"Hmm you rasa mana sesuai pink pastel or purple pastel?" Soalan yang di tujukan kepada bodyguard aku. Lelaki itu hanya mengaru kepalanye yang tidak gatal itu. Sungguh dia tidak tahu mahu memilih yang mana satu. Takut sahaja tersalah pilih. "Saya rasa..purple?" Balasnya teragak agak. aku melihat kembali kearah blouse itu dengan teliti. Harus memilih yang tepat takut nanti dah beli tak berkenan dah membazir. Aku tersenyum kecil. "Okay I ambil yang ini" lalu baju itu dihulurkan kepada pekerja di situ.
Selesai sahaja membeli tiba tiba aku mendapat satu notifikasi dari bank. Aku menekan message tersebut. Terbeliak mata aku dibuatnye apa bila mendapat message.
"ANDA TELAH MENGGUNAKAN RM 1500 DARI BANK ***" Alamak apa aku nak buat ni!?? Aku dahlah guna bank Alif senyap senyap nanti kantoilah aku shopping. Kenapa boleh lebih eh bukan aku rancang nak guna RM 500 je ke?? Ni semua Salah kedai coklat tulah kalau bukan disebabkan coklat Beryl's tu mesti aku tak guna lebih. Aku meraup muka berkali Kali. Ye itulah aku Rina yang dikenali seorang wanita yang kuat namun tewas dengan makanan yang bernama coklat.
"Hmm..Cik Rina okay?" Soal lelaki itu setelah sekian lama mendiamkan diri dan hanya memandang kearahnya sahaja. "Saya rasa nanti Alif pasti akan bunuh saya" dengan nada takut. Lelaki itu hanya menanyangkan wajah tidak faham apa yang dimaksudkan oleh Ina. Aku mengajak lelaki itu untuk menghantar aku ke pejabat Alif. Tanpa apa apa soalan lelaki itu hanya akuh sahaja pada arahan yang diberikan oleh aku. Ina mengengam erat tangannya. Terasa peluh ini semakin mengalir. Terasa di dalam kereta ini panas. Aircond itu tidak dapat menyejukkan hatinya yang tengah ketakutan ini. Akhirnya kereta Audi ini berhenti tepat di hadapan bangunan yang begitu gah sekali. Ina keluar dari perut kereta dan di ikuti oleh bodyguard di belakang. Ina berjalan masuk ke dalam lift peribadi Alif. Tanpa membuang masa Ina terus sahaja menekan button paling atas sekali. Terasa lift itu begitu cepat. Debaran di dada masih tidak berhenti. Peluh jangan cakaplah dah boleh buat water park dah ni.
Ina mengaturkan langkahnye menuju kearah bilik kerja Alif. Ina menelan air liur itu terlebih dahulu. Setelah tombol pintu itu di pulas pintu itu terkuak sedikit dan aku dapat melihat Alif yang sedang leka menghadap komputer itu dengan tatapan dingin. Aku memberi Salam terlebih dahulu supaya sang punya bilik sedar akan kehadiran aku. Tuan punya bilik mengalihkan pandangannye kearah aku. Aku menapak masuk ke dalam bilik itu dengan hati hati. Terasa bulu roma naik. Badan aku tidak berhenti mengeluarkan peluh. "Kenapa sayang datang sini?" Soalnya memecahkan keheningan diantara mereka berdua.
Terasa mulut memberat. Alif hanya tetap sabar menunggu apa yang mahu dikatakan oleh Ina. "S-saya nak minta maaf". Aku menundukkan kepala tidak berani mahu menatap sepasang mata itu yang sedang menatap kearahnya. Alif mula mengerutkan keningnye. "Minta maaf pasal apa?" Aku mengangkat semula muka memandang tepat kearahnya. "Sebab saya dah guna RM 1500 dalam akaun bank abang". Aku dah redha kalau Alif nak marah aku sebab tak pandai berjimat atau sebab aku guna duit bank dia senyap senyap aku ikut jelah. Dah Salah tu aku sendiri yang buatkan. "Saya tahu abang marahkan saya" kataku dengan nada perlahan.
Ketawa Alif mula pecah. Aku menatap wajahnya itu dengan tatapan pelik. Dia ni tak marah ke atau dia gelak sebab marah sangat. Setelah tawa Alif mula redha dia kembali menatap wajah Ina yang sedang berkerut tu. "Haih..abang tak marah pun kalau sayang nak guna lagi pun Selama ni sayang guna duit sayang je kan so..tak Salah kalau sayang nak guna duit abang pula" dengan lembut sekali dia berkata. Lalu dia mengeluarkan beg dompetnya lalu dia mengambil sekeping kad dan dihulurkan kepada Ina. "Hmm nak buat apa ni?" Pelik sebab tiba je bagi kad bank. "Ambil pastu pergi shopping". Tersenyum manis. Aku apa lagi dah bagi green light aku ambil kad yang berada di tangan Alif itu. "Betul abang tak kesah kalau saya guna kad ni?". Untuk mencari kepastian. Dia hanya membalas dengan anggukkan sahaja. Okay aku apa lagi blah dulu~
Baru sahaja mahu melangkah kearah pintu terasa nama aku di panggil. Terus menoleh kebelakang dengan kening yang dikerutkan. "Jom kita shopping barang baby sama sama". Angin tak ada ribut tak ada tiba tiba sahaja dia mengajak aku beli barang keperluan baby sangat pelik. Malas mahu bertanya aku hanya menganggukkan kepala sahaja. Dia terus bangun dari tempat dia duduk. Dikemaskan beberapa helai kertas yang bersepah itu lalu menghampiri aku. Dia terus memimpin tangan aku keluar dari bilik itu. Hmm.. biarlah dia pelik sehari jangan hari hari pelik memang aku lari. Hahahaha
ANDA SEDANG MEMBACA
CRUSH SEASON 2
FanfictionBermula dengan keluarga yang sangat bahagia namun kemunculan orang ketiga membuatkan rumah tangga mereka hampir retak... "Will you be with me forever?"- Hazman Alif "Yes, I will be with you forever" -Rina Liana Semakin lama semakin banyak dugaan dan...
