" Sayang!" Suara Ahnaf memanggilku aku hanya biarkan sahaja. Penat lah nak menyahut. Sengal-sengal badan tak hilang lagi. Aku hanya memandang Ahnaf yang berjalan mundar mandir dari tempat dudukku. Aku hanya berdiam diri dan menonton TV di ruang tamu.
Mama dari jauh terus melangkah laju ke arahku. Sebuah pukulan perlahan diberikan. Aku tersengih melihat raut wajah mama yang mencuka.
" Kesian Ahnaf mencari kamu sedangkan sejengkal sahaja kamu berdua."
Aku ada sebab kenapa tak nak menyahut Ahnaf. Aku mengidam nak makan Bak Kut Teh. Bila aku mengemukan perkara itu Ahnaf pantas beristigfar dan terus melarang aku meminta bukan-bukan.
" Awak nak makan pizza kat Italy ke, naik jet pejuang ke, insha Allah saya boleh tunaikan. Tapi kalau benda-benda macamni minta maaf lah, sayang. Saya dah angkat bendera putih." Kata Ahnaf semalam membuatkan aku seharian tak nak bercakap dengan dia. Namun harini disebabkan aku dah tak ada keinginan nak merasa Bak Kut Teh tu; mungkin atas doa Ahnaf kepada Allah supaya padamkan perasaan mengidam aku untuk makan benda-benda haram.
" Biarkan dia. Nak ada isteri macam Cahaya kan?"
" Cahaya Inara!"
" Ha ye lah... Ahnaf! Saya di sini. Baru lepas guna tandas," Laung aku dengan sedikit penipuan sunat. Sekali lagi mama mahu mengangkat tangan. Aku cepat-cepat menghalang menggunakan tangan bersama pandangan minta simpati. Nak bergurau pun tak boleh lah mama ni.
" Sayang, janganlah macamtu. Awak tahu kan Bak Kut Teh tu oink oink. Dah lah haram lepastu membahayakan kesihatan baby. Awak nak minta benda lain insha Allah saya boleh tunaikan. Please~" Pujuk Ahnaf bersungguh-sungguh saat selamat melabuh di sebelah aku.
Aku menahan ketawa melihat riak wajah Ahnaf yang gusar. Perilaku yang mencuit hati aku ini terpaksalah aku maafkan. Kalau tidak memang menangis di bucu katil je lah bila kena tidur di sofa lagi malam ni.
" Ahnaf, saya dah tak nak Bak Kut Teh. Saya nak awak je boleh?" Aku menggodanya dengan sebuah nada yang jarang aku gunakan. Tanganku meliar menyentuh badan suami aku. Hanya Ahnaf sahaja yang layak mendengar. Betapa bertuahnya Ahnaf bila mendapat aku.
Aku ternampak halkum Ahnaf bergerak-gerak. Dia tahu dia tercabar tapi nak buat macam mana. Puasa je lah untuk lagi dua bulan ini.
" Sayang ni kan... Suka tau buat saya macamni. Awak dah tahu awak tu tengah sarat tapi asyik nak goda saya je," Keluh Ahnaf dengan manjanya. Aku tak mampu nak menahan ketawa terlepas juga. Aku mencium Ahnaf bertubi-tubi. Lantaklah sesiapa kat situ tertengok pun. Ada aku kisah? Ahnaf hanya aku yang punya!
" Comelnya suami saya ni bila tarik muncung. Abang, jangan tunjuk sangat muncung ni. Nanti turun ke anak susah pula,"
Ahnaf kelihatan terkejut dengan panggilan yang aku baru panggilnya sebentar tadi. Dia pernah sekali je minta dulu sebagai tanda hormat. Tapi aku tak mahu sebab bagi aku perkataan abang ni terlalu geli untuk aku sebut. Jadi Ahnaf tak adalah nak memaksa selepas tu. Dan sekarang dah tiba masanya untuk aku melangkah ke satu lagi tahap dalam perhubungan kami.
" S-saya tak dengar lah tadi. Awak panggil saya apa?" Aku tak tahu lah Ahnaf ni memang tak dengar atau sengaja sebab nak dengar lagi sekali.
" Abang, syurgaku, Habibi, Walid untuk anak-anakku. Suka ke tidak saya panggil awak abang? Atau awak dah tak suka?"
" Suka! Suka sangat. Sedapnya suara sayang bila dengar awak panggil saya abang," Atotototo aku pula rasa seronok tengok dia teruja dan gembira. Penghargaan macamni lah lelaki selalu memandang enteng terhadap perempuan yang mereka sayang. Kadangkala benda-benda macamni je perempuan nak dipuji dan dihargai kerana setiap perbuatan atau percakapan mereka terselitnya sebuah rasa kasih yang membawa mereka ke alam kebahagiaan.
YOU ARE READING
[ C ] | THE EYES OF OUR HEARTS
RomanceCAHAYA INARA X AHNAF HADI • short love story • WAIT A MINUTE?! Aku tengah bermimpi ke?? 4 tahun sudah berlalu seperti semalaman sahaja aku ketiduran. Macam-macam berlaku sepanjang tempoh tersebut sehingga mama papa memutuskan aku untuk berkahwin d...