part 13

17 2 2
                                        

"woii aku ingat kau dah insaf rupanye masih sama je!!!??" Jerit Alif yang baru sampai di ruang tamu.

   Ina apa lagi terkejut lah nasib baik tak ada sakit jantung kalau tak dah lama padam ni.

  "Alaaaa...boleh lah" kata Hafiz seraya merayu. "Tak boleh!!" Marah Alif. Hafiz hanya membuat muka toya je. Kedekut punya abang. Sharing is caring. Datin Rashidah pun memangil mereka semua untuk makan.

  Hana berada di pangkuan Alif biasalah budak bila terlampau rindu tu lah bila jumpa manja. Ina pula cemburu sebab Hana manja dengan Alif je dengan Ina tak pun. Bosan agaknya tengok muka mak dia ni haih ayah dia susah nak jumpa tu lah dia manja dengan Alif kot. Positive.

Semasa di meja makan Alif sengaja buat Hafiz cemburu. Alif menyuruh Ina sendukkan nasi lah. Tolong suapkanlah. Ina hanya layan jelah dah suami suruhkan. Malu jangan cakap kalau boleh Ina nak terjun je masuk ke dalam kolam renang tu.

Hafiz yang Jenis boleh kata kuat makan hanya makan sedikit sahaja kerana selera makannye tergangu akibat Alif. Jahat punya abang. Selesai sahaja makan dan mengemas Ina memilih untuk berehat di dalam bilik terlebih dahulu. Hari ini Mereka memutuskan untuk tinggal dahulu di rumah ibu bapa Alif. Itu pun sebab Datin Rashidah tak bagi balik biasalah dia tak boleh nak berpisah dengan menantu kesayangannya itu.

  Ina melihat sekeliling bilik Alif itu. Hmm cantik juga eh bilik dia ni. Ina mula bangun dari duduk dan melihat buku buku yang ada pada rak. Mata Ina tertumpu pada satu buku yang sangat lama. Ina mengambil buku itu lalu mula melabuhkan punggungnye di atas katil. 'Diari Alif'. Itu tajuk buku tu.

Ina bila dapat tahu itu buku diari dia buat apa lagi baca macam baca buku novellah. Halaman pertama biodata tentang Alif. Okay skip. HAHAHAHAHAH.

3 januari 2014

*Pada hari ini aku akan masuk ke sekolah baru kerana aku merupakan pelajar yang terpilih...pada awal masuk semuanya baik sahaja sehingga ada seorang budak perempuan 'gila' langgar aku..aku apa lagi marahlah balik sebab budak tu langgar dan dia tak mintak maaf...aku fikir dia akan minta maaf rupanye dia lagi marah aku..

*Geramnya aku dengan budak tu!!! Rasa nak cekik je dia tu dia tak kenal aku ni siapa..nasib baik kawan dia tu bawa dia jauh Kalau tak memang hari tu hari terakhir dia dekat bumi.

Ina tergelak apa bila membaca buku itu. Haih tak sangka benda ni pun dia tulis hahahahaha lawak betul. Boleh pula dia cop aku 'budak gila' jahat betul. Ina menyambung kembali membaca buku itu.

*Pada waktu rehat aku bertemu dia kembali...jujur rasa macam nak cekik budak tu tapi kena sabar...

*Okay baru, tahu yang nama budak tu Ina. Nama dah cantik. Orang pun cantik tapi adab hilang. Bukannya nak minta maaf lagi cari pasal adalah geram betul aku dengan dia ni. Nasiblah kawan kawan dia baik. Kalah kawan kawan dia sama perangai dengan dia memang aku lari dari sekolah tu..

*Lepas dah tolong si Ina ni dari Arif baru lah dia nak minta maaf... walaupun geram tu masih belum hilang tapi bila dia minta maaf lega sikit lah. Haih budak nii comel je...eh asal aku puji dia eh!?

Okay Ina sudah mula blushing. Alahai rupanya mamat ni dulu ada puji dia rupanye. Huwaaaa. Nak je guling guling atas katil ni haih. Okay sambung baca balik..

4 januari 2014

*Okay masuk sekolah seperti biasa..tak ada apa apa yang pelik terjadi. Dan aku pun sudah ada kawan baik nama dia Rayyan Mikael. Friendly dengan semua orang, baik dan boleh tahan handsome lah. (Tapi aku lagi handsome)

CRUSH SEASON 2 Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang