" Food panda!"
Mama mengorak langkah dengan wajah yang mendatar. Ini kali kelima dia bangun duduk untuk ke pintu semata-mata mahu mengambil makanan yang aku pesan.
" Cahaya! Beli banyak-banyak makanan macam tak ada makanan kat rumah ni dah kenapa?" Marah mama dari bawah. Aku mengorak langkah turun tangga dengan sengihan lebar di wajah.
" Bukan tak ada makanan tapi dah lama Cahaya tak makan semua benda ni." Alasan sahaja. Namun memang betul tekak aku nak makan benda-benda macamni.
" Macam-macam lah kamu ni. Semua yang kamu order macam lah mama tak boleh buat kan," Diberi juga plastik makanan yang kelima pada harini. Ahnaf hanya membiarkan apa sahaja aku mahu buat. Janji aku ada selera nak makan.
Aku terus bawa naik ke atas. Ahnaf masih terlena di atas katil sambil menunggu azan asar berkumandang. Tanpa menunggu aku terus membaham semua makanan yang aku beli. Bahagian paling kelakar adalah aku tak habis pun. Sedikit-sedikit aku makan buat hilang mengidam. Yang lain macam biasa. Suami yang akan habiskan. Kah kah!
" Dah pukul berapa?" Suara dalam Ahnaf kedengaran sewaktu aku masukkan pisang goreng cheese ke dalam mulut.
" Lagi 5 minit nak masuk asar. Marilah makan sekali. Saya ada beli pisang goreng cheese. Sedap!" Ujar aku teruja. Ahnaf menghala kepala ke arah aku dalam 10 saat sebelum menyertai pesta makanan aku di atas lantai.
" Ini ayam bakar sos blackpepper, ini pula apam balik coklat, sup lidah lembu dan ABC,"
" Banyaknya! Tak baik membazir tau,"
" Awak kan ada," Pantas aku menjawab membuatkan dia menarik muka mendatar. Aku ketawa besar. Pasrah je lah awak mampu, Ahnaf.
" Ok. Saya dah kenyang. Tolong habiskan ya? Terima kasih, hubby. Muah,"
" Astagfirullah. Saya ni dah lah tangki kecil. Mana muat nak masuk kan semua ni," Ahnaf sudah berkerut-kerut tapi mulutnya tetap dingangakan. Aku segera menyuapkan makanan ke dalam mulutnya. Nak pahala isteri solehah la katakan.
" Masuk je lah dalam mini fridge sana. Kalau awak lapar, awak makan lah balik," Ujarku sambil memuncungkan bibir ke arah peti ais mini di atas kabinet bawah lantai. Patutnya aku lah yang kena makan tapi ini Ahnaf pula. Hahahaha!
" Awak tak sorokkan apa-apa daripada saya kan?"
Degupan jantung aku bertukar laju. Mataku memerhatikan Ahnaf yang masih mengunyah makananku. Dalam hati aku sudah kecut. Apa benda yang aku buat sampai dia terperasan sesuatu.
" Apa maksud awak? Cakap macam tak percaya saya je. Sampai hati," Balasku dengan nada berjauh hati. Aku kena psiko dia semula. Ahnaf ni bukan boleh di duga. Kadangkala gerak hatinya tepat. Seperti tempoh hari kami berjalan-jalan di suatu taman. Dan ada sekumpulan budak bermain bola di sebelah tempat kami duduk di atas rumput. Tak semena-mena bola yang disepak mereka laju membelah angin ke arah kami; yang sebenarnya tepat ke arah aku. Ahnaf lantas menepis bola itu daripada terkena mukaku dengan sebelah tangan dengan cekap dan tenang.
Ahnaf hanya menyengih. " Cuak awak,"
Huh! Suka sangat buat suspend! Ada yang makan pelempang kejap lagi. Kecil besar kecil besar aku tengok dia tersengih. Namun terselitnya persoalan apabila aku tiba-tiba terperasankan sesuatu yang kecil.
" Awak, kenapa awak selalu menangis setiap kali bangun sebelum buat tahajjud? Ada sesuatu yang menganggu fikiran awak ke waktu tu?" Aku kadangkala ada juga perasan Ahnaf bangun daripada sebelahku kerana sensitif dengan cahaya malap yang tiba-tiba memancar dari lampu meja.
YOU ARE READING
[ C ] | THE EYES OF OUR HEARTS
RomanceCAHAYA INARA X AHNAF HADI • short love story • WAIT A MINUTE?! Aku tengah bermimpi ke?? 4 tahun sudah berlalu seperti semalaman sahaja aku ketiduran. Macam-macam berlaku sepanjang tempoh tersebut sehingga mama papa memutuskan aku untuk berkahwin d...