Salam diberikan seusai membuka pintu utama. Sudah terlajak pukul 9 malam aku menghabiskan masa di litar melepaskan gian memandu had laju tinggi yang dibenarkan.
Aku menggigit bibir kerana aku mungkir janji pada Ahnaf untuk pulang awal. Ahnaf tidak menelefon aku sebab dia tahu aku bukanlah jenis yang sentiasa berada bersama dengan telefon sepanjang masa dan aku tidak gemar bila aku ada urusan orang menganggu.
Masuk beberapa tapak aku terhenti. Ahnaf tertidur di sofa bersendirian dalam gelap. Dia bukan seorang yang akan tidur di tempat terbuka lebih-lebih lagi di ruang tamu. Mungkin kerana dia sedang menunggu kepulanganku dari petang.
" Baru balik?"
Aku terkejut seraya menoleh. Bonda turun daripada tangga dengan baju tidur abayanya.
" Lama ke dia tunggu Cahaya balik?"
" Sejak kamu keluar dia memang dah kat situ. Tak bergerak ke mana-mana," Jawapan bonda membuatkan hati aku tersentak. Serba salah terus menyerbu ke lubuk hati. Merasakan yang aku sudah melakukan perkara yang menyakitkan hati Ahnaf walaupun Ahnaf tak cakap apa-apa.
" Pergi kejutkan dia. Dia tak makan lagi tu,"
Aduh lagi aku rasa serba salah. Aku sedap-sedap makan kat luar sedangkan suami sendiri berlaparan di rumah.
Selepas bonda beransur pergi, aku menapak laju ke arahnya. Aku melutut menyamai paras kami dan perlahan mengejutkannya.
" Ahnaf, bangun. Kenapa tidur sini?" Suaraku membisik supaya Ahnaf tidak tersentak dari tidur.
Ahnaf perlahan tersedar sebelum mencapai tanganku. Riaknya cemas seketika. " Awak dah lama balik ke? Kenapa tak kejut saya? Sekarang dah pukul berapa?" Tanyanya lembut.
Aku tidak membalas hanya menariknya untuk pergi makan. " Bonda kata awak tak makan lagi. Kenapa? Nanti masuk angin macam mana?"
" Saya nak makan dengan awak."
Aku terus memanaskan lauk dan menyenduknya nasi. Sementara menunggu lauk betul-betul panas, ada tangan sedang melingkari pinggangku sehingga aku kaku kejung. Aku mengerling sedikit dan melihat Ahnaf yang memelukku sambil melentuk manja di bahu kiriku.
" Lama ke awak tunggu?" Nada aku berubah perlahan kerana serba salah.
" Tak pun. Sedangkan berbelas tahun saya tunggu awak untuk cakap ya, apalah sangat untuk seharian ni" Bisik Ahnaf serentak menaikkan roma tengkuk aku. Kenapa suara dia makin sexy aku dengar?
" Lauk dah siap!" Aku pantas menukar topik. Suasana janggal antara kami tadi berjaya ditangkis oleh aku. Kami makan dengan senyap dan berselera.
Ikan kembung masak kicap, walaupun menu ringkas tapi masakan daripada air tangan bonda pasti tidak mengecewakan. Aku mengopek dan mengeluarkan semua tulang ikan daripada pinggan Ahnaf. Ahnaf makan dengan tenang. Bibirnya sentiasa mengukirkan senyuman menawan. Tak lokek senyuman betul mamat ni.
Aku cuba untuk mencari topik untuk berborak. Janggal pula bila senyap sahaja. " Awak nak tahu tak?"
" Apa dia?"
" Encik Lim nak masukkan nama saya dalam senarai pertandingan antarabangsa. Tapi sebagai orang baru." Aku masih berteka teki. Riak Ahnaf semakin pelik dengan kenyataan aku.
Aku ketawa kecil. " Saya dah tak nak berlumba dengan nama Cahaya Inara dah. Cahaya Inara dah bersara. Nanti saya tutup identiti saya daripada orang ramai. Saya akan guna nama samaran,"
" Nama apa?"
" Saya masih tak fikir lagi. Mungkin awak boleh suggest nama yang sesuai?"
" Princess katak," Jawab Ahnaf menyebabkan aku terus memukul lengannya. Dia ketawa terkekek-kekek. Suka ya kau?
YOU ARE READING
[ C ] | THE EYES OF OUR HEARTS
RomanceCAHAYA INARA X AHNAF HADI • short love story • WAIT A MINUTE?! Aku tengah bermimpi ke?? 4 tahun sudah berlalu seperti semalaman sahaja aku ketiduran. Macam-macam berlaku sepanjang tempoh tersebut sehingga mama papa memutuskan aku untuk berkahwin d...