Aku bersetuju hanya kerana aku mahu mama gembira. Dan pada ketika itu aku memang tak mengharapkan apa-apa dalam perkahwinan ini. Kalau ada jodoh kita carry on. Kalau tak ada mungkin aku akan memegang title janda muda hot meletup kebaboom.
Tentang Ahnaf pula, lelaki ini masih misteri bagi aku kerana tak banyak info aku boleh korek. Sampai ke sekarang aku masih belum berjumpa secara berhadapan. Aku hanya perlu menunggu dengan sabar sehingga detik itu akan tiba. Segala majlis akan berlangsung pada hari yang sama kami akan diijabkabulkan atas permintaan keluarga Ahnaf kerana keadaan Ahnaf yang tidak begitu sihat sekarang.
Sedikit sebanyak aku tahu yang keluarga Ahnaf memang keluarga yang merendah diri sangat. Majlis mereka pinta hanya seringkas yang boleh dengan jemputan dalam seramai 100 orang sahaja. Majlis yang dihiasi dengan kalam-kalam Allah daripada anak-anak tahfiz dan doa selamat yang tidak putus-putus dibaca.
Nampak macam aku berkahwin dengan ahli keluarga orang yang warak! Takutnya bila mengenangkan diri ini yang masih banyak kekurangan. Pasti seperti enggang dan pipit aku dan lelaki itu bila bersama. Dah boleh terbayang aku yang macam minah rock kapak manakala Ahnaf yang seperti lelaki kiriman tuhan yang jatuh daripada syurga di atas pelamin gubahan wedding planner.
Dari jauh aku boleh nampak Alisha yang tak habis-habis dengan senyuman keldainya sambil membawa baju nikah putih yang ditempah khas untuk ku pakai.
" Kak Long takut lah, Alisha. Macam mana kalau Kak Long terderhaka dengan dia?"
" Kak Long dah pergi kursus kahwin kan? Mestilah Kak Long dah belajar macam mana nak melayan suami," Balas Alisha selamba. Rasa macam nak sepak-sepak je mulut adiknya yang begitu bersahaja.
Waktu pergi kursus apa yang aku buat hanyalah tidur tersengguk-sengguk sehingga tamat sesi tersebut. Memang sepatah haram aku tak dengar waktu tu.
Alisha mengelus bahuku lembut. " Jangan risau, Kak Long. Abang Ahnaf pasti akan jaga Kak Long baik-baik. Dia sendiri dah berjanji yang dia akan bahagiakan Kak Long walaupun ianya akan mengambil masa yang lama."
" Sekejap. Bila masa dia bagitahu semua benda tu sedangkan dia tak datang pun?"
" Siapa cakap dia tak datang? Selama ni dia ada je datang rumah tapi Kak Long tu asyik terperap je dalam bilik siapa suruh?" Alisha menjelirkan lidahnya sebelum menghulurkan baju nikah itu lalu menolak aku masuk ke dalam bilik untuk bersalin pakaian.
Ada lagi 3 jam aku akan menjadi isteri orang jadi aku perlu pastikan yang aku takkan buat hal sewaktu majlis itu berlangsung. Teringat lagi kes sewaktu mama dan papa tidak menyokong minatnya dalam perlumbaan kereta dulu. Memang dia dah rancang buat drama bunuh diri sehinggakan mama melafazkan janji-janji untuk tidak menghalang aku apa yang aku mahu buat dengan masa depan.
Jangan sampai aku gunakan taktik itu lagi untuk harini jika keadaan memaksa.
Pintu bilik diketuk dari luar. Aku mengarahkan orang itu masuk dan kelihatan mama yang sungguh cantik dan wajahnya kelihatan sungguh berseri apabila mahu menerima menantu pilihan hatinya ke dalam keluarga pada harini.
Belum sempat aku nak membuka mulut, tubuhku terus didakap erat oleh mama. Pelukan hangat yang disalur kepadaku membuatkan hati yang separuh rela menjadi lembut.
" Terima kasih, Cahaya Inara kesayangan mama. Mama tahu Cahaya buat semua ni kerana terpaksa tapi mama sentiasa doakan agar perkataan terpaksa itu akan bertukar menjadi sesuatu yang sangat indah bagi Cahaya apabila Cahaya mula terima dengan ketentuan Ilahi," Kata mama dengan nada sebaknya. Melepaskan aku pergi itu sukar baginya tapi sampai bila aku kena hidup membujang. Itu kata hati mama sudah pasti.
YOU ARE READING
[ C ] | THE EYES OF OUR HEARTS
RomanceCAHAYA INARA X AHNAF HADI • short love story • WAIT A MINUTE?! Aku tengah bermimpi ke?? 4 tahun sudah berlalu seperti semalaman sahaja aku ketiduran. Macam-macam berlaku sepanjang tempoh tersebut sehingga mama papa memutuskan aku untuk berkahwin d...