16

1.8K 74 0
                                    



Aku banyak berdiam daripada bercakap sejak pulang daripada farmasi. Makanan di pinggan aku kuis-kuis sahaja. Dari pulang juga aku tak berani nak memandang wajah Ahnaf. Serba salah bercampur takut sebati dalam diri. Membuatkan aku berasa mahu mual tapi tetap ditahan juga kerana risau kalau orang tahu kebenarannya.

Fawwaz memandang ke arah aku yang masih lagi menunduk manakala yang lain galak berborak sakan. " Long, ok tak tu? Macam tak luak je makanan dalam pinggan,"

Aku tersentak lalu cepat-cepat tersenyum. " Ok je. Tak ada selera lah,"

" Nak saya suap ke?" Tanya Ahnaf sambil memegang lenganku di atas meja setelah beberapa kali mencari keberadaan tanganku.

" It's okay. Saya kenyang sebenarnya dari petang tadi. Kalau saya lapar tengah malam nanti pandai-pandai lah saya cari makan," Aku memberi alasan. Terus aku bangun dan meminta izin untuk naik ke atas. Mereka yang berada di meja makan sudah beriak pelik. Ada benda yang tak kena dengan aku pada pengamatan mereka.

Aku selesakan diri dengan berbaring di atas katil. Bila menghitung hari sudah hampir tarikh perlumbaan antarabangsa tersebut. Aku tak mahu sia-siakan usaha aku selama ni tapi di sudut hati aku, aku risau dengan keadaan kandungan aku yang masih baru lagi. Aku tak tahu apa risiko yang bakal terjadi kerana aku tak tahu perkembangannya setakat ni.

Aku menangis dalam hiba. Sungguh memenatkan bila terfikir. Aku berbelah bahagi dengan karier aku dan masa depan keluarga kecilku.

Ahnaf. Nama yang aku gerun sekarang ni. Kalau dia tahu tentang ini pasti dia kecewa kerana tidak memberitahunya awal-awal. Apa aku nak buat? Aku dalam dilema. Pasti dia marah kalau aku memutuskan untuk meneruskan perlumbaan ini.

Satu tangan memegang wajahku lalu ditolehkan ke belakang; daripada posisi aku mengiring. Ahnaf dalam kekelaman cahaya bilik beriak risau dengan keadaanku yang pelik harini.

" Kenapa menangis ni?" Kelembutan suara Ahnaf membuatkan serba salah aku berlipat kali ganda. Aku pantas mengelak daripada memandangnya.

" Kalau saya ada buat salah, saya minta maaf, Cahaya." Tanganku dicium Ahnaf. Aku menarik tanganku semula lalu bangun daripada baringan.

Aku pegang bahunya untuk dia bawa bertenang. " Bukan. Awak tak ada salah apa-apa. Saya yang banyak buat salah pada awak, Ahnaf."

" Kenapa ni? Cuba cerita pada saya. Ada apa-apa terjadi ke di tempat kerja awak?" Ahnaf cuba nak mengorek sesuatu. Yang pastinya aku takkan bagitahu dia lagi tentang kandungan ini.

" Saya tak ada masalah. Saya cuma stress je. Penat harini. Biasa lah perempuan kan? Akan ada hari breakdown teruk sikit," Aku cuba untuk mengawal nada aku supaya tidak ternampak kesedihannya.

Ahnaf masih lagi tak percaya dengan keadaanku. Bak kata dia, dia masih tak puas hati kalau tak nampak dengan dua biji matanya sendiri. Tapi nak buat macam mana? Memang kelebihan ini berpihak pada aku buat masa sekarang.

" Jangan cuba-cuba nak tipu saya. Saya tak suka orang memperbodohkan saya. Kalau ada benda penting awak cuba sorokkan itu bukan benda yang terbaik awak boleh fikirkan," Dalam nada lembut Ahnaf ada ketegasannya. Aku meneguk air liur kesat. Amaran kali pertama yang keluar daripada mulut Ahnaf.

" Ya... Saya tak sorokkan apa-apa. Betul, Ahnaf," Aku memeluk Ahnaf supaya lelaki itu dapat bertenang. Dia membalas pelukanku. Seketika kami tidur lena sehingga ke hari esok.

Pada harini aku terasa sungguh lega daripada hari semalam. Mualku dah hilang dan aku terasa lapar dua kali ganda. Mungkin aku tak makan apa-apa dari malam tadi. Langkah kubawa ke dapur. Ahnaf yang menyiapkan juadah sarapan pagi pantas tertoleh apabila mendengar derapan kaki.

[ C ] | THE EYES OF OUR HEARTSWhere stories live. Discover now