9

1.9K 87 0
                                    


" Cahaya Inara~ What a surprise to see you here."

Ramzi Ahmad. Pernah menjadi ketua pengawas yang paling popular di sekolahku. Pernah cuba untuk ada crush on me sewaktu aku banyak kali terlibat dalam sukan dan apa-apa aktiviti lasak yang membuatkan aku nampak begitu Iron Lady gitu.

Tapi aku seperti biasa. Don't give a shit about men at all. Pernah aku reject depan mukanya setelah dia menunjukkan keobsesannya terhadapku. Aku tak suka orang yang obses denganku tapi Ahnaf Hadi punya obses lain sangat dengan lelaki di hadapannya. Obses Ahnaf tidak menonjol dan aku merasa selamat bila berada dekat dengannya.

" You terkejut nampak I sedangkan I lagi terkejut nampak you di sini. Bukan ke you macam pondan? You kan yang paling tak suka pergi tempat busuk macamni?" Balas aku kepelikan. Bukan aku tahu apa-apa tentang dia tapi dari zaman sekolah lagi Ramzi memang jenis penggeli dengan bau busuk dan loya.

Ramzi hanya tersengih dengan senyuman manis. Sesiapa yang tengok pasti akan cair tapi bagi aku senyuman Ahnaf lagi mencairkan.

Dia menoleh ke arah Ahnaf dengan tatapan yang lama sebelum memandangku semula. " I datang sini sebab teman mak I. Zaman geli geliman tu dah berlalu lah, Cahaya Inara. Sekarang I dah jadi lelaki paling budiman yang you pernah jumpa,"

" Ehem," Ahnaf berdeham. Dia memberi petanda kepada aku supaya meneruskan misi membeli belah.

" Oh lupa pula. Ni Ahnaf Hadi I. Suami dan cinta pertama dan terakhir. Dan ini Ramzi Ahmad. Dia budak sekolah saya dulu," Aku memperkenalkan Ahnaf begitu supaya Ahnaf tidak tersalah faham antara kami.

" Assalamualaikum," Ahnaf menghulurkan tangannya dan disambut Ramzi dengan sengihan sambil memandang atas bawah. Di pandangan aku itu adalah senyuman sinis. Aku tak pasti apa niat Ramzi dalam hati tapi aku berasa sungguh tak suka dengan sikapnya.

" Waalaikumussalam. Tak jemput pun. Kata kawan. Anyway, you tak bagitahu pula taste you burger daging special. Patutlah dulu selalu reject I,"

Kata-kata Ramzi yang tersurat itu membuatkan darahku mendidih. Maruah Ahnaf tercalar dan aku rasa malu dengan Ramzi. Aku cuba untuk menaikkan tangan tapi tangan Ahnaf yang sedang memegangku lagi sebelah terus mencengkum lembut. Dia tahu apa yang aku nak buat membuatkan aku membatalkan niatnya.

" Ya. Sebabtu I reject you. Mulut macam puaka ada hati nak jadi pasangan hidup I. Ok, Ramzi. Kami gerak dulu. Jangan lupa ya beli sebakul colgate. Mulut you tu. Bau loji. Busuk. Bluek!" Aku terus menarik Ahnaf pergi dan meninggalkan Ramzi yang tercengang.

Aku pantas memandang Ahnaf. Ajaibnya Ahnaf hanya beriak tenang seperti tiada apa-apa. Sama ada Ahnaf memang tak faham lawak kasar Ramzi atau dia sememangnya seorang yang sungguh-sungguh penyabar.

" Saya minta maaf bagi pihak Ramzi. Mulut dia dari zaman sekolah memang celupar sikit. Saya tak suka pun dia,"

" Mungkin kelemahan dia adalah mulutnya jadi saya tak kisah sangat. Pasal dia tak penting. Yang penting bagi saya adalah saya cinta pertama dan terakhir awak. Kan kan kan?" Ahnaf menyengih lebar sambil mencapai sepaket tuala wanita di atas rak.

Aku tahu dia nak cover malu tapi agak-agak lah nak mencapai sesuatu yang rawak seperti itu adalah benda yang melucukan bagi aku.

Ahnaf meletakkan kembali tuala wanita tersebut dengan selamba. Kami meneruskan pembelian sehingga berjumpa bonda di kaunter pembayaran.

Aku menoleh tepat ke arahnya. Ada satu benda yang aku mahu bertanya pada Ahnaf. " Awak ni manusia ke apa? Sabar awak ni tak tercapai dek akal manusia lain."

Sabar aku pula ibarat senipis kulit bawang. Pantang orang mengusik aku pasti meja selamat terbalik, pasu terbang dan aku akan keluar rumah untuk menenangkan fikiran.

[ C ] | THE EYES OF OUR HEARTSWhere stories live. Discover now