18

1.8K 85 0
                                    


Tangisan bayi kedengaran di halwa telinga. Aku mencelikkan mata dan memandang ke persekitaran yang asing. Siling putih dengan lampu bulat 6 biji di setiap bahagian yang aku pasti bukan bilik aku.

Aduh bila pula aku jenis tukar-tukar tempat tidur? Aku mula berjalan dalam tidur ke sekarang?

" Sayang~ Abah ni. Jangan menangis," Kedengaran suara Ahnaf memanggil manja. Dia sedang menunduk ke bawah memerhatikan pada dukungannya. Sebungkus kain berwarna merah jambu membaluti setubuh kecil yang sedang menangis.

" Cantik sangat macam ibu dia," Ahnaf memandang ke arah aku dengan linangan air mata. Aku terkaku apabila melihat retina mata Ahnaf yang kelihatan. Dia... sudah dapat melihat? Dia sedang melihat cahaya mata kami? Subhanallah...

Aku berlinangan air mata melihat kebesaran Allah apabila Ahnaf dapat melihat sendiri wajah anak yang dia inginkan.

" Ahnaf, awak dah boleh melihat semula ke?" Tanya aku dengan senyuman terukir. Ahnaf mendekati aku dengan senyuman yang masih lebar. Dia mengangguk sambil mencium dahiku.

" Terima kasih sangat-sangat sebab dah lahirkan Cahaya Armani ke dunia untuk saya, sayang" Ujar Ahnaf penuh syahdu. Dia memberikan Armani kepadaku. Aku mendukung si kecil itu dengan perasaan tidak percaya. Tak sangka senang juga beranak. Tak rasa sakit pun.

" Armani..." Sedapnya nama yang Ahnaf beri. Armani yang membawa maksud harapan atau aspirasi. Harapan ibu abah agar dapat membawa nama baik kami dengan bangganya seiring kamu membesar.

Seperti tidak mahu aku terjaga dari mimpi yang indah ni. Seakan kehidupan aku selepas kehadiran Armani sudah begitu sempurna.

" Sayang? Sayang?"

Aik? Bukan ke aku sudah tercelik? Kenapa duniaku di hadapan gelap gelita tiba-tiba?

" Cahaya, bangun. Dah subuh. Jom solat,"

Perlahan mataku buka. Kelihatan Ahnaf yang berada di sampingku masih berpakaian malam tadi. Pasti diri itu baru sahaja pulang. Dan dia telah mengotakan janjinya untuk pulang sebelum aku mencelikkan mata.

" Armani mana?" Tanya aku mamai. Rambut yang serabai aku biarkan lalu digaru perlahan. Pandangan dililau ke serata arah; mencari di mana bayi yang baru lahir tadi.

" Siapa Armani?"

" Baby kita lah,"

Wajah Ahnaf begitu keliru sangat. Aku memandang ke arahnya tanpa kelip sebelum dapat memproses apa yang jadi. Aku menunduk kebawah melihat perutku yang masih kecil. Pantas dahi ku tepuk kuat. Sesungguhnya mainan syaitan ini bukan sahaja menganggu lenaku tapi rupanya boleh mengantoikan aku di hadapan Ahnaf.

" Erm tak ada apa lah. Mimpi je."

" Baby perempuan eh?" Ahnaf tersengih-sengih. Aku mengherotkan senyuman senget. Suka betul ek?

" Ish mengusik kita pula. Jom lah solat. Awak ni baru balik ke?"

" Setengah jam yang lepas. Saya lelapkan mata sekejap," Jawab Ahnaf mendapat anggukan aku. Kami sama-sama mengerjakan solat subuh. Dan pagi itu aku terus ke Sepang untuk menyambung rutin tahunan ku seperti biasa.

Aku tak nak beritahu sesiapa tentang perkara ini lebih-lebih lagi Rozana. Kalau sekali aku terlepas, insha Allah memang selamat cerita tu sampai ke telinga semua orang yang berada di situ. Jadi Rozana bukan orang yang sesuai untuk aku bercerita.

Dari jauh aku sudah nampak Rozana berlari ke arah aku. " Beb! Kau ok tak?!"

" Alhamdulillah. Masih boleh berlari, bernafas, makan, tidur, berak-..."

[ C ] | THE EYES OF OUR HEARTSWhere stories live. Discover now