Solat isyak kami dirikan di dalam bilik sahaja. Saat doa penutup habis dibaca, Ahnaf hanya berteleku kaku di sejadah. Aku tak tahu apa yang dia fikirkan. Selalunya dia akan menoleh ke belakang untuk sesi bersalaman.Aku pantas bangun lalu duduk di hadapan mukanya. Dia dengan pantas mengubah 90 darjah daripada tempat kami menghadap. Aku semakin kebingungan. Aku terus berubah lagi menghadapnya. Sekali lagi dia mengubah. Sudah satu pusingan kami berpusing sehinggalah aku cepat-cepat menahan bahunya.
" Kenapa ni, Ahnaf Hadi?! Sampai bila awak nak mengelak daripada saya??" Marah aku. Sekali dua aku pujuk boleh lah tapi kalau dah mengada tahap ayah pin perangainya memang kesabaran aku dah capai tahap limit.
Bila diamati dalam cahaya yang malap datang daripada lampu tidur, pipi Ahnaf basah yang datang daripada kelopak matanya.
" Kenapa ni, Ahnaf? Cuba bagitahu saya. Kalau sebab saya sakitkan hati awak, saya minta maaf. Saya tak nak awak marah tentang perkara kecil. Kita kalau boleh selesaikan kita selesaikanlah secepat yang mungkin," Jelas aku supaya dia faham. Aku tak suka orang lari dari masalah. Sebab masalah itu juga datang berpunca daripada kita sendiri. Kenapa perlu panjangkan cerita?
Melihat Ahnaf yang masih berdiam diri membuatkan aku mengeluh halus. " Kalau rasa saya ni tak berguna, ceraikan je lah saya,"
" Astagfirullahalazim, sayang... Ini bukan apa yang awak fikirkan," Ahnaf mula bersuara tapi keadaan yang lemah. Lemah untuk bersuara.
" Lepastu?"
" Saya ni tak berguna. Saya komen buruk pasal masakan awak tapi sejujurnya awak masak sedap, sayang. Sedap sangat-sangat sampai malam tu saya makan tiga kali di belakang awak. Hanya sebab ego dan rajuk, saya dah sakitkan hati awak tanpa sedar. Saya terfikir apa bezanya saya dengan awak bila kita berdua saling menyakiti sesama sendiri?" Jawab Ahnaf panjang lebar. Aku terasa sungguh lega bila dia meluahkan sesuatu. Silent treatment lagi sakit daripada dimarahi kuat-kuat sebenarnya.
" Saya pun nak minta maaf sebab dah mainkan perasaan awak. Saya tahu awak lelaki mesti ada nafsu tapi saya mencabar awak macam saya dah rendahkan maruah awak sebagai seorang suami. Saya tak bersedia lagi nak menjalankan nafkah batin saya untuk awak. Saya nak minta ampun," Aku sudah meleleh air mata. Memang sendu betul aku ni lepas dah kahwin. Hati aku senang terusik kerana selepas kemunculan Ahnaf dia dah pegang hati aku kuat-kuat.
Tangan Ahnaf mula menarikku ke dalam dakapan. " Cahaya, ada saya minta ke semua tu? Ada saya paksa awak jalani tanggungjawab awak? Tak ada kan? Sebab perkahwinan ni bukan atas dasar nafsu tapi saya nak perkahwinan berdasarkan kepercayaan dan ketulusan."
" Sorry," Aku mengucapkan maaf yang terpaling ikhlas sebagai ikatan perdamaian.
" I'm sorry too,"
Perkara baru yang aku telah belajar dalam hubungan rumah tangga ini perlu ada saling bertolak ansur dan memahami. Membuat dua perkara itu memang susah. Paling susah untuk aku mempertimbangkan. Namun hakikatnya jika pasangan kita ingin menunjukkan perubahan apa salahnya kalau aku pun berbuat demikian?
Ego adalah penghalang sesebuah hubungan harmoni jika kita meletakkan ia prinsip paling atas. Aku tak nak ego mengatasi peranan aku sebagai seorang isteri walaupun bukanlah tahap solehah sekalipun tapi aku nak hidup aku diredai Allah dan dicintai Ahnaf Hadi.
Keesokan pagi kami bergurau senda seperti biasa. Ahnaf berjalan tak tentu arah sambil terkapai-kapai di sekitar ruang tamu manakala aku sudah menekup mulut menahan ketawa dan suara yang hampir terkeluar.
Bonda dari belakang menemui aku di belakang sofa. " Buat apa tu, Cahaya?"
" Shh, bonda!" Bisik aku kuat.
YOU ARE READING
[ C ] | THE EYES OF OUR HEARTS
RomanceCAHAYA INARA X AHNAF HADI • short love story • WAIT A MINUTE?! Aku tengah bermimpi ke?? 4 tahun sudah berlalu seperti semalaman sahaja aku ketiduran. Macam-macam berlaku sepanjang tempoh tersebut sehingga mama papa memutuskan aku untuk berkahwin d...