Dua minggu kami di rumah bonda, akhirnya kami pulang ke rumah keluargaku semula. Aku dan Ahnaf beriringan masuk ke dalam rumah mama papa sambil berpimpinan tangan. Wajah kami tersenyum lebar apabila disambut mereka di pintu masuk." Macam mana Cahaya di sana? Ada buat hal?" Soalan pertama daripada mama yang membuatkan aku menarik muka masam dengan cepat. Itu yang dia fikirkan selama ni pasal anak dia?
" Apa ni mama? Cahaya ni baik tau. Campak kat mana-mana pun boleh survive. Kalau setakat rumah bonda tu, senang kacang panjang je," Aku menjongket kening beberapa kali.
Alisha memandang ke arah kami. " Berseri je muka abang dengan kak long. Ada apa-apa yang berlaku ke?"
Aku tak tahu lah apa yang membezakan muka kami sebelum ni dan sekarang tapi Alisha seperti boleh bau-bau sesuatu antara kami.
" Tak usah nak merepek, Alisha. Pergi tolong kak long dan abang Ahnaf awak tu bawa barang naik ke atas. Kamu berdua meh lah masuk. Kita makan tengah hari sekali," Ujar papa yang melegakan hati aku agar tidak menjawab persoalan Alisha.
Papa memang jarang berada di rumah kerana kerja. Ini pun tengah hari cuti. Walaupun usia dah hampir 60 tahun tapi syarikat kecilnya itu perlu dijaga olehnya memandangkan tiada sesiapa di antara kami adik beradik boleh menguruskan. Sementara menunggu Alisha dan Fawwaz habis sekolah, maka papa perlulah bertahan untuk bersara.
" Kamu dah boleh terima Ahnaf ke sekarang?" Soalan mama yang lebih kepada berbisik kepadaku itu membuatkan aku menoleh. Kami berada di dapur untuk menghidang makanan tengah hari.
" Hm malu lah mama tanya macamni,"
" Nak malu apanya? Mestilah mama nak tahu. Gembira semacam mama tengok kamu berdua sekarang,"
Aku mengerling melalui hujung mata. Criminal side eyes satu untuk mama!
" Dah kalau mama dah nampak kami gembira tu, kira betul lah apa mama fikir,"
" Alhamdulillah. Lega mama dengar. Kalau bukan sebab Ahnaf ada masalah penglihatan pasti ramai yang dah tergila-gilakan dia sampai kamu terpaksa berebut. Nanti anak mama yang melepas,"
Aku bercekak pinggang dengan wajah yang sengaja dikerekkan. Kalau Ahnaf tak buta pun belum tentu aku nak dia juga. Ini pun sebab selalu bersama. Sikap Ahnaf yang tanpa sedar memenangi hatiku.
" Merepek lah, mama." Aku mengorak langkah ke arah Ahnaf yang sedang berborak dengan papa.
" Cahaya, betul ke yang Cahaya tandatangan kontrak baru?"
Aku mengangguk tanpa membuka mulut. Wajah papa berubah tegang. Orang tua itu tidak setuju dengan keputusan aku yang suka mengancam nyawa sendiri. Tak serik orang kata.
Papa meletakkan ipad di tangan ke atas meja kopi. " Kamu memang nak menempah maut untuk kali kedua ke? Ahnaf, kamu tak halang Cahaya? Tak takut dengan peristiwa dulu berulang lagi?"
" Tak baik lah papa fikir macamtu. Mana mungkin insiden dulu berlaku lagi. Lagipun Encik Lim dah janji segala peralatan dan model kereta semuanya baru dan akan diselenggara pada setiap minggu." Aku memberi jaminan. Bukan aku tak pernah berhadapan dengan papa dalam situasi macamni. Aku paling handal bab memujuk. Kalau tak macam mana sebelum ni papa beri walaupun pada mulanya dibentak habis-habisan?
" Ahnaf beri keizinan bukan sebab Ahnaf tak ambil kisah pasal keselamatan Cahaya tapi Ahnaf faham perasaan apabila impian terkubur hanya kerana asbab-asbab kecil. Kemalangan akan sering berlaku di mana sahaja. Papa perlu percayakan Cahaya," Pujuk Ahnaf yang sebenarnya dah kecut perut mendengar suara tegas papa.
Papa hanya diam. Itulah papa. Dia takkan ulang semula perkara yang dia telah cakap. Anggap sahaja itu semua amaran terakhir. Tapi jangan menangis sampai air mata darah pula depan dia. Memang diperli habis-habisan.
YOU ARE READING
[ C ] | THE EYES OF OUR HEARTS
RomanceCAHAYA INARA X AHNAF HADI • short love story • WAIT A MINUTE?! Aku tengah bermimpi ke?? 4 tahun sudah berlalu seperti semalaman sahaja aku ketiduran. Macam-macam berlaku sepanjang tempoh tersebut sehingga mama papa memutuskan aku untuk berkahwin d...