15

1.8K 85 0
                                    



Bluek!!

Aku muntah angin. Dah tiga kali pada harini dan aku terasa badanku terhuyung hayang. Cermin bilik air aku pandang. Mukaku berubah pucat. Tadi elok je aku berlatih. Ke sebab aku skip breakfast tadi di rumah? Hm memang badan aku perlukan sarapan pagi untuk bertenaga. Aku memang tak boleh hidup tanpa makan di awal hari. Lunch dan dinner aku boleh skip. Tapi tak bagi sarapan.

" Cahaya?! Kau ok tak?" Rozana masuk di waktu yang tepat.

" Perut aku masuk angin. Tolong bawa aku ke ruang rehat." Aku dipapah Rozana sehingga ke bilik rawatan. Tubuhku dibaringkan di atas katil besi seperti di hospital. Minyak cap kapak dan segala barang perubatan berada di sisi katil.

" Ini minyak angin sapu. Kalau tak elok juga aku bawa kau ke klinik," Kemudian roti gardenia jagung diberi pada aku. Aku mencapai dengan kudrat yang masih tersisa.

" Tak payah lah nak bawa ke klinik. Angin je ni," Aku menjeling tajam. Beria sungguh. Bukannya nazak pun.

Rozana sudah masak dengan perangai aku yang memang tak suka pergi ke mana-mana institusi perubatan. Walaupun luka macam mana pun aku hanya sapu dengan minyak gamat lepastu elok lah dalam dua tiga hari.

Dia bercekak pinggang sudah. " Dah tua pun masih nak berdegil. Kalau terjadi apa-apa Encik Lim yang susah. Bukan kau tak kenal bapak kau macam mana. Waktu kau koma haritu, memang hari yang panjang untuk Encik Lim turun naik mahkamah tau,"

" Hekeleh. Takkan bapak aku nak saman dia sebab aku masuk angin je? Agak-agak lah kot ya pun," Aku menafikan tuduhan Rozana itu. Rozana ni ibarat mama aku yang kedua. Cuma bukan secara rasminya yang kedua. Mahu mama kejar Rozana dengan parang dalam stor nanti. Apa maksud aku adalah dia dengan mama lebih kurang sama. Tak ubah seperti bertih jagung mulut mereka.

" Takkan nak tunggu jadi apa-apa baru nak gelabah? Kau tu ada rekod kesihatan jadi aku takut nanti sakit kau sekarang adalah side effect daripada kemalangan dulu," Jelas Rozana sedikit sebanyak menyedarkan aku. Mungkin betul tapi aku yakin aku cuma angin sahaja. Kenapa dia nak melebih-lebih?

" Keluar je lah, Roz. Aku nak berehat pun tak senang," Aku terus menekup muka aku dengan bantal. Aku sedikit terasa kerana Rozana berkata seperti aku sekarang adalah masalah terbesar bagi pihak mereka. Jaminan kesihatan atas tanggungjawab sendiri kecuali berlaku kemalangan ngeri. Jadi kenapa nak kena besarkan sesuatu masalah?

Rozana mencemik-cemik bibir sebelum keluar daripada situ.

Disebabkan masalah kesihatan aku sekarang, mereka membenarkan aku pulang awal. Ye lah kan. Kalau duduk lama-lama di stadium tapi tidak boleh berbuat apa-apa, baik aku di rumah sahaja. Boleh jumpa dengan cukcam saya. Hshshshs!

" Awak ni buat saya risau tau." Kata Ahnaf seusai aku selamat masuk ke dalam kereta. Aku masih dalam mod pening terus bersandar pada seat kereta. Entah apa yang Ahnaf cakap aku sendiri tak dengar. Aku mahu berehat lagi. Kalau boleh aku nak terbaring sampai esok pagi. Harapnya aku kembali tenaga seperti sebelum ni.

Aku menoleh ke arahnya dengan pandangan malas nak layan. " Normal lah kalau orang sakit. Lepas makan ubat nanti saya ok lah. Mungkin saya penat kot. Sejak kebelakangan ni pinggang saya sakit pula. Habislah kalau senggugut. Boleh tahan perit juga ni." Aku tak tahu kenapa aku menjelaskan kepada Ahnaf tentang sistem dalam badan aku berfungsi macam mana. Aku faham kitaran haid aku tak teratur jadinya memang aku akan mendapat senggugut.

" Saya pandai urut. Nak guna perkhidmatan saya?"

Aku terlepas ketawa kecil. Soalannya seolah dia pernah bekerja di pusat urutan thai. Sebiji macam dalam pamphlet iklan.

[ C ] | THE EYES OF OUR HEARTSWhere stories live. Discover now