Sudah tiga hari aku digelar isteri kepada Ahnaf Hadi bin Hadif Soleh. Dan sepanjang tempoh itu aku tak dapat nak nafikan yang Ahnaf adalah seorang yang cukup sempurna dikalangan orang yang sudah sempurna. Tak ada satu hari lelaki itu membebankan atau menyusahkan aku. Semuanya dibuat sendiri malah diri aku juga dia menjaga dengan baik.
Namun hal ni tak dapat lagi aku terima dia sebagai lelaki yang aku cinta kerana bagi aku ini semua terlalu pantas untuk mencintai seseorang yang baru hadir dalam hidup. Sekarang ni aku mampu menerima dia sebagai watak baru di dalam hidupku.
Sepanjang perkahwinan ni juga aku belum bersedia untuk tidur sekatil dengannya dan dia menghormati permintaanku. Tapi aku tak ada kejam sangat suruh dia tidur lantai. Ada sofa yang cukup selesa untuk berbaring menjadi tempat tidur buat sementara bagi Ahnaf.
Lagipun lelaki ini akan bangun untuk tahajjud di malam hari. Jadi tak banyak masa untuk dia terbaring sahaja di sofa. Ada lah tidur sekejap dalam 3-4 jam.
" Bilik dah kemas?" Soalan pertama yang terkeluar dari mulut mama selepas melihat aku turun tangga untuk bersarapan. Hanya mama yang ada di rumah. Papa sudah pergi ke kerja manakala adik beradik lain sudah pergi ke sekolah.
Tinggallah kami bertiga di dalam rumah besar ni.
Aku hanya menyengih dan mama tahu apa jawapan aku. Aku memang anak dara yang masih belum kenal erti matang. Bilikku jarang sekali aku kemas. Baju kotor kadangkala aku campak sahaja di atas lantai kerana rumah kami mempunyai pembantu rumah yang akan tolong mengemaskan bilikku.
" Dah kahwin pun masih malas nak kemas bilik ke, Cahaya?"
" Ala Ahnaf bukan nampak pun bilik bersepah."
" Memang lah Ahnaf tak nampak tapi dibuatnya kalau-"
" Aduh!" Dalam masa sama seseorang terlanggar perabot ditingkat atas. Aku sudah cuak terus berlari anak naik ke atas. Nak lari deras tak boleh. Kaki masih sakit disebabkan kemalangan dulu.
" Saya ok!" Laung Ahnaf dari dalam bilik mungkin dia dapat dengar derapan kaki milik aku yang tergopoh menuju ke arahnya.
" Ahnaf!" Sudah selamat tergolek suami aku di atas lantai dengan tali bra yang tersangkut di kedua kakinya. Aku pantas membantu meleraikan seraya mencampak ke dalam bakul.
" Ada cedera kat mana-mana ke, awak?"
" Alhamdulillah tak ada. Nasib baik saya tak kena bucu katil tadi," Dia mengelus buku lalinya yang terpeleot. Aku pantas mengurut agar dapat meredakan kesakitannya.
" Minta maaf," Der dah berapa banyak kali maaf kau nak ucap?
" Tak apa, Cahaya. Saya ok je," Dia membelai kepalaku ingin mengatakan yang aku tak perlu risau akan dirinya.
Ini kali terakhir aku akan jadi pemalas nak kemas bilik. Disebabkan sikap aku yang tak senonoh, Ahnaf berada dalam bahaya dan hampir tercedera.
Dia terus mengajak aku turun ke bawah untuk bersarapan. Tangan aku dicapai lembut lalu kami beriringan turun ke bawah. Tongkat yang sentiasa setia di tangan kanannya sebelum ni sudah tiada lagi.
" Mana tongkat?"
" Buat apa saya perlukan tongkat lagi kalau awak dah jadi tempat untuk saya melihat jalan?" Aku tahu ayatnya bukan seperti mahu mempergunakan aku sebagai tongkat tapi dia mahu aku ada bersama dengannya; di sisi sebagai seseorang yang boleh dipercayai.
Sampai ke dapur kami terus mengambil tempat. Mama sedang berperang di dapur untuk menyiapkan sarapan. Aku memang K.O bab masak. Kalau nak masak paling pakar adalah Alisha kerana dia anak perempuan yang rajin masuk dapur tolong mama.
YOU ARE READING
[ C ] | THE EYES OF OUR HEARTS
RomanceCAHAYA INARA X AHNAF HADI • short love story • WAIT A MINUTE?! Aku tengah bermimpi ke?? 4 tahun sudah berlalu seperti semalaman sahaja aku ketiduran. Macam-macam berlaku sepanjang tempoh tersebut sehingga mama papa memutuskan aku untuk berkahwin d...