Aku memandang ke arah Ahnaf yang berada di seat belakang penumpang. Ahnaf hanya menghantar pemergian dengan wajah separa rela. Aku cuma tersenyum. Seperti suami nak hantar bini askarnya berperang. Padahal nak pergi berlatih je pun.
Pagi tadi Ahnaf menawarkan diri untuk hantar dan menjemputku pulang dari Sepang. Katanya dia nak jadi orang pertama yang nampak kehadiran ku pulang ke rumah. Jadi tanpa banyak soal aku pun terima sahaja lah. Janji dia tak tarik balik keizinannya.
Aku mencapai tangannya lalu mengucup lembut. " Pukul 6 saya habis. Jangan datang awal sangat. Saya tak janji saya akan keluar tepat pukul 6,"
Ahnaf mencapai tanganku lalu dikucup juga. " Nanti saya call lah awak kalau saya nak ambil. Jangan risau,"
Aku melambai ke arahnya dengan jeritan 'bye'. Kalau aku tak cakap, sampai esok dia tak balas lambaian aku. Automatik dia melambai semula. Pintu kereta tertutup dan mereka bergerak keluar daripada stadium litar.
Aku masuk dengan wajah bercahaya; sinar baru untuk menjadi pelumba kereta wanita professional yang baru di mata dunia. Menjadi seorang wanita yang dilindungi dan diredai keluarga, suami dan tuhan.
Kelibat team Malaysia yang selalu bersamaku sepanjang perkhidmatan kami berada di ruang pantri sedang minum kopi dengan santai.
Serentak mereka menyambut kepulanganku setelah 4 tahun tidak bertemu. Ada juga aku perasan orang-orang baru. Mungkin mereka juga salah seorang kontestan yang akan ada nanti.
" Hidup lagi kau ya, Cahaya?" Sunny menyapaku dengan senyuman lebar. Salah seorang pelumba kereta wanita proffesional sepertiku. Mereka ini orang yang paling rapat. Dengar cerita mereka ada hampir setiap minggu berada denganku menunggu aku sedar.
" Alhamdulillah. Tuhan nak bagi aku rasa kejayaan yang aku sendiri tengah usahakan terlebih dahulu,"
Team lelaki mahu berjabat tangan denganku. Seperti dulu aku tak kisah dengan penyentuhan antara lelaki dan perempuan.
Kali ni aku terus mengangkat tangan menggantikan salam yang diberi. Mereka faham dan terus turunkan tangan mereka. Kami berborak seketika sementara menunggu Encik Lim memberi sedikit taklimat.
" Dah berubah aku tengok kau. Dah kenapa pakai mafla keliling muka? Tak panas ke?"
Aku disebalik mafla hanya tersenyum sinis. " Inilah gaya baru aku, Mat,"
" Pelik lah aku tengok kau sekarang. Lemah lembut. Dulu kasar serupa jantan. Takkan sebab kemalangan kau dah tukar channel?"
" Hidayah itu milik Allah, Soleh. Takkan kau orang tak suka tengok aku berubah kot?" Aku mengerutkan dahi.
" Ye ke? Ke sebab ada orang ubah kau ni? Siapa dia?"
" Siapa apa??" Aku kaget sebentar. Semua mata memandang ke arahku. Aku masih berahsia tentang status diri. Takkan aku nak cakap yang aku terus kahwin lepas bangun dari koma? Sudah lah tak menjemput mereka, memang kena soal siasat lah jawabnya!
" Kau ada someone kan?"
" Bukti apa kau ada sampai nak cakap macamtu?" Aku masih berlakon naif.
Mereka menunjukkan cincin nikah yang cantik tersemat dijari manisku. Aku terus menarik tanganku turun daripada meja. Mukaku dikawal santai habis. Sebenarnya tak ada masalah pun nak bagitahu tapi aku takut syarat untuk aku sebagai isteri orang diketatkan. Bab kesihatan perlu dijaga memandangkan aku pernah kemalangan sebelum ni.
Mereka memandang aku dengan senyuman mengusik. Ada yang tersenget-senget bibir ingin mengetahui perkembangan hidupku.
" Apo?"
![](https://img.wattpad.com/cover/341361528-288-k576988.jpg)
YOU ARE READING
[ C ] | THE EYES OF OUR HEARTS
RomanceCAHAYA INARA X AHNAF HADI • short love story • WAIT A MINUTE?! Aku tengah bermimpi ke?? 4 tahun sudah berlalu seperti semalaman sahaja aku ketiduran. Macam-macam berlaku sepanjang tempoh tersebut sehingga mama papa memutuskan aku untuk berkahwin d...