14

1.8K 91 1
                                    


" Maaf sebab reject banyak kali. Saya masih tak terfikir nak berkahwin pada usia yang muda. Lagi-lagi dengan orang yang saya tak kenal pada mulanya," Aku berkata selepas kami selamat melabuh di atas katil.

" Saya faham. Sebabtu saya memegang prinsip hidup untuk tak memaksa. Saya nak pastikan usaha saya ni tidak akan membuatkan awak tak selesa. Tapi disebabkan insiden 4 tahun lepas, saya buntu, Cahaya. Saya takut awak tolak saya kerana kekurangan yang saya miliki sekarang."

" Awak kehilangan penglihatan 4 tahun lepas juga? Apa yang berlaku?" Aku rasa ini soalan kali kedua aku pernah tanyakan. Takkan Ahnaf nak sembunyikan perkata itu lagi.

" Does it matter now?" Ceh! Memang perahsia betul eh mamat ni?

" Tak nak cerita, sudah! Kita nak merajuk." Aku membelakangkan dirinya dan mengiring menghadap dinding. Aku suka tidur di sebelah dinding kerana satu hari tu aku pernah terjatuh dan terhantuk bucu meja lampu tidur sewaktu mengeliat nak bangun.

Pinggangku ditarik merapatinya. Kehangatan tubuhnya dapat aku rasa dibelakang badan. Hembusan nafasnya ditengkukku membuatkan bulu romaku naik.

" Cahaya sayang, tak baik membelakangkan suami awak ni. Tak nak pahala tatap wajah suami awak yang kacak ni sebelum tidur dulu ke?" Soal Ahnaf lembut. Aish! Aku tak mampu nak berkata apa. Dia pasti ada benda nak kenakan aku semula.

Aku perlahan berpusing semula ke arahnya. Dia tersenyum apabila arahannya aku akur. Tak adil punya sistem kuasa veto!

Pipi aku dicubitnya sebelum dielus lembut. Memang menipu lah kalau aku cakap aku tak suka dengan servis Ahnaf yang suka memanjakan diriku. Papa mama pun tak pernah manjakan aku dengan lemah lembut begini.

Perutku diusap-usap. Terasa geli dengan penyentuhan di situ. Namun aku hanya membiarkan sahaja.

" Saya nak anak kita ikut sebiji macam muka awak," Ayat Ahnaf membuatkan aku terbuntang. Anak??

Aku bangun daripada baring dan terus menghadap ke arahnya. " Awak dah fikirkan pasal anak ke, Ahnaf? Kita baru je berkahwin. Takkan nak tambah komitmen pada waktu-waktu macamni?"

" Kalau rezeki tak salah alamat, apa salahnya? Takkan awak nak tolak pula baby kita? Ke awak tak nak ada baby dengan saya?" Ahnaf bersuara. Aku menggaru kepala. Gawat ni. Kalau aku mengandung aku tak boleh nak mengikuti pertandingan yang akan berlangsung lagi 4 bulan dari sekarang.

" Bukan macam tu lah, Ahnaf. Saya tak bersedia nak ada baby. Bagilah kita masa untuk berduaan lagi. Kalau dah ada baby, susah pula kita nak bersama kan?" Aku pujuk Ahnaf agar dia berlembut.

" Nak tunggu sampai bila? Sampai awak berhenti kerja? Bila pula tu? 10 tahun akan datang? Kita semakin tua, Cahaya. Kesian anak nanti kalau dia membesar kita dah tak larat nak menjaga. Kalau ianya pasal kerja, awak jangan risau. Saya boleh jaga dia di rumah sementara awak pergi berlatih," Dia tahu aku tak nak kerana disebabkan kerja. Bukan sebab benda lain.

" Ahnaf, boleh tak kita jangan bincang pasal ni lagi? Lepas habis pertandingan bulan 10 nanti kita buka balik cerita ni, ok?"

Ahnaf menggeleng perlahan tapi diakur juga. Mungkin dalam fikirannya dia turut menimbang semula kata-kataku. Aku pantas melekapkan telapak tanganku pada kedua pipinya.

" Saya bukan tak nak ada anak dengan awak dan janganlah fikir sampai macamtu sekali. Saya ada sebab kenapa. Kita baru je kahwin. Belum genap setahun pun lagi. Saya fikir banyak perkara. Tentang keadaan awak dan saya. Awak betul-betul nak paksa saya ke, Ahnaf?" Ujarku lembut. Dia terdiam sebentar. Dalam hati aku berharap sangat yang dia akan lupakan perkara ini. Sudah lah tiada tempoh pertunangan. Tup tup kahwin. Takkan anak pun tak ada gap lagi?

[ C ] | THE EYES OF OUR HEARTSWhere stories live. Discover now