13

1.8K 78 0
                                    

P.O.V. Ahnaf

Penat. Memang aku tak minat dengan perlumbaan kereta yang membingitkan telinga ini. Entah merasuk apa si Leman meletakkan nama aku sekali ke dalam senarai pelajar yang akan mengikuti lawatan ke karnival F1 Sepang yang diadakan untuk beberapa buah sekolah yang terlibat.

Aku hanya tercegat sambil melihat ratusan manusia yang lalu lalang di hadapanku. Lagi baki beberapa jam sebelum pulang. Sungguh menyesakkan jiwaku menunggu untuk balik ke sekolah semula.

Aku sendiri tak faham motif anjuran ini diadakan untuk kami yang masih bersekolah. Pekerjaan yang belum tentu tetapnya penyata gaji ini mampu meraih banyak pendapatan. Siapa je yang sanggup menceburi bidang lasak sebegini di masa depan mereka?

" Ikut kami cepat!"

Aku menoleh ke arah kananku. Jarak tidak kurang daripada 500 meter itu aku ternampak beberapa budak berbadan besar daripada sekolah lain daripadaku sedang mencekak leher baju seorang budak yang lebih kecil daripada mereka. Aku hanya memerhati tanpa ada niat ingin menyampuk. Mungkin Walid seorang pejuang keadilan tapi mereka tidak tahu yang anaknya ini tidak ubah seperti patung cendana yang hanya mampu melihat mereka membuat onar tanpa berniat untuk masuk campur.

Aku segera beredar daripada situ sebelum sesiapa ternampak keberadaanku.

" Oi!! Apa kau buat kat dia ha?!"

Suara gadis memetir dari arah belakang. Aku menoleh dan melihat tubuh tinggi lampai itu melayangkan sebuah flying kick kepada tiga pembuli tadi. Jujur aku kata gadis itu tidak ubah seperti karakter anime Annie dalam Attack On Titan. Gerak gerinya lagak macam seorang peninju wanita professional.

" Minta maaf cepat!" Suara gadis itu memetir lagi membuatkan aku kembali ke realiti.

" Kalau tak nak?!" Aku tak faham betul dengan tiga debab yang masih ego walaupun diri kini di bawah kaki seorang budak perempuan.

Gadis itu tertoleh-toleh mencari sesuatu dan kemudian mata kami bertentang. Sewaktu kali pertama melihat mata bundar kehitaman itu aku terkaku sebentar.

Jarinya terus dituding ke arah aku. " Kau! Apa tercegat lagi kat situ?! Sini!!!"

Automatik kaki aku bergerak mendekatinya. Aik? Pelik. Setahu aku dalam seumur hidupku aku tak pernah mendengar kata seseorang dengan begitu mudah selain daripada arwah walid dan bonda. Kenapa aku tak dapat mengawal tubuh apabila diarah gadis ini?

Sampai sahaja di hadapan gadis itu, aku terus memandang ke arah tag namanya.

Cahaya.

" Aku dah ada saksi. Kalau kau tak nak aku report polis, baik kau belanja aku aiskrim,"

Apakah?? Ugutan jenis apa ni? Aku memandang Cahaya dengan kerutan seribu di wajah. Dia menoleh ke arah aku juga.

" Apa? Oh kau pun nak aiskrim? Cakap lah lain kali. Ha aiskrim dua untuk kami," Ujar Cahaya kepada mereka.

Shahron; aku rasa ketua dikalangan mereka merengus kasar. Kalau tengok balik saiznya dua kali ganda lagi besar daripada kami berdua tapi macamtu je Cahaya pijak seperti memijak bantal.

" Saksi apa?! Saksi kau yang buli kami?"

" Eh budak ni memang dah lama tercegat kat tepi kau orang. Dari tadi dia perhatikan perangai ngok ngek kau orang. Cuma tu lah. Pakai data seringgit kot sampai slow sangat nak buat tindakan," Cahaya melihat aku atas bawah dengan pandangan criminal side eye.

Shit. Aku diperli setepek di depan muka. Mukaku serta merta memerah apabila ditegur. Pertama kali aku dimalukan oleh seorang budak perempuan. Mana pernah orang berani kacau atau mengusik aku di sekolah.

[ C ] | THE EYES OF OUR HEARTSWhere stories live. Discover now