Aku menjalankan hari seperti biasa. Cuma Kali ini aku banyak mengelak daripada tersempak atau berjumpa dengan Kyrie. Bukan itu sahaja boleh dikatakan setiap hari aku dapat jambangan bunga dan kad kecil yang sama. Ayat dia pun sama sahaja. Meremang bulu roma bila fikirkan.
Kaki melangkah laju keluar dari perut lift. Sebab apa? Sebab aku nak lari daripada Kyrie. Aku tak nak jumpa dia. Namun nasib aku hari ni tak menyebelahi aku. Kyrie betul betul berhenti di hadapan aku ha maklumlah dia turun guna lift peribadi dia. Kadang kadang je guna lift biasa. Kaki aku berhenti di hadapan dia. Liur ditelan. Dia ni kejar aku lagi. "Kenapa awak sekarang suka jauhkan diri daripada saya??" Soal Kyrie dengan penuh tanda tanya. Aku masih memilih untuk diam. "Dan awak jarang balas message saya angkat call saya kenapa?? Apa yang saya dah buat dengan awak?? Please bagitahu saya"kata Kyrie lagi cuma Kali ini lebih kepada merayu. "Ini mesti Aaron ada cakap sesuatu dengan awak kan? Cuba bagitahu saya apa yang dia cakap?" Soal Kyrie lembut. Matanya kini betul betul tatap mata aku. "Kita bincang dekat tempat lain?" Kata aku. Yelah dari tadi orang duk pandang je. Aku pun susah nak cakap. Nak berdrama pun susah. Kyrie membalas dengan anggukkan sahaja.
Kini kami berdua berada di sebuah taman yang agak sunyi sedikit. Aku sedang duduk di bangku yang tersedia di situ. "Okay..apa yang Aaron cakap dengan awak?" Soal Kyrie lagi. Perlu ke aku bagitahu dia? Atau diamkan Saja. Atau buat buat tak tahu. Baru sahaja aku mahu membuka mulut terasa ada seseorang yang menjerit dari kejauhan. Kepala Kami beralih kepada orang tersebut. Memang masa yang tepat. Aaron sedang berjalan menuju kearah Kami berdua. "Apa kau nak cuba buat dekat Ina ha!??" Soal Aaron dengan nada yang cuba ditahan marahnya. Kyrie mengerutkan keningnye. "Heii aku tak ada nak buat apa apa lah"balas Kyrie. Kepala Aaron beralih kepada aku. "Dia ada buat apa apa dekat awak?" Soal Aaron pada aku. Aku hanya membalas dengan gelengan sahaja. "Ina Jom balik jantan ni bukan boleh percaya sangat" kata Aaron lalu mengajak aku untuk mengikutinya. Baru sahaja aku mahu melangkah. "Jangan ikut dia!! Dia bukan orang yang baik" jerit Kyrie. Kaki aku mula berhenti melangkah. Aaron mendekati Kyrie. "Hei kau ingat kau tu baik sangat ke?? Aku tahu lah kau siapa Kyrie" balas Aaron bersama senyuman sinisnya. Kyrie mengetap rahangnya.
"Ina saya pergi dulu ye..ada benda nak settle kan" kata Kyrie dan terus berlalu pergi. Aaron tersenyum puas. "See Ina.. he's not a good guy..kau dia tak buat apa apa kenapa dia lari?"kata Aaron sambil tersenyum kecil menatap kepergian Kyrie yang semakin lama semakin hilang daripada pandangan. Aku hanya diam sahaja.
4 bulan kemudian...
Selama empat bulan aku masih menerima jambangan bunga. Tetapi aku hanya membuat tidak endah sahaja. Kyrie? Semenjak kejadian di taman itu aku jarang berjumpa dengan Kyrie. Kadang kadang nampak dia lalu lepastu hilang macam tu je. Kyrie pun sudah lama tidak menghantar message atau menghubungi aku. Macam ada benda tak kena.
Pada hari ni aku sedang duduk santai di ruang tamu sambil bermain dengan telefon aku. Telefon aku mendapat notif dari Kyrie tanpa membuang masa aku terus menekan message tersebut.
°malam ni boleh tak jumpa saya dekat tempat XXX ada benda saya nak bincangkan sekejap je..
Aku mengerutkan kening. Ada benda nak di bincangkan? Dia nak bagitahu identiti sebenar dia ke? Tanpa membuang masa aku terus membalas message tersebut.
•okay.. pukul 8 malam saya datang
Aku terus keluar dari aplikasi whatsapp tersebut. Dan terus menekan icon Instagram. Scroll Instagram lagi seronok. Jadi masa rehat itu aku habiskan dengan menonton video yang lalu di Instagram aku.
Pada malam ini. Aku baru sahaja tiba di lokasi yang diberikan oleh Kyrie. Sunyinya dekat sini. Kaki mula mengorak langkah. Semakin lama aku berjalan semakin sunyi tempat itu. Kawasan itu agak gelap namun diterangi oleh cahaya lampu jalan yang terdapat di sekitar kawasan itu. Bulu roma aku mula naik. Haih asal rasa meremang je ni. Kaki aku mula berhenti melangkah. Susuk tubuh Kyrie kini berada beberapa meter dari aku sahaja. Cuma dia hanya membelakangi aku sahaja. "Kyrie!! Saya dah sampai" jerit ku supaya dia sedar akan kehadiran aku. Kyrie masih tak memusingkan badanya. Haih dia ni kenapa tak pusing tak dengar aku jerit ke?
ANDA SEDANG MEMBACA
CRUSH SEASON 2
FanfictionBermula dengan keluarga yang sangat bahagia namun kemunculan orang ketiga membuatkan rumah tangga mereka hampir retak... "Will you be with me forever?"- Hazman Alif "Yes, I will be with you forever" -Rina Liana Semakin lama semakin banyak dugaan dan...
