5

2.1K 99 0
                                    



Ahnaf menyuruhku bersiap membuatkan aku tertanya-tanya ke mana lelaki ni nak bawa aku pergi. Baju hoodies dan cargo pants berwarna hitam yang menjadi baju rasmi seorang Cahaya Inara tersarung elok ke tubuh.

" Kita nak pergi mana? Naik apa?"

" Driver bonda hantar kan," Jawab Ahnaf ringkas tanpa menjawab soalan pertama aku.

Aku malas nak memaksa kerana aku memang jenis tak suka memaksa orang. Jadi sebabtu aku tak suka dipaksa seseorang. Biarlah nanti aku akan melihat sendiri jawapan yang aku perlukan.

Perjalanan ini aku merasakan seperti biasa aku pernah lalu. Ini bukan ke jalan nak ke Sepang? Tempat di mana impian aku ditanam dan dibaja sehingga hasilnya tumbuh dengan mekar. Apa yang kami nak buat kat sana?

" Kita nak buat apa pergi F1?" Semakin hampir kami dengan stadium litar F1 Sepang.

" Awak mesti rindu dengan tempat awak membesar dengan bangganya. Jadi kita pergilah singgah sebentar. Harini ada showroom. Mereka akan pamerkan kesemua koleksi kereta lumba yang pernah menjadi ciptaan bersejarah," Jelas Ahnaf. Aku menekup mulut tanda tak percaya. Ahnaf sanggup buat semua ni untuk aku?

" Macam mana awak tahu ini tempat yang saya sayang?"

Ahnaf menoleh dengan senyuman bergula. " Apa yang awak sayang, itu juga jadi kesayangan saya, Cahaya,"

Kami masuk ke dalam yang mulai sarat dengan lautan manusia dan model kereta lumba. Aku setia memimpin Ahnaf kerana takut dengan asakan manusia yang bersimpang siur arus gerakan mereka seperti di pasar. Tenang sahaja Ahnaf di sebelah seolah dia tahu tentang keadaan semasa. Baginya apa yang penting adalah perasaan aku yang melonjak gembira. Dulu aku tidak akan melepaskan peluang untuk pergi ke karnival seperti ini. Memang menjadi tempat kegemaran kalau dia nak menyelam cari barang kereta lumbanya.

Mata aku umpama permata yang bersinar apabila melihat setiap booth yang menarik perhatianku tentang barang aksesori untuk seorang pelumba kereta. Tanpa sedar aku melepaskan pautan Ahnaf dan terus berjalan mara ke arah booth ketiga dari tempat kami berdiri.

Ahnaf mulai cemas. Dia tak dapat merasa keberadaan aku terus berjalan secara rawak dengan tongkatnya.

" Cahaya, tunggu saya! Cahaya?" Suaranya tenggelam dek bunyi lagu dan suara hiruk pikuk menggagalkan aku untuk mendengar jeritan Ahnaf. Aku terus meninggalkannya seperti anak kucing kehilangan ibunya.

" Cahaya? Mana awak, sayang?" Ahnaf masih berusaha mencari aku sambil dilanggar oleh pengunjung dari arah bertentangan.

" Maaf, encik." Dia memohon maaf setiap kali dia dilanggar sedangkan itu bukan salahnya. Manusia yang ada mata pun masih tak nak menggunakan sebaiknya.

Beberapa kali juga dia hampir hilang imbangan kerana dilanggar di bahu.

" Maaf, saya betul-betul tak sengaja,"

" Dah buta tu duduk je lah rumah. Sibuk sangat datang ke sini macam lah boleh tengok showroom," Satu penghinaan dilemparkan kepada Ahnaf yang terdengar di halwa telinga.

Ya Allah! Tiada kemudahan kecuali apa yang Engkau jadikannya sebagai kemudahan. Dan Engkaulah yang menjadikan perkara yang sukar itu jika Engkau kehendaki dengan kemudahan.

Doa dipermudahkan urusan dibaca dalam hati. Dia berharap agar aku dapat ditemui sebelum ada perkara buruk yang berlaku.

Puas aku membeli belah aku terus memandang ke belakang. Perasaan cuak mulai timbul apabila Ahnaf yang memang dari tadi hilang entah ke mana.

Bukan ke dia ada di belakang aku? Ke aku yang tinggalkan dia keseorangan dari tadi??

" Ahnaf Hadi?? Ahnaf Hadi?!" Aku pula yang mencari lelaki itu dimerata tempat. Pasti Ahnaf tidak pergi jauh kerana tempoh masa aku pergi membeli lebih kurang 20 minit sahaja. Hampir nak menangis bila aku gagal nak mencarinya di tempat aku tinggalkannya. Pasti lelaki itu gelisah apabila aku hilang dari radarnya.

[ C ] | THE EYES OF OUR HEARTSWhere stories live. Discover now