TDDH~1

142 7 0
                                    

Mereka berjalan beriringan. Tiba-tiba seorang lelaki melulu kearah mereka sambil tersenyum. Lelaki itu menghulurkan tangan dan bersalam dengan si dia. Si dia menyambut tangan itu dan memberikan senyuman.

"Kau tak bagitau aku pon ada program dekat sini" kata Haziq

"Sorry bro, lupa. Lagipun tadi aku rushing pergi sini" balas Athif sambil memandang gadis disebelah Haziq sekilas

"Siapa ni? Adik kau ke? Bukan kau anak tunggal ke?" Soal Athif inginkan kepastian

"Panjang ceritanya" Haziq membalas ringkas sambil tersenyum

"Eh aku naik dengan kau ye. Tadi pun aku tumpang pegawai lain" tanpa membalas kata-kata Athif, Haziq terus memeluk bahu lelaki itu. Mereka berjalan tanpa menghiraukan gadis itu. Gadis itu tercengang.

'Eee apa kaitan diorang berdua ni? Abang tak pernah cerita pon pasal pakcik tu' tanya gadis itu sendirian. Dia sudah buat muka cebik.

"Abang!!! Areen?" Gadis itu menjerit memanggil Haziq. Seraya itu Haziq dan Athif memusingkan badan kebelakang . Haziq sudah tergelak melihat muka cebik Areen.

Tangannya yang tadi memeluk bahu Athif, dialihkan. Lelaki yang tinggi lampai itu berjalan kearah Areen. Dia tersenyum.

"Sorry, tu kawan baik abang" kata Haziq sambil mengusap belakang kepalanya. Rasa bersalah menyelubungi dirinya kerana sebaik berjumpa dengan Athif, dia terus lupa akan gadis itu. Areen mencebik sambil menyilangkan tangan di dada. Gaya seperti budak perempuan merajuk mahukan gula-gula.

Haziq sudah hafal dengan perangai seorang gadis bernama Ariana Syereen dihadapannya itu. Mereka kenal sejak Areen kecil lagi. Haziq adalah kawan baik kepada ayah Areen. Sebaik kedua ibu bapa Areen meninggal dunia, Haziq telah diamanahkan oleh Amsyar, ayah kepada Areen untuk menjaga gadis itu. Walaupun mempunyai dua orang anak lagi iaitu Asyraf dan Alisa, tetapi mereka berdua sudah mempunyai pasangan hidup masing-masing. Adanya Haziq, Ariana akan ada kawan dan tidak kesunyian memandangkan dia anak bongsu.

Didalam kereta, Areen hanya duduk diam sambil menghayati pemandangan diluar tingkap kereta Haziq. Sebaliknya, Haziq dan Athif rancak berbual tentang bola. Areen tidak minat bola, jadi dia hanya mendengar sahaja. Adakalanya Athif bertanyakan soalan, tetapi hanya sepatah jawapan sahaja yang diberikan oleh Areen memandangkan dia tidak biasa dengan orang yang tidak dikenalinya.

Tetap Dia Di Hati Where stories live. Discover now