" Berhenti daripada dunia perlumbaan!"Keputusan Ahnaf membuatkan aku meradang. Apa hak dia untuk menghalang apa yang aku mahu capai? Mama papa pun tak pernah nak halang aku untuk buat apa yang aku nak.
" Excuse me?! Apa hak awak untuk nak halang saya? This is my dream!" Bantah aku keras.
" I'm your husband, Cahaya Inara. Saya tak pernah nak halang awak apa yang awak nak buat tapi kalau sampai dah sanggup menipu suami awak sendiri hanya untuk kepentingan diri, that is too much," Dia mencampakkan rekod kesihatan aku yang tertulis tentang kehamilan aku ke atas lantai.
" Where did you get that?"
" Tak kisahlah saya dapat dari mana pun! Apa yang awak fikir bila awak nak sembunyikan perkara ini daripada saya??"
Aku terdiam. Kalau aku jawab pun memang alasan aku ni tak munasabah. Memang patut kena marah.
" Macam mana awak boleh tahu yang saya mengandung, Ahnaf?" Tanyaku dengan nada perlahan. Sejujurnya aku mulai takut. Kemarahan Ahnaf yang aku tak pernah lihat lagi. Sekali lagi aku terasa menyesal kerana semuanya dah terlambat.
Ahnaf mengetap giginya kuat. Dia berjalan mundar mandir di dalam bilik dengan wajah yang serabut. Ini kali pertama aku melihat Ahnaf begitu kalut.
" Saya cuma buta, bukannya bodoh!! Perilaku awak semenjak dua menjak ni saya boleh baca lah, Cahaya. Awak dari dulu memang tak suka goreng pisang cheese! Awak mengelak daripada dipeluk saya. Sebab kenapa? Sebab awak takut kalau saya dapat tahu yang perut awak membesar. Awak muntah-muntah, lemau badan itu semua saya tahu. Awak tak pernah lemah, Cahaya. Tapi saya berfikiran positif sahaja sebab saya percayakan isteri saya! Bila saya rasa perut awak subuh tadi saya dah rasa ada benda tak kena. Saya pergi ke hospital dan rujuk semula rekod kesihatan awak. Awak ni memang dah melampau!"
Aku tergigit bibir. Aku bukan nak sorokkan selamanya dan melakukan perkara buruk pada baby. Cuma keadaan tak mengizinkan pada waktu itu. Nanti jadi macamni lah. Ahnaf memang takkan bagi aku berlumba hanya kerana aku perlu menjaga kesihatan aku dan bayi dalam kandungan.
Merasakan aku yang hanya terdiam, Ahnaf bersuara lagi. " Kenapa awak buat macamni kat saya, Cahaya?? Awak sanggup bahayakan nyawa anak kita hanya untuk nak kecapi benda yang belum tentu awak akan dapat sebagai kejayaan?? Bagitahu saya apa yang penting sangat kerjaya bodoh ni daripada anak kandung awak sendiri?!" Air mata Ahnaf jatuh tapi kali ni bukan perasaan sedih apabila melihat Ahnaf menangis aku rasa.
Hinaan Ahnaf terhadap kerjaya aku sungguh menghiris hatiku mendengar. Aku mengenggam penumbuk dan air mataku tertumpah membasahi pipi. " You know how much I sacrificed for this opportunity, Ahnaf! Kalau diberi pilihan sama ada untuk menghabiskan sisa hidup saya dalam perlumbaan atau berkahwin dengan awak, saya sanggup lah hidup tanpa awak! Awak dan anak dalam perut ni sama je! Menyusahkan hidup saya!"
Pang!!
Telingaku rasa berdesing serta merta. Separuh wajahku kebas dan sakit. Aku terjatuh ke atas lantai dengan deraian air mata. Aku menekap pipi yang ditampar dengan perasaan terkilan. Terkilan apabila aku tak sangka Ahnaf mampu menaikkan tangan kepadaku.
Aku memandang ke arah Ahnaf. Telapak tangan Ahnaf pandang dengan ketaran. Mungkin dia terlajak perbuatan kerana kebiadapan aku.
" Sayang... Saya minta maaf... Cahaya, saya tak sengaja. Maafkan saya, sayang..." Ahnaf melutut di hadapan aku sambil memegang bahuku. Getaran suaranya menyakinkan aku yang dia sendiri tak sengaja melempangku tadi. Tapi itu bukan perkara yang aku akan halalkan untuk apa yang dia telah buat.
Aku diam tidak berkutik; masih tak mampu nak proses kejadian sebentar tadi. Aku mengesot ke belakang menjauhi Ahnaf. Sakit diperut aku tahan dengan tangan. Mungkin gegaran yang berlaku apabila aku terjelopok atas lantai.
YOU ARE READING
[ C ] | THE EYES OF OUR HEARTS
RomanceCAHAYA INARA X AHNAF HADI • short love story • WAIT A MINUTE?! Aku tengah bermimpi ke?? 4 tahun sudah berlalu seperti semalaman sahaja aku ketiduran. Macam-macam berlaku sepanjang tempoh tersebut sehingga mama papa memutuskan aku untuk berkahwin d...