg mahal. Coklat boleh makan beg tak boleh makan. Aku lebih rela habiskan duit dengan makanan daripada beli barang barang yang tak berfaedah tu.
Terlihat muka Kyrie sedikit berkerut. Kenapa pelik ke? "Bukan ke perempuan suka benda benda macam ni?". Dah agak dah. Memang aku rasa kaum Hawa ni memang di cop sebagai kaum yang suka barang barang mahal ni. Masalahnya aku tak berapa suka sangat. Muka di masamkan. Aku lain tak sama dengan perempuan lain yang kaki shopping . "Apa awak ingat saya ni suka sangat ke barang barang macam ni? Kalau diberi pilihan lebih baik pilih makanan daripada handbags..murah pun murah" ha aku dah mula membebel. Kyrie tersengih. Dan tanpa apa apa soalan kami pun mula pergi kearah kedai coklat.
HUWAAA penatnya!! Seharian aku dengan Kyrie je. Okay, Kyrie seorang yang peramah dari pandangan aku kalau orang lain tak tahulah. Kedua setiap orang yang nampak Kyrie pasti akan telan liur tak semua tapi segelintir jelah. Mungkin ada maanfat keluar dengan Kyrie sebab aku boleh korek sikit sikit pasal dia. Mana tahu boleh dapat tahu dia punya kelemahan senang aku nak jatuhkan dia.
Kepala di lentokkan di sofa. Haih. Kenapa tak ada orang call aku eh? Mungkin tak nak kacau aku jalankan misi kut. Aku bangun dari duduk ku lalu kaki diayunkan kearah bilik tidur. Nak bersihkan diri badan aku ni mesti dah busuk. Usai mandi aku pun berlalu kearah balkoni hotel yang mengahadap bandar New York itu. Dari sini dapat ku lihat beberapa bangunan pencakar langit. Di bawah pula dapat dilihat kereta yang sedang sesak di jalan raya. Semuanya terlihat seperti semut sahaja. Telefon aku mula bernyanyi. Dengan segera aku mencapai telefon aku yang berada di atas coffe table itu. Melihat nama Kyrie terpapar di skrin telefon itu segera jari menggesel kearah butang hijau lalu telefon itu ditekapkan di telinga aku.

ANDA SEDANG MEMBACA
CRUSH SEASON 2
FanfictionBermula dengan keluarga yang sangat bahagia namun kemunculan orang ketiga membuatkan rumah tangga mereka hampir retak... "Will you be with me forever?"- Hazman Alif "Yes, I will be with you forever" -Rina Liana Semakin lama semakin banyak dugaan dan...